Jan 14, 2014

Seruan Agar ‘BERTUDUNG’ atau Hijab Kepada Muslimat

World Hijab Day


Agama Islam sebenarnya memandang tinggi kepada kaum wanita. Allah SWT sememangnya Maha Mengetahui ke atas apa yang diciptaNya. Kerana itu, Allah SWT mensyariatkan supaya wanita Islam mengenakan ‘Hijab’ iaitu menutup aurat mereka dan antaranya adalah rambut atau kepala. 

Ia sebenarnya merupakan penghormatan yang tinggi dan memuliakan seseorang wanita itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang muslim, saya menyeru kepada semua muslimat, dan sekali gus mengajak muslimin dan muslimat yang lain, untuk turut menyeru semua muslimat agar mengenakan ‘Hijab’ atau mengikut kefahaman biasa kita – bertudung.

Kalau zaman saya remaja dulu, ramai wanita yang tidak bertudung, malah pakaian sekolah pun masih berbentuk ‘pinafore’, agak sukar untuk seseorang itu mengenakan tudung, tetapi di zaman sekarang, telah ramai dalam masyarakat kita yang bertudung, mungkin tidak lagi timbul isu untuk bertudung. Dulu, apabila menasihati rakan-rakan agar bertudung merupakan suatu isu yang sangat sensitif, mungkin sekarang pun masih sensitif tetapi sekurang-kurangnya, dengan keadaan di mana bertudung tidak lagi suatu kejanggalan – seruan ini mungkin tidak lagi sesensitif dulu.

WORLD HIJAB DAY

Tahukah anda, seluruh dunia akan menyambut ‘World Hijab Day’ pada setiap 1 Februari?

Ia telah dicetuskan oleh Nazma Khan pada tahun 2012, seorang wanita dari Bangladesh yang menetap di Ney York. Bermula dari itu, setiap tahun, wanita Islam di seluruh dunia mengadakan kempen ‘berhijab’ menyambut hari Hijab sedunia pada 1 Februari.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang World Hijab Day, kita boleh melayari laman web mereka di: http://worldhijabday.com/ atau ke Page Facebook : https://www.facebook.com/WorldHijabDay

Di laman web tersebut, terdapat cerita-cerita dan pandangan wanita seluruh dunia tentang keputusan mereka untuk mengenakan ‘hijab’.


KEMPEN SOKONGAN

Untuk menyertai atau menyokong kempen ini, kita boleh melakukan beberapa perkara seperti:


  • Menukar gambar ‘profile’ atau ‘header’ facebook, twitter, instagram dsb, kepada gambar World Hijab Day sepertiimej yang saya paparkan di entri ini.

  • ‘Like’ atau jemput kawan-kawan ke Page Facebook World Hijab Day

  • Maklumkan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja mengenai World hijab Day

World Hijab Day 1st February - Facebook Cover Sample


World Hijab Day - Official Image
  
World Hijab Day Banner Sample


Muslimah (Moslem women) are QUEENS

Saya tertarik dengan satu kisah yang saya temui di facebook iaitu perbualan di antara seorang lelaki non-muslim dan seorang sheikh yang bijaksana. Kisah tersebut adalah seperti berikut:

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.

Akhir sekali, walaupun untuk seseorang itu berubah adalah daripada hidayah yang Allah SWT tetapkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya jua, namun mungkin kita boleh bersama-sama berdoa dan memohon hidayah kepada diri kita sendiri, isteri dan anak-anak, keluarga kita dan semua muslimin dan muslimat. Insha’Allah, kita harap dengan doa ini, Allah SWT akan mengasihani dan memberikan petunjuk dan hidayah serta membuka hati mereka yang kita sayangi, saudara kita, saudara seislam kita untuk berubah kepada yang lebih baik.
Allahualam bissawab.

p/s: Jom, sama-sama, pakat-pakat  sokong  kempen Hijab atau Bertudung World Hijab Day.

7 comments:

  1. Replies
    1. tu lah.. seronok tengok masyarakat dunia memberi pandangan pasal bertudung ni.... penerimaan org barat sekarang dah semakin baik dengan adanya kempen ni... harap kat malaysia wanita kita semakin memandang tinggi tengtang pemakaian hijab atau tudung ni... :) Allahualam.. thanks for dropping by...

      Delete
    2. I'm truly honored to have you here. Tqvm...

      Delete
  2. Jom pakat like page World Hijab Day
    https://www.facebook.com/WorldHijabDay

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga kempen yang baik ini dapat membuka hati wanita muslimah di negara kita untuk memulakan langkah pertama berhijab dan memuliakan darjat wanita berhijab seperti yang dilakukan oleh wanita non muslim di negara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well..its the least we can do... semuanya bergantung kepada hidayah dr Allah SWT jua :D. Mohon dikekalkan hidayah dr Allah SWT...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...