Jun 30, 2019

Panduan Peperiksaan Pertengahan Tahun Madrasah Taklimiah Khairiah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pelajar-pelajar ana dari Madrasah Taklimiah Khairiah.

Antum sekalian akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun sebaik sahaja antum pulang dari bercuti Eidul Fitr iaitu bermula dari 11/06/2019 manakala untuk matapelajaran Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
  • Tingkatan 1 dan 2  -->  17/06  ISNIN  jam 10.30 - 12.00 (1jam 30 min)
  • Tingkatan 3 --> 12/06 RABU jam 8.30 - 10.30 ( 2 jam)
  • Tingkatan 4 --> 13/06 KHAMIS jam 8.00 - 10.00 ( 2 jam)

Di sini ana menyediakan sedikit latihan untuk antum ulangkaji dalam cuti sekolah tidak lama lagi. Sila klik LINK tingkatan antum untuk ke laman ULANGKAJI tersebut:

May 24, 2019

Kerja Keras Dan Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim
Artikel ini untuk anak-anak pelajar saya...

Bekerja keras untuk mencapai Kejayaan! atau You need to work hard to be successful!

Anak-anak pelajar yang dikasihi. Dalam kehidupan anda sehingga ke umur sekarang, anda telah melalui pelbagai perkara; rintangan, ujian dan sebagainya. Anda juga telah melalui pelbagai kejayaan dalam memperolehi apa yang anda kehendaki. Anda juga telah berjaya HADIR ke sekolah sehingga ke tahap ini bermula dari sekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Anda juga telah berjaya melalui pelbagai pengalaman. Anda juga pernah berjaya dalam pertandingan-pertandingan atau sukan. Dalam kehidupan anda, anda SELALU berjaya dan anda juga SELALU gagal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...