Apr 29, 2020

Buka Puasa Makan Ayam Goreng Ala KFC (WW33)

Bismillahhirrahmannirrahim --
Berhenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar "Bestari Crispy Fried Chicken Coating Mix", untuk confirm beli tepung salut ayam goreng yang betul untuk goreng ayam ala KFC buat buka puasa petang tadi. Gambar tu send kepada wife kat rumah melalui whatsapp. Masa tu on the way back home, lagi a few minutes nak sampai rumah. Tiba-tiba teringat "eh... jenis ni ke yang nak suruh beli tadi???" And guess what? Bukan!!! huhuhu...

Apr 28, 2020

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Di Jom.ZakatKedah

Bismillahirrahmanirrahim --
Alhamdulillah, dah selesai bayar Zakat Fitrah secara online melalui laman web jom.zakatkedah.com.my. Sangat-sangat mudah kepada sesiapa yang mempunyai akaun bank, yang boleh melakukan transaksi secara online. Cuma, sebelum redah bayar seperti saya -  sediakan siap-siap maklumat no. K/Pengenalan setiap ahli keluarga/pembayar fitrah,  sebab di akhir transaksi tersebut, kita perlu masukkan nama-nama mereka. Bila main redah atau terjah ni, tak lah prepare dulu; terkial-kial pergi cari maklumat tu untuk complete the transaction – dah hampir-hampir setengah jam pulak jadinya (kena geledah laci cari fail surat beranak anak-anak hahhaha).

Puasa : Perkara Mesti Tahu Supaya Tidak Rugi

Bismillahirrahmanirrahim --
puasa di bulan ramadhan
Dalam mengerjakan ibadah puasa untuk mendapatkan ganjaran yang besar ini, kadang-kadang kita boleh terlalai dari melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kita rugi serugi-ruginya. Ianya sangat-sangatlah berbahaya kerana puasa kita hanya tinggal semata-mata lapar dan dahaga, sedangkan kita dah bersungguh-sungguh berpuasa. 

Apakah perkara yang mendatangkan kerugian ketika kita seharusnya memperolehi ganjaran yang besar apabila kita bersungguh-sungguh berpuasa?

Apr 26, 2020

A Hectic Second Day Of Puasa During CMO

Bismillahirrahminarrahim--
Yesterday was the most hectic day out of all the days during the CMO's, and it was on the second day of Puasa in Ramadhan. A day before, my wife asked me if  we could have some meat for the break-fasting... she wanted to prepare a "Daging Goreng Kunyit" (if I were not mistaken). And as usual I would say OK for her request - No big deal. It was only about 4 or 5 kilometres away from my home.

However, as I was ready to go out, in the morning, which was about 8.00 a.m., she gave me a list of what to get...

Apr 22, 2020

Salam Ramadhan 1441 - Selamat Berpuasa (WW32)

Bismillahirragmanirrahim --

Salam Ramadhan

Marhaban!... Marhaban Ya Ramadhan 1441. Walaupun, Ramadhan tahun ini, disambut dalam tempoh PKP - Kehadiran Ramadhan adalah amat-amat ditunggu-tunggu.

Apr 20, 2020

JOIN GROUP MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

Bismillahirrahmanirrahim--

Tadi blogwalking jap, masuk blog Mama Maszul, posting pasal group MASAK APA TAK JADI HARI INI... Tengok gambar screenshot dia letak tu nampak macam2 komen orang. Saya pon tekan link yang ada kat bawah sekali post tu..

Apr 18, 2020

Coretan Pengalaman Berblog

Bismillahirrahmanirrahim --
celoteh
Hari ni sehari suntuk, dok godek blog ni, buat perubahan itu dan ini, termasuk theme. Nak buat lebih-lebih tak pandai. Tengok blog orang lain kebanyakan dah pakai template yang lebih mengikuti peredaran masa dan teknologi - tapi sebab sy ni berblog bukannya ada background knowledge coding atau sebagainya - jadi bab tu, sy x mahu lagi pesah. Saya rasa mungkin sy akan kekal dengan platform Blogger dengan domain blogspot ni hahaha.

Lepas maghrib tadi, baru sempat blog-walking, masuk blog-blog yang awal penubuhan blog dulu, mereka ni jadi references sy. Bila baca posting-posting mereka... teringat masa mula-mula berblog dulu. Bagaimana sy baru belajar apa itu berblogging dan macam-macam yang saya belajar, atau maksud yang lebih tepat BARU TAHU! hahaha...

Apr 17, 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie


SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE

Syarat-syarat :
  1. Buat Blog Post "Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie"  [checked]
  2. Follow Abam Kie [checked]
  3. Letak Banner & Back Link ke Post Segmen.  [checked]
  4. Letak URL Blog Abam Kie di Link List : SPECIAL GUEST OF HONOR (X-FILES) [checked]   Sub-Term :  Kemaskini Blog secara regular (insya-Allah..)
  5. Publish Post ini... Letak URL Post ini di ruangan komen Post Segmen Abam Kie. [checked]
Jom... join ramai-ramai Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie :D

--

Lampu Tail Light Proton Exora Pecah : Cari Yang Second Hand

Bismillahirrahmanirrahim-- Ada tak sesiapa Proton Exora owner yang alami kejadian lampu tail light tiba-tiba pecah berkecai macam kaca masa tutup pintu belakang? Ke saya sorang jer yang experience benda macam ni. Kalau pecah kena batu ke, kena langgar ke tak apa la jugak, ni sebab tutup pintu, bukan pintu passenger belakang tapi pintu tempat letak barang tu. Kita panggil apa ya? Tak apa lah.


Buat Jeruk Pelam Rangup Musim PKP

Bismillahirrahmanirrahim--
Buat Jeruk Pelam Rangup Musim PKP
Musim-musim PKP ni, nak hilangkan kebosanan punya pasal, teringat nak buat Jeruk Pelam Rangup masa-masam pedas dengan kebetulan tengok buah pelam yang hampir masak dah kat pokok tepi rumah.

Kali ni saya buat kaedah lain sikit daripada yang saya pernah buat, iaitu lebih simple dan tak renyah, sebab buah pelam ni tak masam sangat (buah nak masak).

Oh ya... dulu saya pernah tulis pasal buat jeruk cermai sebab masa tu ada pokok cermai. Sekarang pokok tu dah arwah kena baham ngan pokok dedalu.

Apr 15, 2020

Doa & Wirid Sesudah Solat (WW31)

Banner Doa & Wirid Sesudah Solat kat surau rumah

Ada tak banner solat tarawih jual kat mana-mana hahaha....

banner wirid & doa sesudah solat

Persiapan Untuk Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan Dalam PKP


Bismillahirrahmanirrahim--
persiapan menjadi Imam Solat Tarawih di bulan Ramadhan dalam PKP
Lagi beberapa hari kita akan memasuki bulan barakah iaitu bulan Ramadhan, dan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ke-3. Ini bermakna, solat tarawih terpaksalah di lakukan di rumah saja bersama keluarga. 

Ini juga bermakna, ketua keluarga atau si suami secara automatik adalah Imam Besar solat tarawih berjemaah di rumah nanti. 

Dan saya pula, sebagai ketua keluarga, menjadi imam solat tarawih bersama anak dan isteri ni boleh dikatakan tak pernah langsung atau sekali dua sahaja (bukan bermaksud, tak pernah tinggal solat tarawih di masjid, tapi kalau tak ke masjid - biasanya buat sorang-sorang saja huhu...)


Apr 11, 2020

Simple Photo Editing In Your Mobile Phone

Bismillahirrahmanirrahim—
Photo Editing In Mobile Phones

Simple Photo Editing


Enhance the photos you captured with your mobiles using the Photo Editing Apps, would make the photos look much more appealing, especially to have them in your blog posting or your media social posting. Sometimes, when you capture photos using your mobile, they turn out to be rather plain; due to certain factors such as the lighting from the surroundings and others, in fact the colour would change a little bit.

Therefore, what you can do is to give a little touch to the photos using the Photo Editing Apps that comes with your mobile camera. You just need to do a simple photo enhancing as follows.

Apr 10, 2020

Adobe Photoshop CS6 For Blog's Photo Editing

Bismillahirrahmanirrahim..
screenshot of Adobe Photoshop Photo Editor

Adobe Photoshop CS6 - Photo Editor

Not having a perfect photo captures to go with my blogs' entries is somehow really discouraging but luckily I still have my Adobe Photoshop CS6 running on my laptop. Adobe Photoshop CS6 or normally called as PS or PS CS6, or just CS6 helps, if not a lot, still acceptable in enhancing my photos captured for my blogs, with my out of date HUAWEI phone I am using. Yeah... my Nikon 5100 DSLR gave up on me about three years ago.

Apr 5, 2020

Buat Blog Berkaitan Dengan Minat Dan Hobi

Bismillahhirrahmanirrahim

blog tentang minat dan hobi
Sejak kena #StayAtHome atau dalam tempoh CMO ni, banyak masa dihabiskan dengan melayan hobi dan minat utama saya iaitu bercucuk tanam di mana menyebabkan saya membuat keputusan untuk membuat satu blog khusus tentang minat dan hobi saya. Pada mulanya, saya terfikir untuk buat entri kepada blog ni saja tetapi entah macamana, saya rasa macam nak jadikan satu projek khas dan nak blogkan proses atau story berkaitan tanam-tanaman ni dalam satu blog dengan tema tanam-tanaman sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...