Apr 6, 2014

Kutip Buah Cermai Buat Jeruk Cermai

buah cermai untuk buat jeruk cermai
Semalam, masa sedang prosos pokok Dracaena fragrans 'Massangeana' (boleh baca di sini), tepi pokok tu ada sepohon pokok cermai yang dah uzur, tetapi sedang berbuah. Perasan jugak buah-buah cermai yang dah besar sikit tu mula luruh dan buruk atas tanah sebab tak ada sapa nak kutip. Sebenarnya, anak-anak tak makan sangat buah cermai ni tak macam saya masa kecik-kecik dulu, dan saya sendiri pon dah jarang-jarang sangat ambil buah cermai ni. Selalunya kalau ada pelawat datang masa musim dia berbuah, dorang yang mintak nak bawak balik buat 'colek' garam belacan atau kuah rojak.




pokok cermai yang dah uzur...
perasan pokok Dracaena fragrans 'Massangeana' kat 'background' tu?  :D

Tapi bila tengok buah cermai ni semalam, tiba-tiba teringin nak ambik buat jeruk. Masa kecik-kecik dulu, mak saya kerap ambil buat jeruk cermai ni, sebab sayang kat buah yang lebat tu luruh tak ada sapa makan. Setakat nak ambil buat cecah garam belacan ni berapa biji sangat... dalam segenggam ada lah..sebab buah dia masam sangat.

buah cermai...dah tak berapa lebat

Tengok-tengok kat dahan tu tak adalah lebat macam selalu, mungkin sebab dia dah nak mati. Pokok ni kena hinggap dengan dedalu...lepas tu saya tak berkesempatan nak buang, hingga pokok dedalu tu dah jadi besar dan dah menggantikan perumah dia. Lama jugak pokok cermai saya ni bertahan... rasa-rasanya dalam setahun lagi mati lah pokok ni... Walau macamana pun, saya dah asing anak pokok cermai ni dan letak kat lain... kalau mati pon tak apa... boleh tebang dengan pokok dedalu tu sekali.

buah cermai yang dalam setengah baldi jer lagi tinggal

Lepas dah kutip mana yang boleh dikutip... saiz besar dan tak kecil sangat, dapatlah dalam dua genggam... boleh lah sekali menghadap habis terus...hahahaha... :D

dapatlah buah cermai ni dalam sebekas kecik... cukuplah

Cara buat jeruk cermai dengan buah cermai ni


Cara nak buat jeruk cermai ni mudah saja, kalau ada sesapa yang tak tahu dan ingin nak tahu,... tapi biasanya ramai yang tahu.... Ni cara saya lah... ada jugak cara yang lebih rumit style commercial...tapi cara saya ni setakat nak rasa jeruk cermai jer.. :D

Tapi petang tadi, baru bahagian pertama... dari dua bahagian...



Ok.. pertama sekali, basuh lah dulu, bersihkan mana yang patut.. buang bahagian buah yang tak elok (kalau ada)

basuh dulu buah cermai ni dan buang bahagian yang tak elok

Lepas dah basuh, masukkan dalam satu balang yang boleh ditutup. Saya guna balang yang buat isi kek raya tu saja... Kemudian masukkan air hingga penuh... semua buah tu tenggelam dalam air.

masukkan dalam balang, isi air dan masukkan secamca garam

Kemudian, masukkan secamca garam (Orang Kedah panggil sudu 'camca')...Macam saya ni buah dia adalah dalam 200-300 gram kut, jadi secamca dah cukup... kalau lebih, bubuh lah dua camca...

Tutup balang dan biarkan lebih kurang semalaman... maknanya kalau buat petang, dalam pukul 6 tadi... pukul 7 atau 8 pagi esok dah boleh di buka... tapi belum siap untuk makan lagi...

tutup balang berisi buah cermai untuk dijadikan jeruk cermai dengan kemas


Untuk proses selanjutnya sila KLIK DI SINI :D


_______________________________________________________________________




Buat Jeruk Belimbing Buluh

Pernah makan jeruk belimbing buluh? DI SINI saya catatkan macamana buat jeruk belimbing buluh... suka benar jeruk jeruk ni... hahaha.


-

26 comments:

  1. wah.. dah lama tak makan jeruk cermai, biasa makan jeruk yang pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... hebat tuan zamizi, saya belum sempat tinggal komen, dia datang komen sini dulu hahahaha... tengah tunggu loading semua gambar bunga tuan tadi ni hahahaha

      tu lah, saya pon ingat dah bertahun-tahun tak makan jeruk... selalu buat tak tahu jer kat buah tu, tiba-tiba semalam terasa nak makan... hahahaha

      Delete
    2. Mcm2 cara org buat jeruk cermai xpelah yg penting semua sdap2

      Delete
  2. dulu-dulu selalu nampak buah ni kat area rumah di perak. tapi kat putrajaya ni susah sangat nak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang putrajaya nak makan jeruk boleh pergi pasaraya besar-besar kat kl kan :D

      Delete
  3. Masa kecik2 ade jual jeruk ni kt kg, sekali ngan jeruk buah betik.. Trliur plak ingat huhu.. Kat sini mmg x jumpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... semua pakat-pakat terliur dengan jeruk ni... hahaha...
      agak-agak 10 ke 20 tahun lagi, sure jeruk cermai ni akan jadi makanan eksotik.. dah tak banyak boleh dapat :D

      Delete
  4. Satu lagi yang sedapnya buah cermai ni kalau dibuat PINCUK cermai...masa kecik2 dulu, Makcik Min jiran sebelah rumah mak selalu buat PINCUK ni bagi kat kami. Ada sebatang pokok cermai di belakang rumah mak dekat dengan dapur Makcik Min. So bila berbuah cermai tu and sapa pun tak makan...Makcik Min buat PINCUK yang TERRRRRRAMAT SEDAP...berebut-rebut kami makan...resepinya...nanti nak tanya kat Makcik Min ok...See ya...time to get ready go to school...TATTA

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kita buat pincuk cermai pulak ok?... kita makan jeruk cermai dulu bila dah siap nanti... :D

      Delete
  5. Nice sharing on the process of making jeruk cermai, looking forward to reading part 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SD... you orang penang makan jugak ker jeruk cermai? ker makan jeruk apple ajer hahaahaha :D

      Delete
    2. Haha, I don't eat jeruk one.

      Delete
  6. Assalammualaikum...

    best pulak tgk buat jeruk cermai nie.. ada step lagi ker lepas nie..

    mselim3

    pls: tak sabar nak makan jeruk cermai nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... entri ni buat live... so kena tunggu step seterusnya baru boleh buat entri pulak hahaaha...

      sabar ...sabar... ehehehe

      Delete
  7. laahhhh..ade part 2..looking forward :D haha tapi cermainya segar bugar, menarik hati saya bukan seorang peminat jeruk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly saya pon bukan peminat jeruk tapi sebab sayang tengok buah tu jatuh cam tu saja... tak ada sapa nak makan... baik amik buat jeruk.. nak makan gitu saja masam yang amat kut :D

      Delete
  8. tak masam ke buah ni..ada lebih hantar cket kt Merbok tau =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya lagi ayie.. masam ya rabbi... sikit lagi nak macam belimbing buluh... :D
      hahaha rasanya x dan sampai merbok kut hahahahaa :D

      Delete
  9. Nampak macam best je jeruk tu..tapi cermai ni masam sangat kan wafa..dulu kat kampung kita pun ada pokok ni, tapi sejak pindah dah tak ada lagi . sayang sangat coz buah dia banyak..DIGI for you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huish... buah cermai ni masam yang amat raudzah... sayang,... kalau ada pokok buah katak puru gagah lagi... tau tak buah katak puru? orang terengganu biasanya tahu hahahahaha

      Delete
  10. tengok buah asam ni...ngilu dah gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kalau makan lagi ngilu dengan kecur air liurnya semua lengkap hahahaha

      Delete
  11. lama gila x makan buah ni...dolu2 ada pokok ni...skang ni dah susah nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah dah jugak nak jumpa pokok cermai ni sekarang... orang pon tak commercialkan buah dia... sebab tu jeruk cermai pon jarang jual kat kedai kan?

      Delete
  12. Orang jawa kata 'ngences' tengok pic buah cermai abg. Susah nak cari sekarang pokok ni abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kawan saya jawa ada sebut tu bila dia datang rumah mintak buah cermai ni hahahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...