Apr 7, 2014

Kutip Buah Cermai Buat Jeruk Cermai (Bhg. 2)

kutip buah cermai buat jeruk cermai
Semalam kita dah kutip buah-buah cermai setakat yang ada dan dah pon proseskan buah tu untuk dijadikan jeruk cermai, baru tak masam untuk dimakan (lihat SINI - Bahagian Pertama). Di sini adalah proses seterusnya iaitu sambungan bagaimana nak buat jeruk cermai jenis  jeruk manis (style saya) hingga selesai dan boleh di makan. Lupa nak bagi tahu, jeruk cermai ni ada dua jenis; satu jenis manis (masam-masam manis), kedua jenis manis-manis pedas. Jenis jeruk cermai kedua ni kena tambah cabai, jadi saya tak buat sebab saja nak bagi anak-anak boleh makan.


Ok... semalam, proses terakhir adalah simpan buah cermai yang dah direndam ke dalam air garam untuk semalaman, atau 12 ke 16 jam. Jangan lebih 24 jam sudah, takut buruk pulak buah tu, langsung tak boleh makan dah. Oleh itu, pagi ni, saya pon mulakan proses bahagian ke dua.

Proses Buat Jeruk Cermai Bahagian Kedua (sambungan)

 

buah cermai yang telah direndam ke dalam air garam
 
Kalau dilihat, buah cermai tu dah jadi kekuningan atau kuning pucat... tak ada hijau dah sebab kita dah rendam dalam air garam semalaman. Air garam tu pun dah berbuih menandakan masam buah cermai tu dah banyak berkurangan. 

Apa yang perlu dibuat sekarang adalah, buang air garam tadi dan basuhkan buah cermai tu.


basuh buah cermai bersih-bersih
maaf yer.. buat kerja tangan kiri... tangan kanan pegang kamera :D

Bilas dengan air paip (air tawar) beberapa kali dan toskan buah cermai hingga kering.

bilas buah cermai dengan air banyak-banyak dan toskan
tos guna penapis santan hahahaha... tak ada bekas besi berlubang tu hahahaha


Sambil biarkan buah tu kering (ditos) lakukan perkara berikut...

Masakkan air dan gula  (buat air gula untuk jeruk)


didihkan air dan gula untuk buat air gula

Ok.. oleh kerana saya buat dalam 500g buah cermai sahaja (tak banyak) maka sukatan air untuk buat air gula ni dalam setengah cawan (lebih kuranglah atau dalam 250ml gitu), manakala gulanya dalam secawan atau 7 - 8 camca (sudu) besar - macam dalam gambar di atas. 

Didihkan air dan gula tadi hingga jadi air gula... semua gula dah sebati.

kacau perlahan-lahan dan biarkan gula sebati

... dan apabila dah siap, matikan api dan biarkan air gula tadi sejuk sendiri. Kalau nak cepat masukkan dalam peti ais, ehehehe... saya letak jer bawah kipas atas meja lepas tu pergi jemur kain.

Elok selesai jemur kain, buat air kopi segelas... air gula tadi pun sejuk.

Masukkan buah cermai yang telah ditos ke dalam balang semula, dan tambahkan air gula

 

masukkan buah cermai ke dalam balang dan masukkan air gula

Tuang air gula yang dah sejuk tadi ke dalam balang yang telah diisi semula buah cermai yang telah ditos. Tutup balik rapat-rapat.

Ya... memang tak boleh makan lagi... belum jadi jeruk cermai betul betul lagi... Kena simpan sehari lagi. Macam ni sekarang ni, esok petang dalam pukul 3 macam tu, dah boleh makan lah... huhuhu...

simpan jeruk cermai pada suhu bilik untuk sehari lagi
simpan elok-elok.. karang ada yang gatal tangan pergi ambil sebelum jadi jeruk


Kenapa buat sendiri jeruk cermai ni?


Kalau nak senang, tak renyah... nak buat semua proses menyediakan jeruk cermai tadi yang mengambil masa sehingga 2 hari, pergi beli sajalah kat Pekan Rabu ker.. atau pasaraya yang ada jual jeruk siap-siap dalam paket... Kat TESCO pon ada jual.

Tapi kenapa saya prefer untuk buat sendiri?


Sebenarnya ada dua sebab utama:

1. Bila buat sendiri, dah gerenti tak ada pengawet... lagi pon bukan banyak buat... sekali buat - dua atau 3 kali makan habis lah... tak perlu simpan lama-lama. Tapi kalau nak simpan lama pon boleh sebenarnya. Letakkan dalam peti ais... wowwwwww... lagi besttttt sebenarnya... sejuk-sejuk dan rapuh, masam-masam manis... hmmmm....

2. Boleh buat 2 entri dah pasal buat jeruk cermai saja... hahahahahaha... (Entri ni pon entri test SEO ni... nak tahu dok page ke berapa dalam google Search, cuba google perkataan "jeruk cermai"...atau "buat jeruk cermai") [klik SINI untuk bukak laman Google Search]


Ok... Thank you for reading and since, sekarang dah tahu macamana nak buat jeruk cermai ala wafacw atau jeruk cermai manis ni, boleh lah cuba ek...

--

36 comments:

  1. owh gitu..senang je rupanya..betul bebas bahan pengawet. yg beli di kedai pun sebenarnya tak tahu macammana kaedah pembuatannya. maka buat sendiri adalah terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya lah kan? sebab kalau tak simpan dalam peti ais... jeruk ni tak boleh tahan kalau tak letak pengawet kan?

      Delete
  2. dah lamanya tak makan jeruk cermai...tetiba rasa terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya telah berusaha 150% sediakan gambar-gambar supaya siapa yang baca ni akan meleleh air liur ... ni belum cerita jeruk betik.. atau pelam... coming soon... :D

      Delete
  3. Waah.... terbaiklah penjelasan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kut bahasa kampung boleh lah tuan zamizi... kalau BI ker BM ker harus hancur nih hahahaahaha

      Delete
  4. wahhh qila suka jeruk buah tapi buah cermai ni buah apaa TT_TT hihihi
    thanks share uncle!!!! looks so nyummeh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaaaaaaaaaaaa jumpa dah.. generasi moden ... tak tahu buah cermai... meh sini alamat uncle hantar sampel dua tiga biji hahahaahahahaha

      Delete
  5. Alahai... baru tengok gambar dah terkenyit2 mata... walaupun dah jadi jeruk yang manis dan sedap tapi still takut nak cuba sebab takut masam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha memang masam bengey hahahaha,.... tapi insyaAllah dah jadi jeruk tak ada masam nya... ada pon sikit jer... hahahaha terkenyit2 mata...hahahah

      Delete
  6. Tak suka makan ni... herot berot muka dibuatnya!

    (Yeay! akhirnya berjaya follow blog ni..!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa yer lah... dah jadi orang KL... tak suka lagi dah makan buah ni hahahahahaahha...

      uikkss lambat 3 orang er nak jadi follower yang ke 100 hari tu hahahaha

      Delete
  7. Ooo.. taruk gula jer yerr... tapi kenapa beli kat kedai tu mcm ada rasa cuka yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu proses untuk komersil.. siap rendam dalam air cuka... kena tukar dua tiga kali air tu semua... :D
      Ada yang bubuh gula melaka... gula batu pon ada... ni cara paling simple... :D

      Delete
  8. wah dah siap...senang jugak buat dia ya..cuma kalau yang jual mesti taruk bahan pengawet banyakkan..tu yang kita allegic tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jual tu kena bubuh pengawet supaya tahan lama sikit... :D

      Delete
  9. Kurang suka, masam sangat..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni buah cermai bukan masam sangat dah Azwar.... masam gilerrrrr...hahahahaha tu yg buat jeruk tu baru buleh makan... hahahha. Tak makan sayang pulak tengok jatuh atas tanah... :D

      Delete
  10. saya tak berapa makan jeruk tapi kalau mak saya nampak ni mesti dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mengikut emaknya pulak ya.... hahahahah...
      tapi kalau jeruk jual kat kedai saya memang tak makan...

      Delete
  11. owh! dua kali proses yer...pertama nak hilangkan masamnya...kedua untuk maniskan...dah dapat dah...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...lebih kurang macam tu lah... hahahaha... satu lagi lepas hari kedua tu...simpan dalam peti sejuk pulak... kalau tak rosak jeruk tu...

      Delete
  12. kecik2 dulu jer selalu jumpa jeruk cermai ni..dah besar2 ni payah nak jumpa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat belah belah siam sana lagi macam-macam orang buat ngan buah cermai ni kut... sekarang ni tak ramai orang nak makan buah cermai dah...

      Delete
  13. hahahaha...ada modal buat entry.....rajinnya wafa buat jeruk...noe mmg x makan jeruk n mmg x ada niat pun nak buat jeruk...btw thanks for the sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha sambil buat modal buat entri...

      Delete
  14. Replies
    1. uikkkss... ada jugak orang kata buah cermai sedap... yang jeruk ke yang tak jeruk? kalau yang jeruk..kita geng lah hahahahaha

      Delete
  15. Nurul selalu gak buat Jeruk tapu Jeruk kedondong atau mangga.. cermai susah nak dapat, urmm.. bukan susah.. memang Nurul tak jumpe pun kat sini.. eheee.. cara buat lain skit.. skit jek lainnye :D ade amik pic.. cadang nk buat entry.. x sempat lagiii.. uhuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la entri cara buat jeruk mangga... saya ada buah mangga kat tepi rumah tunggu nak petik jer ni hahahah..

      Delete
  16. Replies
    1. haaa ada geng... makan jeruk cermai... :D

      Delete
  17. Terbaik..mlm ni da blh mul proses mnjeruk cermai,,tq tips!

    ReplyDelete
  18. Jika jeruk mempelam muda. Boleh x guna taktik yg sama?

    ReplyDelete
  19. Saya tgh cuba redrpi tuan... esok ptg akan dapat keputusannya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...