Saya percaya ramai orang tahu pohon Ulam Raja dan yakin penggemar ulam mesti biasa makan ulam yang dinamakan 'Ulam Raja' ni. Gambar di bawah adalah rimbunan pohon Ulam Raja yang saya tanam sejak tahun 2011 di depan pintu pagar masuk rumah, dan gambar ini diambil pada bulan 11 tahun lepas (2013).
Ketika cuaca panas dan kering beberapa bulan kebelakangan ini, rimbunan ini telah samapai ke hujung kitar hidupnya dan seterusnya kering dan mati. Jadi saya telah mencabut semua pokok ini yang mati dan kebiasaannya dalam tempoh beberapa hari sahaja, anak-anak pohon ini akan keliahatan tumbuh segar dan membesar memenuhi ruang tersebut. Tetapi kali ini tidak berlaku.
Kawasan tersebut kosong dan kering selama dua bulan.
Hanya yang tinggal batu-batan yang saya campak di kawasan tersebut.
Namun begitu, alhamdulillah, dengan turunnya hujan untuk beberapa hari kebelakangan ini, apa yang dikatakan kuasa tuhan tu Maha Besar, Maha Kuasa... pagi tadi saya perhatikan terdapat anak pohon Ulam raja mula tumbuh di kawasan tersebut.
Betapa seronoknya rasa, bila nampak anak-anak pohon Ulam raja ni tumbuh semula. Saya ingatkan benih dia pon dah kering dan mati... tetapi dengan kehadiran hujan tersebut, nampaknya kawasan ini akan dipenuhi oleh pohon Ulam raja ni seperti sedia kala... :D
Benih yang kering tersebut mula bercambah dan dah naik sehingga lebih 3 inci tinggi. Dalam tempoh dua tiga minggu lagi, ia akan jadi anak yang kuat.
Gambar di bawah menunjukkan kawasan yang dipenuhi anak-anak pohon Ulam raja ni.
Betapa Allah tu Maha Pemurah kepada manusia, hambaNya. Walaupon datang kemarau panjang, tetapi masih juga dimurahkan rezeki.
Kenapa saya letak pohon Ulam Raja ni dekat depan pagar masuk rumah?
Sebelum ini, saya tanam di dalam pagar... dan ada beberapa orang yang lalu lalang di depan rumah kerap menegur dan meminta ulam ni untuk di makan. Jika saya tak ada di rumah, atau pagar tertutup mereka hanya akan tengok sahaja - sekarang bila saya letak di luar, sesiapa ahaja yang lalu boleh ambil kalau dorang rasa nak makan. Dan mereka di kawasan kejiranan saya memang sering mengambil pucuk Ulam Raja ni untuk di buat ulam atau kerabu :D
Begitu juga dengan pucuk Inai kat situ. Ada yang ambil untuk buat ubat turunkan gula dalam darah :)
--
dulu selalu jugak makan ulam raja.. sekarang dah jarang sbb pokok semua dah mati kat rumah..
ReplyDeletehahaha... boleh makan kat kedai jer... :D
DeletePokok ulam raja ni senang hidup Wafa...kadang2 tu benih dari bunganya yang berterbangan pun tahu2 dah tumbuh jadi pokok...batang berakar sisa dari pokok yang dah dicantas pin bolih tumbuh pokok baharu..
ReplyDeleteMasa bunda duduk rumah lama dulu banyak pokok ni...bunda tanam luar pagar tepi jalan, tanam sepokok jer...yang selebihnya tumbuh sendiri...ramai jiran2 yang ambil untuk makan...sedekah ajer, tak termakan pun..
Tapi pokok yang tua perlu di pangkas buang, nanti daunnya tak cantik, warna coklat dan keras... tak sedap, nanti sekejap jer tumbuh baru...
Berbaloi lah tanam pokok ni...ibarat kata 'patah tumbuh, hilang berganti, gitew..'
Salam ziarah hujung minggu dari bunda..
betul tu bunda... dia senang tumbuh... sebab tu dah berapa tahun, dok merimbun kat kawasan tu... yang kat dalam dah tak ada kesan dah... selalunya saya pangkas hingga sampai masa dia keluar bunga. bila berbunga saya dah tak pangkas dah... dan biar dia tua dan mati...lepas tu cabut buang. nanti naik yang baru... :D
DeleteSelain ulam raja, saya biasa panggil pokok ini bintang berayun
ReplyDeleteohhh org sana panggil bintang berayun?... first time dengar... :D
DeleteSampai kat belah sana boleh guna nama tu eheh :)
saya pun 1st time dengar bintang berayun tu..
DeleteAlhamdulillah masih boleh hidupkan...best je tengok rimbunan hijau tu...
ReplyDeletetu la... seronok tengok hidup lagi... nanti akan merimbun macam tu lagi :)
DeleteBestnya dapat tanam pokok ulan raja. Arwah nenek cik nnur pun rajin tanam dan makan ulam ni. Sampai sekarang semua cucu2 nya kenal pokok ulam raja sebab dah jadi amalan berulam bila makan masa kecik2.
ReplyDeletebagus nenek buat macam tu kan... tanam dalam pasu lah... pokok dia pon dah macam pokok bunga tahi ayam :D
Deletesy suka mkn ulam. tp ulam raja tak boleh nak masuk langsung. rasa dia macam tak sedap. hehe
ReplyDeletehahahaha... macam tu pulak... tak apa asal makan ulam kira bagus dah... :D
DeleteMacam cantik pulak ulam raja tu tanam kat rumah... belakang umah ada pokok kacang botol je... senang. Boleh jadi hiasan pagar...hehe
ReplyDeletetu lah..boleh lah nampak cantik jugak... daripada letak pokok bunga tahi ayam tu... hahahaha... yang ni boleh makan :D
Deleterajin juga wafa ni menanam yer...bagus tanam di luar...boleh org lalu lalang merasa...
ReplyDeleterajin tabur jer nOe...hahahaha... actually i am so inspired by a hadis yang mengatakan ... lebih kurang maksud dia... tanam lah pokok walaupon esok dah nak kiamat ker camana dah... nabi pesan macam tu... tak tahu lah, unless saya salah faham... biasa dengar tak hadis tu?
Deleteuntung berbudi kpd tanah. dpt mkn hasilnya
ReplyDeletehaah.... berbudi pada tanah ni sebenarnya memurahkan rezeki jugak... :D
DeleteUrmm... baru teringat nak tanam semula ulam raja ni.. dulu tanam dalam pasu tp dah mati..
ReplyDeleteUlaman bagus untuk kesihatan juga menimbulkan selera makan.. dengan sambal belacan plakkann... yummy!
pokok ni akan mati bila dia dah berbunga dan berbenih... dia pelan-pelan mati... so saya tengok SIL saya tanam dua season... (peringkat), satu dia biar berbunga dan berbenih... satu lg dia cantas supaya naik tunas baru... jangan bagi dia sempat berbunga... yang dah berbunga tadi ambil benih dan tanam lain... so dia akan ada pokok ni sepanjang masa... saya try dah tapi tempat yang saya tanam satu lagi tu, bila orang potong rumput satang.. dia mesin sekali ngan pokok yang tengah nak naik tu sekali... jenis tak reti bahasa sikit dorang tu hahahaha...
DeleteUlam kegemaran saya
ReplyDeletehahaha sama kita... buat kerabu pon sedap ni!!! :D
DeleteSaya pun ada tanam juga pokok ulam raja ni. Kalau terdesak tak ada ulam tinggal petik je.... senang kan. Elok juga kita bercucuk tanam. Jimatlah perbelanjaan sikit.
ReplyDeleteSaya ambil benih dari kampung, tapi semai tak mau tumbuh... Cam ne ye...
ReplyDeletetabur jer
Delete