Selingan :
Sambil menunggu posman, sempat lagi saya memarut kelapa yang diambil untuk membuat 'coconut shake' kelmarin hahaha... Sayang nak buang, 4 biji semuanya, takut nanti jatuh ke dalam golongan mereka yang 'kufur' kepada nikmat yang Allah berikan - baiklah dilakukan sesuatu. Nanti kelapa parut tu boleh digunakan untuk mendapatkan santan, kalau-kalau nak menggulai 'pucuk ubi kayu'...
Buah yang kelihatan seperti buah mempelam tu sebenarnya buah kuinin. Tengah dok sidai kain tadi, jiran sebelah rumah panggil dan hulurkan dua biji. Dia tahu saya memang minat sambal buah kuinin ker, sambal tempoyak ker - hahahaha... jiran yang memang prihatin. :D Alhamdulillah... malamgnya, kat rumah ni, saya sorang jer yang makan buah kuinin... orang lain semua tak makan.
--------
Kini imej ini adalah milik saya :D |
OK... dah lepas snap gambar bungkusan, terus buka dan keluarkan buku Denaihati yang tak sabar-sabar lagi rasanya nak membacanya.
Buka dua tiga muka surat pertama, tengok kosong jer... alamak, tak ada 'signature' sikit ker... Terasa sedikit sedih sebab TERLUPA nak pesan supaya turunkan sedikit tandatangan daripada pemilik blog Denaihati semasa membuat tempahan tempoh hari :D... Apa-apahal itu mungkin tak berapa penting, 'next time', kalau ada kesempatan untuk berjumpa 'eye-to-eye' boleh saja suruh ditandatangani buku ini... :)
Nasib baik semua kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan sudah pon diselesaikan, kecuali tak semua isi kelapa habis diparut - itu kita simpan dulu lah, lain kali buat lain. 'Besides' dah dapat sebiji kelapa yang diparut sudah memadai untuk sementara waktu ni. So, apa lagi.. terus saya 'skim through' buku Denaihati ini yang mengandungi 210 mukasurat kesemuanya.
MashaAllah.. memang terasa BANGGA memiliki buku ini. Kandungan yang terdiri dari entri-entri blog Denaihati yang lepas-lepas dalam bentuk buku ini, pada saya sangat bermakna... Terus terang saya katakan, ianya bukanlah satu buku seperti mana buku-buku rujukan lain yang terdapat di pasaran, tetapi ia merupakan blog Denaihati itu sendiri. Buku ini adalah buku INSPIRASI...
Dalam lebih kurang sejam, saya menghabiskan pembacaan pertama saya... dan terasa kepuasannya. Namun begitu, sekali habis sememangnya tak memadai... kerana setiap entri mempunyai ceritanya tersendiri... setiap entri mempunyai isinya tersendiri... dan saya tak sabar untuk mengupas setiap entri yang terdapat dalam buku ini dan merungkai ilmu yang tersemat di dalamnya :D
PUAS... memang sangat puas kerana memiliki buku ini.
Dan yang paling menarik ialah SANTAPAN MINDA pada setiap entri yang juga merupakan buah fikiran penulis/pemilik blog Denaihati!
Nah, kini saya lebih faham kenapa saya berblog... :D
Terima kasih Denaihati yang sudi berkongsi dengan pembaca, terima kasih dari saya :D
--
Must be a great book.
ReplyDeleteto me..it's a valuable book :D... depends on individual i guess... :)
DeleteThat's good! There's always something to learn.
DeleteSerius ni... kena dapatkan jugak 1!
ReplyDeletesebagai blogger, kalau ada satu tu macam satu pengiktirafan kepada diri sendiri... besides boleh djadikan contoh bagaimana nak blogging dengan baik dan sihat... :D
DeleteSelamat membaca Wafa...
ReplyDeleteterima kasih raudzah... bila nak buat ebook? boleh dah tu... :D
Deletemacam menarik bunyi nya tu...
ReplyDeletebuah kuinin klu masak mmg sedap sangat...nk buat sambal...buah macang lg sedap kut...
errr.. bagi saya sangat menarik lah... lain orang mungkin lain pendapat :D
Deletebtw.. buah macang power sangat hahahaha... hmmm lama dah tak makan buah macang... nak cari kat mana pon tak tahu dah...:)
Wah bestnya. Untung la dapat buku tu. Boleh tambah ilmu.
ReplyDeletewah dah de buku denaihati...ramai cakap buku ni memnag sangat bermanfaat..
ReplyDeleteblog bro denaihati pn penuh informasi. Mesti bukunya pn best
ReplyDelete