Khutbah Jumaat di Masjid Rofeah, Taman Uda, Alor Setar hari ni, agak menarik perhatian dan mengundang suatu renungan yang mendalam tentang perkara yang disebutkan, tidak seperti khutbah jumaat hari-hari Jumaat yang lain sebelum ini, pada saya lah. Khutbah yang menyentuh perkara-perkara jenayah yang berlaku akhir-akhir ini adalah berhubung kait dengan sambutan hari Polis Di Raja Malaysia 25 March baru-baru ini.
Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Kedah |
Apa yang sangat menarik perhatian saya?
Dalam khutbah tersebut ada menyatakan satu hadis iaitu :
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan. (Sahih Muslim:86)
Antara yang saya terfikir adalah seseorang yang ADA IMAN dalam hati dia, dia tidak akan melakukan perbuatan zina, mencuri atau minum arak. Jadi jika kita BERIMAN, maka kita tidak akan lakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi dan perkara-perkara lain yang dilarang (kerana bila beriman, maknanya akur tidak boleh buat perkara yang dilarang).
Ok... antara contoh kejadian mencuri yang dinyatakan dalam khutbah tersebut adalah kejadian mencuri barangan di masjid. Jadi maksudnya, ada orang yang nampak beriman berada di masjid, tiba-tiba iman dia tak ada, dan dia mencuri barangan di masjid. Ini sangat menarik.
Dan kejadian ini berleluasa yang juga menyebabkan saya terfikir... kejadian mereka yang nampak beriman, hilang iman dan buat perkara yang sepatutnya tidak dibuat ketika beriman, juga berleluasa.
Perkara kedua yang menarik perhatian saya...
Khatib ada menyebut tentang perbuatan mengambil barang orang lain, yang mana... di akhirat kelak, seseorang itu tak akan aman selagi perkara tersebut tidak selesai iaitu... dia memulangkan barang yang diambil. Ini nampak ringan... tapi sebenarnya sangat berat.
Bayangkan, selagi mana kita tak pulangkan barang yang kita ambil dari orang lain (tanpa pengetahuan dia), dan selepas mati... urusan tersebut TIDAK SELESAI... sedangkan banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan... di mana, barang tu dah tak tahu kat mana... dah jadi apa... Allahuakbar...
Jadi walaupun nama MENCURI tidak sehebat nama MEROMPAK, MEMBUNUH, MENYAMUN... tetapi 'mencuri' tersebut adalah sendiri sangat berat padahnya... lebih-lebih lagi apa yang 'tercuri?' adalah sekadar sehelai kertas A4, atau sebatang pen atau idea orang lain? (Contoh sahaja)...Allahuakbar ...
Huishh... macamana ek?
Bila dilihat kepada kes-kes kecurian, rompak, samun yang berleluasa - yang pertamanya, betapa ramai mereka yang tidak ada iman (hilang iman ketika itu)... dan betapa tidak selesainya proses PENGADILAN di akhirat sebelum keputusan ke Jannah atau ke Annar... yang kekal tu.. yang tak ada penghujung tu... Macam tak berbaloi pulak seseorang tu ambil barang orang lain, contohnya sebuah pemain CD dari dalam kereta yang dipecahkan cerminnya, untuk di BICARA bagi PENGADILAN di akhirat kelak... Tentu lebih baik dipotong tangan di dunia daripada dibicara dengan dahsyat di akhirat yang tak tahu selama mana prosesnya...
Allahualam bissawab...
allahu. besar dosa orang mencuri ni.
ReplyDeletemudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yg sentiasa teguh pegangan iman.
nampak ringan ... atau biasa saja... ambil barang tak bagi tahu (pinjam)... takutnya terlupa... tak berbaloi kat akhirat... :)
DeleteBila iman telah hilang...moga dia orang mampu kembali kepangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka sehingglah ke nafas terakhir..salam hujung minggu Wafa..isi dua tabung di sini..
ReplyDeletealhamdulillah... salah kita dengan Allah SWT... Allah Maha Besar, Pemurah dan Penyayang... insyaALlah taubat kita tidak dihampakan... yang takut ... urusan kita sesama kita...kan?
Deletesmga ALLAH melindungi kit semua
ReplyDeleteThanks for sharing Wafa..
ReplyDelete*Muhasabah diri sendiri..