Mar 29, 2014

Cuaca Panas Membahang di Alor Setar Sehari Dua Ini

Sejak semalam, cuaca di Alor Setar ni cukup-cukup panas, cuma tak tahu nak check temperature jer, so tak tahu suhu sebenar tahap kepanasan. Hari ini, dalam keadaan panas membahang begini, badan terasa lesu. Sehingga setakat ini jam 4.19 petang, dah masuk 5 ke 6  kali saya mandi atau basahkan badan (nasib baik dok di rumah). Alhamdulillah air masih ada, atau tak kering lagi seperti sesetengah tempat lain… Boleh juga lembapkan tuala kecil dan letak atas kepala. Panas sungguh…








Lepas mandi pon, tak keringkan air dengan tuala… biar dia kering sendiri. Itu pon dalam beberapa minit dah kering badan dan mula berpeluh balik. Tuala yang dibasahkan pon kering dengan cepat. Harapnya keadaan begini tak berterusan lama. 

Tengok bendang pon orang dah tenggala siap untuk mula tanam padi baru. Tapi kalau terus kering dan panas macam ni, air terusan mungkin tak cukup.

Air dalam tangki rumah pon tak berapa penuh. Bila buka paip, air setakat meleleh sahaja. Air paip dah memang slow, nak naik ke tangki pulak. Time macam ni memang kena jimat habis air.

Air-conditioner buka pon tak berapa sejuk… Kalau nak biarkan air-cond terus berjalan takut rosak pulak censor dia. Hari tu dah pernah rosak sekali dah.


 
Semoga keadaan ini tak berterusan lah harapnya. 

Tengok orang Majlis Perbandaran dok mesin rumput tengah-tengah panas macam ni, rasa kesian aje. Takut kena ‘heat stroke’ jer dia orang tu. Susah pulak ahli keluarga lain kalau dorang jatuh sakit kan...?

Tempat-tempat lain di KL dan Selangor tak tahu macamana… Hari tu kawan di Selangor kata air dah kena catu habis-habisan. Masa hujan sekejap hari tu sempat jugak dia tadah air dalam besen, kalau tak memang tak cukup.

Allahualam bissawab…

11 comments:

  1. Cuaca yg panas membahang... samalah dgn tempat saya. Kesanya, terasa sangat nak cari sungai atau lata yang airnya dingin. Terus berendam sampai kecut

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jeram pasu kut? tapi tak ada masalah kencing tikus ke?

      Delete
  2. Replies
    1. tengok lepas membajak pun, air dalam tali air dok kering lagi... tanah pon kering kontang... bila nak start tanam tak tahu lah

      Delete
  3. selangor ok sikit dh skrang. ade jugak hujan selang2. tapi kwsan yg kene catu tu masih diteruskn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar dalam radio, kat belah belah taiping nak kena catu start 3hb April ni..

      Delete
  4. bumi merbok basah harini, Alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayie...ribut tadi kawasan alor setar... dari alor merah hingga jalan sultanah... kepala angin lalu cabut bumbung ngan dinding... kat sana tak ribut?

      Delete
    2. ye?dsyat tu,,kt sini tak ribut sampai cmtu..

      Delete
  5. Kat JB sekarang ni dah sering hujan walau panas tengahari masih terik pedas gitu.. alhamdulillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...