Mar 16, 2014

Deritanya Sakit Mata

Aduh... sudah nak masuk hari ketiga, kena sakit mata. Pagi ni disebabkan terasa pedih dan panas pada kelopak mata, dan air mata dok mengalir tak berenti, maka pergilah tengok kat cermin. Tudiaaa... Ya Allah!.. Dah macam ZOMBIE (ker Dracula ker..?)... Urat-urat mata berselerak keliling anak mata dah... 



-

Nampak gaya setakat pakai ubat titis ni, dengan makan ubat allergic ambil kat farmasi tak berapa nak menjadi. Kena pergi jumpa doktor jugak ni... 

Lagipun, ni bukan sakit mata yang biasa ni, yang mudah berjangkit tu... sebabnya orang lain tak kena pun. Aku sorang jer yang dok sakit mata ni. Satu lagi dia tak rasa macam berpasir atau ketat-ketat mata, dan dia tak gatal kat mata tapi lebih kepada gatal kat bahagian dalam kelopak mata. Kelopak mata tu pun rasa panas, macam bubuh minyak urut panas. 

So aku syak, ni pasal masuk apa-apa bahan kimia ke apa ka... mungkin dari jari aku. So bila asyik dok lap air mata dengan kain tuala... bahagian luar kelopak mata dah jadi pedih dan radang...

Kalau cek kat uncle Google, ada satu artikel yang refer ciri-ciri macam yang aku alami ni sebagai BLEFARITIS atau sejenis keradangan pada kelopak mata kerana pengeluaran minyak yang berlebihan lalu menyebabkan jangkitan bakteria stafilokokus. Lalu mataku menjadilah seperti Zombie Kampung Pisang... ehehehe..

Apa-apa hal, kejap lagi nak keluar pergi jumpa doktor jugak kut mana pun...

Oh ya... dalam dok cari pasal sakit mata tadi terjumpa dengan Doa Sakit Mata. Kalau nak tahu, boleh tengok kat sini.

Rasanya, ni entry terakhir aku hari ni lah kut... Nak kena rest sikit ni... pedih dan panas jer mata. Macam nak letak ais jer kat mata...


Oh ya satu lagi... Tadi masa BW (Blogwalking) ternampak beberapa entry kawan-kawan cerita tentang ranking Alexa blog. Tengok macamna dorang manage blog hingga dapat ranking Alexa yang baik, sangat mengkagumkan. Tapi bila diperhati betul-betul blog mereka, memang nampak keseriusan mereka berblogging. Tak boleh bayang apa yang harus kena buat untuk dapat ranking Alexa bawah 100,000 kan? Itu kat dunia, kat Malaysia sampai bawah 500... lagi lah gigih dorang berblog :D

Dan, bila cuba check tengok ranking Alexa blog ni melalui LINK untuk check ranking yang diberi, dapat lah nombor ranking yang pada aku begitu unik hahahaahhaa...: 

292 696

Cantik aje, nombor dia hahahaahaha... 292 lepas tu 696



Masih dalam lingkungan 200 ribu... kat dunia hahahaha... hmmmm ada 100 ribu lagi kalau nak dapat ranking bawah 100,000...

--

24 comments:

  1. Semoga cepat sembuh le sakit mata tu... KN pernah mc 2 minggu sebab sakit mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya gitu lah... asalkan tak berair dah ok la tu... tp dua minggu tu macam lama sangat ... harap sehari dua ni jer lah... :D

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh...cepat2 jumpa doktor ye...
    Apa-apa pun tahniah...cantik no tu...no saya banyak lagi...banyak lagi usaha perlu dibuat....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah jumpa doktor jugak akhirnya... ambil ubat semua... harapnya esok lusa hilang lah eheheh...

      Delete
  3. semoga cepat sembuh.... rehatkan diri dari berblog (rehatkan mata)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. moga-moga sehari dua ni OK lah... masalahnya sebab boleh bergerak ke sana ke mari jadi nak kata rehat sangat pon tak boleh jugak... ni pon dah gatal mai jenguk jugak kat sini ehehehe..

      Delete
  4. No. Cantikk..dh masuk dlm blog, boke simpan jd kenangan bila blog dh bawah 500.. Cayok2!!
    *Takot tengok mata tu lelama...org kata bole jangkit :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... nak jadi cerita tercheck kat website dia kan... bab cam ni boleh pulak jadi bab GA tak ada bertuahnya pulak hahaahaha...
      *jangan tengok lama-lama nanti jangkit sungguh* :p

      Delete
    2. Klu jangkit ok gak kut heee.. Tp bab merah tu je la.. Sore2 tu tanakkk.. Dah lama sungguh rasenye x mc :-D

      Delete
    3. Klu jangkit ok gak kut heee.. Tp bab merah tu je la.. Sore2 tu tanakkk.. Dah lama sungguh rasenye x mc :-D

      Delete
  5. get well soon. Mmng cntk je nmbr tu. Blh ingt smpai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...mata dah bagi signal la tu...kalau mata boleh bercakap dia akan kata" Kami pun nak rehat jugak En. Wafa oooiiiii.Letih jugak ni duk mengadap skrin, duk blog walking berjam-jam tiap2 hari.Tak boleh pulun sangat...takut makin teruk KAMI nanti"...BETUL TAK? :-D

      Delete
    2. insyaAllah tifa... harapnya cepatlah baik...
      Puan MM... sebenarnya pasal dok ikut sangat mata yg jadi tak boleh ke lain tu..ehehehe... :D Dia kata tak apa...boleh lagi ni... sambung-sambung ehehehe

      Delete
  6. Moga cepat sembuh ye bang dari sakit mata tu :)

    Jemput abg wafacw awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Taufiq... insyaAllah... :D
      Good to see u here :D

      Delete
  7. Semoga cepat sembuh ya..Allexa raking untuk your blog is good enough considering your Blog is still new..update consistently us the key...

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya mata tu.. merah betul... terbaik ranking alexa tu. makin bagus. header pun dah nampak identiti blog ini. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru sikit tu mia... orang lain mungkin teruk lagi...insyaAllah cepat sembuh dah makan ubat dah...
      tq Mia :D

      Delete
  9. Allahu Rabbi.. In Shaa Allah.. ada hikmahnya...moga cepa sembuh..biiznillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abak.. long time no see... sekarang free sikit kut lepas habis Kejohanan.. :D
      ya.. setiap yang berlaku tu, baik ke buruk ada hikmah dia :D... alhamdulillah...
      jazakallah singgah sini :D

      Delete
  10. I think you should stop staring at the monitor and get some good rest. Get well soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You know what SD... :D
      you are right... I either look once in a while at the monitor... or I stare at the assistant monitor... :D hahahahaahahaha...
      *kidding* btw tq for the wish :D

      Delete
  11. noe kekurangan masa la nk concentrate ngan blog ni...nk make sure ranking kt alexa sentiasa naik...mmg tak la..kdg2 je check

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...