Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, beberapa hari ni seorang sahabat telah meminjamkan saya sebuah laptop untuk menyiapkan satu flyer untuk kedai komputer beliau dan saya telah menyiapkan flyer tersebut, and it's actually for free. Well, my friend, if you read this, anggaplah dengan meminjamkan laptop ni kepada saya sebagai bayaran servis saya tu... boleh? huhuhu... So, since the laptop is in my hand... saya nak amibl peluang ni untuk kemaskini sikit atau update kerja-kerja blogging yang saya mulakan sejak awal tahun ni... Sayang pulak biarkan ia terbiar begitu saja.. :D
Apa-apapun, jazakallahu kathiran kepada sahabat saya dari Kak Mira Computer..
JOM SEMAI KASIH SAYANG SESAMA KITA
Saya percaya ramai yang biasa mendengar ungkapan ini;
Hablun Minallah... Hablun Minannas...
Tak silap saya, maksudnya - Hubungan dengan Allah SWT dan Hubungan dengan Manusia (An-Nas : Manusia)
Ianya sebenarnya satu seruan, supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Menjaga hubungan dengan Allah SWT tu maksudnya melakukan apa yang disuruh atau lebih tepat lagi diajar oleh Allah SWT kepada kita dan meninggalkan apa yang dilarang... Allah SWT suruh atau ajar kita supaya sembahyang lima waktu, maka untuk memastikan hubungan kita dengan Allah SWT terjaga, maka kita pastinya akur dan sembahyang lima waktu... selain dari itu, sentiasa zikrullah, mengingati Allah SWT setiap detik dan ketika, dalam apa jua perbuatan kita.... dan banyak lagi lah.
Manakala tinggalkan apa yang dilarang seperti, Allah SWT melarang kita dari mensyirikkan Allah SWT... jadi kita tak bolehlah nak takut kepada benda atau keadaan selain dari takut kepada Allah SWT atau mengagungkan benda atau sesuatu selain dari Allah SWT bukan..? Dan banyak lagi lah...
OK.. Hablun minannass... menjaga hubungan dengan manusia pula, adalah dengan berbuat baik kepada orang lain, sesama manusia... Berbuat baik ni seperti jangan menyakiti hati atau perasaan orang lain, atau fizikal mereka. Malah Nabi SAW menyeru kita supaya menyayangi sesama kita... Kita dilarang daripada MEMBENCI seseorang lain... Dan banyak lagi...
Subhannallah... Nabi SAW adalah seorang yang penyayang... Beliau sangat sayang kepada ummatnya...
Saya dok nampak... kalau kita boleh semai rasa sayang kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, kehidupan kita pastinya sangat tenang. Jangan sesekali kita ada perasaan benci kepada seseorang... sesiapa sahaja. Rasionalnya, bukankah apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, adalah dengan kuasa dan kehendak dan izin Allah SWT jua? Jadi, tidakkah kalau kita marahkan seseorang atau benci seseorang itu, bermakna kita marah dan benci dengan kejadian yang Allah SWT sudah aturkan?... Allahualam...
Jadi, jomlah... sahabat-sahabat, rakan-rakan, sesiapa sahaja... jom semai perasaan kasih sayang sesama kita... Jom kita buang perasaan marah atau benci kepada sesiapa saja? Jom?
Mungkinkah kalau ada rasa marah dan benci kepada seseorang yang lain, ianya adalah berpunca dari hasutan atau bisikan, perdayaan iblis atau syaitan yang licik dan halus, yang cuba merosakkan kita agar kita turut berakhir dalam kerugian seperti mereka?
Subhannallah... Jom kita sama-sama doakan kebaikan kepada semua di sekeliling kita khususnya saudara seagama kita, doakan semoga diperkenankan limpah rahmat Allah SWT serta taufiq dan hidayah... Tentunya kita tak mahu mana-mana saudara seagama kita terbabas dari siraatul mustaqim dan terus sesat sehingga tak dapat kembali kepada kebenaran dan terus menzalimi diri mereka, bukan?...
Allahualam bissawab...