May 12, 2014

Pengalaman Tak Biasa Beli Ayam dari Penjual Ayam Beriman

Petang kelmarin ni, saya dan isteri pergi ke pasar malam berdekatan nak cari sikit barang-barang masakan yang dah habis, bukan cari makanan macam biasa... sebab di pasar malam pun ada jual barang basah, ikan, sotong, udang, daging, ayam dan lain-lain. Apa yang menarik perhatian kami adalah pakcik yang jual ayam tempat kami beli ayam seekor...

Gambar hiasan






Bukannya apa, kejadian ni tak pernah berlaku kepada kami sebelum ni, jadi ianya agak menarik...

Biasanya, isteri bila nak beli ayam, dia akan selalunya minta atau request 3 benda; buang kulit, potong kecil siap-siap supaya kat rumah tak payah potong dah bila nak masak, dan tak mahu kaki dan kepala - maknanya tak payah bubuh sekali dalam plastik kaki dan kepala.

Jadi, masa pilih ayam sekor dengan pakcik tu, dia pun timbang dan bagi tahu harga, RM16. Dengan besar tu punya ayam, kami OK saja lah... tapi biasanya tak kisah sangat pon berapa harga asalkan tak luar biasa punya harga...

Sambil tu, isteri pon beritahulah pakcik tu supaya buang kulit dan potong kecik-kecik. Pakcik tu pon proses lah ayam tu... bila dah siap dia pon masukkan dalam plastik... dengan kaki dengan kepala semua.

Terlupa minta dia tak masukkan kaki dan kepala, isteri pun bagi tahu pakcik tu, "Kaki ngan kepala tak mahulah pakcik.."

Tanpa berkata apa-apa, dia pun ambil kaki dan kepala dari dalam plastik tu dan letak kat dalam bekas. Sebelum dia hulur bag plastik tu, tiba-tiba dia ambil satu bahagian ayam yang dipotong atas meja kat tepi tu, potong sikit isi ayam tu dan masukkan dalam plastik bag tadi. Kami pon beredar lepas bayar... sambil sebut, "saya beli ayam ni pakcik..". Dia pon jawab, "juallah.."



Apa yang menariknya?

Hahaha.. apa yang menarik ek? Sebenarnya bukan apa... Yang kami tertarik dengan pengalaman ni ialah bilamana pakcik tu ganti balik kaki ayam dan kepala yang dia keluarkan dari bag plastik tu dengan isi ayam...

Kesimpulan yang kami buat ialah, pakcik tu mungkin rasa oleh kerana berat ayam yang dipersetujui dengan harga RM16 tu sekian-sekian, jadi kalau dikeluarkan kaki dan kepala tu mesti timbangan dia berkurangan... berbanding harga yang dipersetujui.

Kan dalam muamalat jual beli - Allah melarang seseorang peniaga menipu atau mengurangkan timbangan... kalau tak, tak sah jual beli tu dan berdosa lah si penjual.

Biasanya, atau dah jadi kebiasaan, dalam menjual beli ayam atau sayur dan sebagainya kat pasar, kita pembeli tak kisah sangat harga yang disebut selepas timbang sayur atau ayam yang kita nak beli. Kira macam, ambil mudahlah... mungkin terkurang berat atau terlebih letak harga sikit-sikit. Nak timbang tepat-tepat bukan senang atau kadang-kadang harga jadi ada sen bukan bukan macam 16 sen ker 21 sen ker kan... tak kan nak kena tepat... kira bundal lah kan...

Kalau dari segi muamalat, mestilah kena tepat..kena jujur dan amanah...

Tapi dalam kes kebiasaan, kita seperti redhalah terkurang terlebih sikit. Sebab tu seingat saya masa di kampung, kecik kecik dulu kalau saya ikut ayah saya ke pasar beli sayur dan sebagainya, bila dah jual beli, si peniaga akan kata, " Saya juallah... kalau lebih kurang tu mintak halal lah...".

Cuma akhir-akhir ni, dah agak lama tak dengar peniaga atas pasar sebut macam tu... tapi dalam hati masing-masing, memang dah saling faham. Kita pembeli pun dah redha.. Syarat sah jual beli satu lagi ialah kita redha dengan harga yang diletakkan oleh penjual maka muamalat jual beli tu sah lah... Masing terlepas dari masalah... riba dan sebagainya.

Jadi dalam kes penjual ayam ni, bila dia buat macam tu, dah jadi tak biasa dari kebiasaan dan menarik buat kami... Dalam hati pon, rasa kagum dengan perbuatan dia dan sangat redha dengan urusan jual beli tu. So, kami pon kata, "Bagus lah dia, ganti balik kaki dan kepala tu dengan isi... mintak murahlah rezeki dia... " See..? Automatik satu doa untuk pakcik tu... Bagi saya itu adalah tanda-tanda pakcik tu seorang yang berniaga dengan iman... Kita membeli pon seronok... cantiknya syariat Islam...

Jadi, seruan saya kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang berniaga... berniagalah dengan iman, insyaAllah murah rezeki. Pakcik tu mungkin tak tahu kami sangat appreciate dia... dan dia pon mungkin tak rasa apa-apa sebab dia biasa buat macam tu... tapi Allah SWT dah tunjukkan kami, bahawa dia adalah peniaga yang jujur, amanah dan berpegang kuat kepada syariat... Alhamdulillah, Wallahualam bissawab... Allah jua yang tahu...










25 comments:

  1. bagusnya pakcik tu...berniaga dan pada masa yang sama takut dengan hukum Allah..moga murah lagi rezeki dia masa hadapan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,..satu doa lagi untuk dia... :D

      Delete
  2. Sekarang susah nak cari perniaga yg jujur macam tu Wafa.. kekadang duit kita pun dorang terkurang pulang balik pun ada.. kita halal jer lah dunia akhirat..
    Jika berbuat sesuatu kerana Allah niatnya.. akan yg baik lah kita dapat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. niat yang baik.. amalan akan baik, dan banyak lah kebaikan yang dapat...

      Delete
  3. Susah nak jumpe org yg jual ayam gitu, tapi kalu yg jual bawang/cili/sayur yg biase2 selalu..lepas timbang mesti akan add on sikit lagi dalam plastik bag kite..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..saya perasan banyak yang macam tu... dia tambah pulak sikit-sikit barang... top-up. Orang macam tu bagi saya dia sangat jaga halal-haram dalam berniaga especially benda-benda yang kecik-kecik macam tu, yang orang tak kisah sangat kadang-kadang...

      Delete
  4. betul la..sekarang susah nak jumpa orang ckap"saya jual" "say beli" mcm tu..
    ecah penah 2 kali beli ayam sekor potong2 tapi balik peha ayam ada 1 je..pelik jugak xkan kaki ayam tu sebelah je kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaahaha... pernah jadi macam tu? ya Allah... harapnya orang tu tersilap lah tu... dan dia istighfar banyak2... ecah halalkan saja lah...kalau tak jenuh dia ganti pahala di akhirat kelak... :D

      Delete
  5. Sedihlah, masuk blog orang SPAM macam ni... saya baru cerita pasal jujur, amanah dan iman kat dalam entri ni... awak masuk SPAM pulak - kalau awak niat baik... just bagi feedback sikit paal entri ni, lepas tu ajak lah saya pergi blog awak... tak pandai hormat orang lain... bagus ker perbuatan awak ni? (just kalau awak datang balik blog saya untuk SPAM - kalau awak Islam saya doakan semoga Allah bagi hidayah... kalau awak kafir - saya doakan laknatullah untuk awak)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... sifat yang boleh dijadikan tauladan. Memang tak ramai pun orang yang macam tu. Setiap minggu beli ayam kat pasar, memang tak pernah lagi jumpa orang yang macam ni... Tapi KN halalkan je lah kalau ada terlebih atau terkurang tu... hehe

    ReplyDelete
  7. Inilah yang dikatakan niat tak menghalalkan cara... Boleh pulak nak main SPAM blog orang!

    ReplyDelete
  8. terbaiklah pakcik tu.. ikhlas dan jujur.. :) susah nak jumpe..

    ReplyDelete
  9. hubby saya own kedai runcit tapi x prnh add-on ayam mcm pakcik ni. Tapi biasanya akan add-on sedikit bagi barang yg ditimbangnya

    ReplyDelete
  10. Syukur masih ada 'penimbang jujur' mcm tu. kalau beli ayam saya pun akan minta 3 perkara di atas, dalam hati terdetik juga sebab rasa rugi juga xnak kaki ayam hehe. sebab dah timbang kan..mungkin peniaga lain belum terfikir strategi perniagaan yg macam ni..agaknya lah!

    ReplyDelete
  11. It's hard to find an honest businessman nowadays!

    ReplyDelete
  12. bagus penjual ayam tu.. selalunya bnda macam ni dipandang ringan.. padahal kalau x cukup timbangan, berdosa..

    ReplyDelete
  13. Terkejut pula ada orang SPAM camni.. Baru je timbul perasaan gembira dengan entri ni.. Tiba-tiba ada orang spoilkan..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah masih ada lagi peniaga yang jujur macam ni.. Bukan kata yang lain tak jujur.. Tapi perkara-perkara macam ni selalu diambil ringan oleh peniaga..

    ReplyDelete
  15. bagusnya pakcik tu...tapi dah jarang dengar perkataan "saya jual"...kalau sikap macam pakcik ni lagi la jarang jumpa...

    kalau noe...bukan kaki & kepala je..segala isi perut macam hati, pedal semua tak nak...hehehe

    ReplyDelete
  16. Payah nak cari satu dalam seribu peniaga yang benar2 jujur macam ni....
    Orang yang suka SPAM blog orang bersepah2...

    ReplyDelete
  17. uik..spam kah???dah tukar setting lom ni?

    ReplyDelete
  18. susah nak dapat orang jujur macam ni...moga penjual itu kekal jujur selamanya...amin...

    ReplyDelete
  19. bagus la pakcik tu. jujur sangat !! susah nak jumpa orang jujur nak-nak sekarang ni

    ReplyDelete
  20. susah nak jumpa orang yang macam pakcik tu....

    - Mia Liana -

    ReplyDelete