Dec 10, 2014

Poi Kuala Pilah - Nogori Sombilan

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu minggu lepas, Alhamdulillah berlangsunglah Majlis Perkahwinan adik ipar yang bongsu, iaitu adik kepada wife, Mursyid Mustafa dan pasangannya Nadia - pada 6hb Disember 2014. Pengantin perempuan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan... so, sompek lah kami bertandang di Kuala Pilah untuk dua hari. Satu pengalaman yang sangat menarik berada di Kuala Pilah.



Pantun Selamat Datang ke Kuala Pilah

Ni sebenarnya kali ke dua saya sampai di Kuala Pilah, tapi kali pertama dulu sampai sini pada tahun 1995 kut kalau tak silap... dah lama sangat dan tak ingat dah... lagi pon lalu jer sebenarnya masa tu kerana destinasi sebenar dulu adalah ke Bandar Baru Serting, Bahau. Jadi tak perasan ada monumen yang ada cabai atau cili besar nak masuk ke Kuala Pilah tu... siap dengan pantunnya sekali..

Kuala pilah tolapak adat,
adat popatih jadi amalan,
asak lado api banyak pominat,
sodap raso eh tak ado tandingan,

Memang dalam fikiran masa sampai Kuala Pilah tu adalah Masak Lemak Cili Padi orang Nogori yang terkenal dengan kepedasannya - harus terbakar lidah bagi orang yang tak biasa :D (dari pengalaman)


Selamat Pengantin Baru buat adik ipar - Mursyid Mustafa


Setinggi Tahniah diucapkan kerana 'akhirnya' menamatkan zaman bujang dan yang penting sekali dengan penuh bersejarah! Tak tahulah samada ada pengantin lelaki lain di Malaysia ni yang baca khutbah perkahwinannya sendiri selain dari Mursyid ni eheheheh.... memang hebat adik iparku bila dengan selamba menyahut cabaran tok imam/qadhi supaya membaca sendiri khutbah perkahwinan yang ditulis dalam tulisan jawi :D... dan membacanya dengan baik... Akad Nikah juga dilakukan oleh wali pengantin perempuan iaitu abang kepada pengantin perempuan itu sendiri...

Pastinya pengalaman itu tidak akan dilupakan... dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja :D
Caiyok my brother...

Mursyid dan Nadia

Semoga ikatan ini diberkati Allah Azzawajalla dan dikekalkan sepanjang hayat - semoga bahagia dan dilimpahi rahmat Allah SWT...

Maka darjat keimanan pon meningkat setelah mendirikan rumahtangga ni... pahala pon lebih besar.


Ulam Kacang Botol, Timun, Peria dan Buah Jering Muda cecah Sambal Belacan

Sedapnya ulam Jering Muda cecah Sambal Belacan Kuala Pilah

Ya, masak lemak pucuk-pucuk adalah salah satu dari hidangan kenduri... dan memang sangat SODAP! Cuma ianya tak lah sepedas yang disangkakan... Walaubagaimanapon, saya memang tak boleh lupa SAMBAL BELACAN yang dihidangkan untuk dicecah dengan ulam-ulaman Kacang Botol, Peria, Timun atau Mentimun dan yang paling BEST... Buah Jering Muda yang rangup... perghhhh!!! Subhanallah... sedapnya... Amazing betul sambal belacan orang Kuala Pilah... Tak tahu nak describe macamana... tak pedas sangat, belacannya pon just nice... teksturnya halus tak kasar... tak berair... dan saya makan tak perlu nasi... ambil ulam, cecah sambal dan suap ke mulut... :D


Aksi Poyo Abang Ipar...


Nah... sempat lagi abang ipar dia berposing dengan cinta sejatinya... huhuhu...

Alhamdulillah... rupa-rupanya dan 18 tahun kami bersama...

7 comments:

  1. Ewah... abang ipar tu nak mengimbau masa 18 tahun dulu hihi... terkenanglah juga:)
    Apa pun tahniah buat pasangan - barokallah moga terus istioqmah mendokong tanggungjawab yg mula digalas.

    Kalau di JB masa menikah pasangan pengantin termasuk ibu-bapa sekali ada khutbah kena baca dan ia memang dlm tulisan jawi (kami panggil keluarga sakinah). Kalau tak pandai jawi baru diberi text rumi. Tapi kalau org Johor sebab 99% ada duduk sekolah agama tak ada masalah kot:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... tu lah kan... :D

      Pertama kali saya jumpa tok imam suruh pengantin baca khutbah tu sebenarnya... jadi, kat Johor ibubapa pon ada khutbah jugak... bagus jugak macam tu kan... memperingati balik semua perkara yang patut... perkahwinan adalah satu komitmen yang serius... demi keuntungan di akhirat.

      Delete
  2. Tahniah,. Napok gaya abang ipar yg terlebih bersemangat ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah pengantin....Abang ipar tumpang sekaki...masih anggun dan bergaya...

    ReplyDelete
  4. as salam. hmm...seronoknya tgok org menikah...sy pun x sabar2 nak menikah lagi. In sha Allah. dlm riang ada debarnya..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... tok! tok! kakak datang ketuk pintu lagi ni hihi...

    Kita cerita lainlah:)

    Pokok telinga kera menurut makcik (isteri Pak Ali) kalau ditanam dibawah lindungan kawasan terlindung dari cahaya matahari dia akan more to warna kehijauan tetapi kalau lebih terdedah kepada cuaca panas dia akan kemerahan. Tapi bab batang warna lain kakak tak tahu pulak. Ada masa kakak pergi lagi kakak akan cuba tanya.

    Kalau boleh carilah pokok ni mudah tanam. Patahkan dan cucuk di tanah yg baik memang akan hidup. Asal aje jgn lupa siram. Moga boleh dimanfaatkan buat ayah yg sedang diuji. Kita berusaha kan..

    ReplyDelete
  6. gambar pngntin lama tu mmng trbaik

    ReplyDelete