May 2, 2014

Belimbing Buluh Untuk Masak Dalca

Masa beli rumah yang sedang kami duduk sekarang ni, di belakang rumah dah ada sepohon pokok Belimbing Buluh. Belimbing Buluh ni bukan macam belimbing bintang biasa tu, dan saya rasa dia bukan dari spesis yang sama... saya rasa lah, sebab bentuk daun dan kedudukan buah dia pun tak sama. Kalau sekali tengok, pokok Belimbing Buluh ni 90% sama dengan pokok Cermai.




buah belimbing buluh untuk masak dalca

Kalau sesiapa tak pernah tengok atau tahu buah Belimbing Buluh, gambar atas tu rupa buah dia.

Kali pertama saya diperkenalkan kepada buah Belimbing Buluh ni, masa saya di tahun dua matrikulasi, UPM. Saya telah dibawa oleh salah seorang 'course mate' ke rumah beliau di Kajang dan bapa dia telah pekena atau 'prank' saya sebab saya tak pernah tengok pokok tu. Saya ingat lagi, bapa dia kata, antara semua buah yang ada di malaysia, buah ni paling sedap sebab rasa dia unik... lain dari yang lain. Cara nak menikmati buah ni kena masukkan sebiji dalam mulut dan kunyah cepat-cepat. Oleh kerana muka dia yang serius, saya sangat yakin bahawa rasa buah ni memang unik dan lain dari buah-buahan yang ada...

Apa lagi dia petik yang warna hijau gelap dan bagi kat saya sambil ingatkan saya cara makan buah ni. Saya pun, masukkan sebiji dalam mulut... masa tu tak rasa apa-apa, jadi ia sangat-sangat 'suspence'... Lalu dengan tidak sabar-sabar untuk menikmati buah ni, saya pun kunyah... dan sebaik sahaja jus bercampur dengan air liur dan membasahi lidah saya... Ya Rabbi.. tuhan saja yang tahu, saya rasa macam semua rambut yang ada berdiri mencacak termasuk bulu roma atas tengkuk dan telinga... Masamnya tak boleh digambarkan dengan kata-kata... tak pernah saya rasa suatu yang masam seperti jus buah Belimbing Buluh ni.

Selepas saya meludah semua buah dari mulut, rasa masam masih lekat di dalam mulut dan sedikit yang dah masuk ke anak tekak... Allahurabbi...

Yang 'best' tu, bapa dia masih relaks dan serius... sambil berkata, "Sedap kan?..." Sedangkan kawan saya dah tergelak sakan dah... Lepas tu baru dia senyum... 'macho' jer... Baik punya kena 'prank'...

Sebenarnya, rasa masam Belimbing Buluh ni, sama dengan buah Cermai... beza kurang masam buah cermai dalam lebih kurang 25% dari Belimbing Buluh ni...


Masak Dalca

Sebenarnya, Belimbing Buluh ni, kalau di sebelah utara ni, dorang guna untuk di campur dalam masakan seperti Dalca. Dalam masakan, rasa dia masih masam tetapi oleh kerana sudah di masak kemasamannya sudah berkurangan sehingga 60-70%, dan memang agak sedap.

masak dalca

Inilah rupanya masakan Dalca tersebut.

Bahan utama dalam masakan Dalca ni adalah Terung yang bulat tu, kentang, kacang dal, karot dan kacang panjang serta dicampur ayam atau daging... (atau nak lebih sedap daging yang bercampur lemak sikit).

Masakan Dalca ini disediakan oleh jiran saya Cikgu Faridah dan Cikgu Fauzi (Kolej Sultan Abdul Hamid), dan kami jiran tetangga telah dijemput untuk makan tengahari di rumah beliau sambil bersembang merapatkan silaturrahim.

makan tengahari di rumah cikgu fauzi


makan tengahari di rumah cikgu fauzi

Cikgu Fauzi sedang menelefon jiran-jiran terdekat untuk datang makan bersama.

Sekali sekala makan sama-sama macam ni memang menambahkan lagi kemesraan sesama jiran tetangga. Nanti bila 'turn' kami... tak tahu lagi nak masak apa, mungkin Nasi Arab kut... :D

8 comments:

  1. Sedapnya... terliur tengok..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abak!... lama tak dengar cerita :D
      hahahaha... asal tengok makanan ...terliur tu :D...
      Nice to have you here :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha... MM, memang sodap tu... cikgu faridah ni dia memang pandai masak... kalau saya makan rumah dia memang buat muka tak malu..kalau tak ...rugii.. :D

      Delete
  3. I like the eggplant cooked with Dalca.

    ReplyDelete
  4. buat sambal pun sedap belimbing buluh ni...

    ReplyDelete
  5. Masam kan belimbing ni..kita tak suka masam...nway kita suka Dalca coz banyak sayur kat dalam dia..

    ReplyDelete