Apr 13, 2014

Mayang Sari Atau Sundal Malam?

Ramai juga yang menyangka Mayang Sari tu Sundal Malam. Mungkin sebab kedua-duanya sememangnya harum pada waktu malam sahaja jadi ramai yang terkeliru, tetapi saya berpendapat, Mayang Sari tu bukan Sundal Malam. Tetapi mungkin juga lain tempat lain panggilannya. Walau apa-apa pun Mayang Sari ini sebenarnya juga dikenali sebagai Citharexylum spinosum atau nama botaninya.

Selain dari Kerak Nasi, Mayang Sari adalah di antara pokok 'favourite' saya. Apabila dia berbunga, bunga-bunga yang halus dan putih akan gugur di atas tanah seperti musim luruh, penuh bunga atas tanah. Bunganya pun lebat walaupun tak lah tahan lama.

Pokok Bunga Mayang Sari
Mayang Sari dekat pagar rumah naik tinggi melangit, penuh bunga


Bunga Mayang Sari ini akan mengeluarkan bau harum yang menyegarkan pada waktu malam. Sebaik sahaja menjelang waktu Maghrib, apabila berdiri dekat pagar rumah, akan berbau harumannya... memang agak kuat baunya terutama bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup pada masa tu.

Kerak Nasi dan Akar Dani bersama Mayang Sari
Jiran punya Kerak Nasi dan Akar Dani panjat pokok Mayang Sari saya

Kebetulan pulak, jiran saya tanam pokok bunga Kerak Nasi dan bunga Akar Dani (warna merah) yang mana kedua-dua tu pon memang mengeluarkan bau harum yang kuat...lagi lah wangi bila berada kat porch tu hahahaha...

Bawah pokok mayang Sari saya tu, pokok Bunga Cina atau Gardenia jasminoides (gambar DI SINI), yang juga bau sangat wangi, serta sentiasa berbunga tak kira masa. Kedua-duanya saya tanam pada masa yang sama dan melalui keratan batang.


Bunga Mayang Sari
Bunga mayang Sari, halus bewarna putih serta harum di waktu malam


Mayang Sari sebenarnya dalam kategori pokok kayu dan pokoknya boleh naik tinggi dan mampu mempunyai batang sehingga sebesar sepemeluk pun. Kalau dijaga dengan betul atau kerap memangkas dahan-dahan dia, pokok ni boleh jadi pokok yang rendang.

Cadangan saya adalah untuk letak meja dan kerusi batu di bawah pokok Mayang Sari ni sebagai tempat berehat-rehat di waktu senja atau pagi hari minggu... :D


Bunga Mayang Sari atau nama Botaninya Citharexylum spinosum
Bunga Mayang Sari atau nama botaninya Citharexylum spinosum


Bau harum yang menyeramkan?

Kalau zaman dulu atau kat kampung-kampung, memang bau dia meremangkan bulu roma... bukan pasal apa sebab dikaitkan dengan cerita-cerita pontianak. Tapi zaman sekarang ni... harumannya tu lebih kepada terapi minda... 

Nanti nak cari jugak pokok bunga Sundal Malam nak tanam ke tepi-tepi pagar supaya lebih ganas baunya nanti... hahahahaha...

--

15 comments:

  1. saya tak pernah lagi cium baunya.. adakah seperti bau kulat malam... bau yang seperti bedak sejuk yang cukup meremangkan bulu roma terutamanya di waktu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulat malam tu bau fresh jer kut... bau dia sebenarnya macam bau melur jugak... hahahaha...

      Delete
  2. Replies
    1. people won't dare to walk by in front of my house at night..hahahaha...

      Delete
  3. pontianak harum sundal malam ....

    ReplyDelete
  4. umah mak noe pun ada bunga akar dani...mula2 x tau gak namanya...acik idah bgtau nama tu...cantik bunga2 nya...bagus tu wafa..cari bunga sundal malam lak...baru ganaz sikit .... rumah seram namanya...hehehe..ataupun rumah wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha... adoi... jadi haunted house.... hahahahaha

      Delete
  5. hahahah qila memang takut sangat dengan bunga ni heee.
    Dulu hampir ada tau nak tumbuh tapi mati dah hahahah alhamdulillah XD
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ada apa nak takut sebenarnya hahahaha...

      Delete
  6. tajuk filem pontianak tu dari bunga ni rupanya. susah rasanya nak cari pokok ni...

    ReplyDelete
  7. cantiknya bunga mayang sari tu dan sundal malam tu..tapi seramlah pulak ya..

    ReplyDelete
  8. 'ganas baunya' hehehe...i like this phrase

    ReplyDelete
  9. Kat rumah ade bunga cempaka dgn kemboja.. kalau memalam duk berbuai kat tepi pagar rumah, angin sepoi2 terhidu bau bunga2 tu.. seram la jugakkk.. hahaha

    ReplyDelete