Nov 29, 2014

Tentang Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru terbaca sedikit maklumat mengenai TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog seorang sahabat blogger. Satu catatan yang bagus sebagai panduan memperbaiki diri. Jazakallahu khairan atas perkongsian tersebut...

Lihat ulasan TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog beliau DI SINI.

Subhanallah... Dalam kehidupan ini, biasanya kita melakukan sesuatu perkara bagi mencapai suatu matlamat tertentu. Contohnya, kita pergi bekerja untuk memperolehi gaji yang kita perlukan untuk pembiayaan keperluan tertentu dalam kehidupan seperti membeli makanan dan minuman, melanggan sesuatu perkhidmatan seperti talian komunikasi, elektrik, air dan sebagainya. Jadi ianya biasanya suatu HABUAN...

Seorang cikgu pernah bercerita tentang matlamat beliau iaitu agar pelajar-pelajar beliau mendapat gred A dalam matapelajaran yang beliau ajar dan beliau berharap agar peratus pelajar yang memperolehi gred A meningkat dari tahun lalu. Ia adalah penting kerana, ia akan mendapatkan perhatian dan penghargaan dari pengetua beliau. 

Pendek kata, sesuatu pekerjaan yang kita buat itu, adalah bagi mendapatkan sesuatu habuan tertentu...

Oleh yang demikian, wallahualam... apakah sebenarnya yang dikatakan melakukan sesuatu itu dengan IKHLAS.... Apakah maksudnya Ikhlas tersebut... Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, pastinya kita perlu mendapatkannya dari orang yang 'alim dalam bidang atau topik KEIKHLASAN ini... Saya sendiri tergagau-gagau dalam bab ini. 

Walaubagaimanapun, mungkin catatan dari ulama masyhur dan muktabar seperti YUSUF AL-QARADAWI seperti yang dikongsikan di blog sahabat blogger saya DI SINI dapat memberi sedikit pencerahan... InsyaAllah... Semoga Allah Subhana wata'ala menyematkan ilham ke dalam hati kita untuk memahami maksud IKHLAS yang sebenar itu... serta memberi petunjuk taufiq dan hidayah agar kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan dengan ertikata IKHLAS yang sebenar... Allahualam bissawab...

PENTINGNYA IKHLAS

Subhanallah... IKHLAS ini adalah suatu yang dituntut oleh Allah SWT dan sangat penting. Ia menentukan samada pekerjaan kita itu dikira sebagai amalan yang boleh membawa kebaikan kepada kita di akhirat kelak atau memusnahkan kita sehingga tercampak ke neraka Allah... Wana'uzubillah...

Jom sama-samalah kita mencari dan terus mencari jalan dalam mencapai tahap melakukan pekerjaan dengan IKHLAS sebenarnya dan dalam masa yang sama marilah kita beristighfar berbanyak-banyak di atas kecetekan ilmu kita disamping mengharapkan agar Allah Subhana wataala menerima pekerjaan kita dalam masa kita berusaha memperbaiki diri kita... 




2 comments:

  1. Apa kita buat dengan ikhlas kerana Allah pasti ada ganjaran dari Nya..

    ReplyDelete
  2. pendapat peribadi saya zaman skrng nia sifat ikhlas makin hilang dlm diri manusia trmasuk saya. Smga kita sama2 sedar dan perbaikinya.

    ReplyDelete