May 5, 2014

Ceri Malaysia

Bila sebut buah ceri, biasanya yang tergambar dalam kepala, buah ceri yang kita biasa tengok orang buat hiasan atas kek dan kadang-kadang bubuh atas ais krim kat kiosk ais krim. Buah merah bulat besar dan rasa yang manis, kebanyakan orang suka... budak-budak pun suka. Tapi saya, biasanya tak berapa suka makan buah ceri yang atas kek tu. Kalau buah ceri tu yang 'fresh', tak tahu pulak rasanya macam mana. Sesiapa yang dah pergi 'oversea' dan jumpa buah ceri tu yang fresh, tahu lah rasa dia macamana kan... Kat Malaysia ni ada ke buah ceri tu yang fresh? Ada sesiapa tahu tak?


Kat depan rumah ni, saya ada tanam sepohon pokok ceri - pokok ceri Malaysia

Saya rasa, ramai yang tahu macamana rupa pokok ceri Malaysia ni bukan? Biasanya kalau ada pokok ceri ni, akan ada gerai makan kat bawah dia. Pokok ceri Malaysia ni, dia rendang dan kawasan teduh dia agak luas, jadi kalau letak pangkin kat bawah tu memang selesa, duduk berehat-rehat, atau kalau gerai makan boleh letak banyak meja makan tempat  orang duduk makan santai-santai.

Di Alor Setar ni ada satu restoran yang dikenali sebagai restoran Pokok Ceri (restoran mamak), betul-betul depan hospital lama di simpang empat menghala ke pusat bandar, lapangan terbang dan Tesco..dari Tol Utara. Restoran tu depan dia ada pokok ceri besar, mungkin tu sebab orang panggil restoran Pokok Ceri kut.

Tahun ni, pokok ceri saya tu berbuah lebat dan sekarang buah dia tengah masak. Banyak sungguh buah kali ni. Biasanya, tak banyak sebab burung makan atau jatuh ke tanah kalau angin kuat... tapi kali ni buah dia lekat elok.

 


Kali ni burung pun tak habis makan kut hahahaha... sebab buah banyak sangat. So, yang dah masak jatuh atas tanah penuh merah bawah pokok tu.



Kadang-kadang, atau biasanya saya kutip makan jugak... rasa dia sederhana manis tak seperti ceri luar negara tu. Sambil-sambil nak keluar ke mana-mana atau balik dari mana-mana, petik lah dalam segenggam, masuk mulut kunyah-kunyah lepas tu sambung la nak pergi mana-mana ke atau nak naik atas rumah.

Biasa jugak, budak-budak kawasan perumahan ni yang balik dari sekolah rendah jalan kaki tengahari tu, akan singgah kat bawah pokok ceri ni berteduh sekejap dari panas terik. Sambil-sambil tu dia orang akan petik buah-buah ceri yang rendah boleh dicapai dengan tangan jer. Pernah nampak beberapa kali, ada yang siap panjat nak ambil buah ceri untuk di makan. 


Seronok sebenarnya tengok budak-budak sekolah tu singgah berteduh dan petik buah-buah ceri tu untuk di makan, sambil jugak bergurau sesama dia orang. Sebenarnya, kenapa saya tanam pokok ceri tu kat depan pagar rumah saya sebab saya teringat satu hadis:

Dari Anas ra, Nabi SAW bersabda : "Tidaklah dari seseorang muslim yang menanam pokok, lalu buahnya dimakan burung atau manusia, atau lain binatang, melainkan adalah baginya dengan yang dimakan itu menjadi sedekah baginya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Berteduh dan makan buah tu, oleh budak-budak sekolah atau pekerja MBAS yang mesin rumput, cuci longkang... adalah kebajikan yang saya dapat - secara PERCUMA. Bila burung-burung makan pun dapat pahala sedekah... bayangkanlah betapa banyaknya buah dan sentiasa ada tak putus-putus. Memang satu kepuasan yang amat sangat.

Kelmarin ni, sebab banyak sangat buah, saya kutip barang sebekas plastik, saja makan sambil tengok TV... 



Bukanlah sedap, yang sangat sedap buah ceri Malaysia ni, tapi boleh lah sambil sambil. Buah dia pun kecil kecil...



Si Adam ni gigit makan isi dan biji saja, kulit dia buang... 




Pernah ada orang tegur saya tanam pokok ceri tu. Dia kata, kalau letak kereta bawah pokok ceri nanti penuh atas kereta kena berak kat burung, jadi baik tanam pokok bunga yang rendang.

Memang betul cakap dia. Tahi burung bertempek atas bumbung dan cermin kereta bila parking bawah pokok ceri tu. Hahahahaha... Tapi, bagi saya lah... adalah sangat lebih baik saya tanam pokok ceri yang buah dia boleh dimakan burung, daripada tanam pokok bunga yang tak ada buah. Risiko kena berak dengan burung atas kereta tu... biasalah. Dah dapat pahala sedekah percuma, bayar balik lah sikit dengan sebelum keluar pergi kerja, jirus sikit kereta tu. Tahi dia pun bukan lekat kuat macam tahi burung gagak yang siap hakis cat kereta lagi kan... hahahaha...

Kena sabar sikit jer... Saya perasan ada beberapa kali... tak ada tahi burung pun atas kereta tu. Tu semua Allah SWT dah tentukan... kalau ikhlas betul, Dia lindunglah kita dari sebarang masalah besar... 

Sebenarnya, pendek kata.. kalau ada peluang untuk tanam pokok, pokok bunga ke, pokok buah ke... tanam lah. 

Ada hadis yang berbunyi :
" Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala." Riwayat Al-Bukhari.

Mungkin hadis ni ada maksud lain yang tersirat, tapi yang tersuratnya jelas menyatakan tentang tanam benih yang ada di tangan walaupun kiamat akan berlaku tidak lama lagi, dan kita mendapat pahala dari perbuatan kita menanam pokok tersebut. 

Kalau ada sesiapa yang fasih terjemahan maksud hadis ni mungkin boleh buat satu entri untuk dikongsikan dengan saya dan pembaca lain.

Akhir kalam entri ini... saya ingin berpesan bahawa, nak buat kebajikan atau pahala tu cukup senang... fikir-fikirkan lah.

Allahualam Bissawab.


--

16 comments:

  1. Mengingatkan saya zaman kecik2 dulu ni Wafa.. selalu petik buah ceri dipokok ceri tu bila lalu balik sekolah, berebut2 dengan kekawan bila nampak buah ceri ni dah merah.. sekarang semakin susah pulak nak jumpa pokok ceri ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... pokok ceri akan banyak memberi kenangan kepada kanak-kanak... :D

      Delete
  2. teringat zaman kecik2 dulu..dahan pokok ni dah la kecik jer..ecah dengan kawan2 panjat pokok ni ramai2 makan buah ceri..ttiba2 tumbang pokok tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahaahhahaha adoi... ketawa sakan saya baca komen ecah.... boleh pulak tumbang pokok tu...hahahaahahaha... tak boleh bayang hampa jatuh ngan pokok-pokok tu... hahahaahaha... adeh akit perut tergelak...

      Delete
  3. Wah bestnya Wafa..kita tak pernah tengok lagi beri Malaysia..first time ni tau..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan beri rdz z... ceri... (ker typo?)... saya pon sebenarnya masa dok di Kelantan tak pernah perasan ada pokok ceri kat Malaysia... hahahaahha... yang tahu pokok ceri ni semenjak mai dok Kedah ni lah.... hahahaha... tapi di Kemaman hari tu memang ada pokok ceri depan rumah yang saya sewa... :D

      Delete
  4. entri yg sgt baik. ingat mengingati sesama kwn2. terima kasih wafa.
    tgk pokok ceri tu saya teringat balik zaman sekolah2 dulu, waktu ptg2 selalu lepak kat bawah pokok ceri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pangkin kut kat bawah pokok tu? Kalau kat belah Alor Setar ni depa tanam pokok ceri... buat pangkin dok lepak menyembang dengan jiran-jiran lepas balik kerja...kadang-kadang lepas insya'... :D.

      Delete
  5. ...dan memang kereta Puan Mazlina Si Kelisa petite tu yang selalu menjadi serangan burung-burung melepaskan tut...tut masing-masing. Tapi takpa ler sebab ada faedahnya juga bila En. Wafa ringan tangan nak mandikan Si anak Kelisa tu...walaupun once in a blue moon...Thank you so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikks... kesian tengok kelisa tu... nyawa-nyawa ikan kena layak ngan tuan punya dia... whoahahahaahahaha...

      Delete
  6. masa kecik2 dulu sye suka makan buah ceri ni.. panjat pokok orang dgn kwn2 semata2 nak makan buah ni.. smpai acik uma tu tolong petikkan utk kiteowang sekali..heeee

    ReplyDelete
  7. Tak parking bawah pokok ceri pun burung berak jugak atas bumbung kete... hehe... sekurang2nya dah dapat pahala bagi burung makan buah ceri tu...

    ReplyDelete
  8. dulu pokok ni ada tanam kat umah noe di kampung tu...mmg pokok tu rendang sangat n cepat je membesar...mmg redup la...tapi masalahnya kelawar suka makan buat tu...lepas tu...tak tau la camne kelawar tu makan....dinding umah habis hitam...tepek2,,,tak tau...itu biji buah tu ke atau benda lain...sudahnya..kena tebang...buahnya rasa x ada la sedap sangat...tp ceri yg taruk kt kuih tu pun noe x suka makan pun...

    ReplyDelete
  9. Sayalah budak kecik tu.. masa kecik2 selalu petik buah ceri dekat jalan sambil jalan balik rumah..

    ReplyDelete
  10. First time I see a Malaysian cherry.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Boleh ke bantu saya dapatkan benih pokok cherry Malaysia ini saya nak tanam dikawasan rumah saya di Seri Iskandar Perak.
    Atau pun berkongsi ilmu cara menyemai dari biji cherry untuk menghasilkan benih.
    Terima Kasin

    ReplyDelete