May 12, 2014

Bagaimana Nak Goreng Ikan Temenung

Bagaimana nak goreng ikan Temenung atau ikan Kembong? Ya.. entri ni saya tulis khusus kepada sesiapa yang malu nak tanya emak ke, kakak ke, kawan-kawan ke.. atau sesiapa tapi teringin nak cuba goreng ikan atau belajar goreng ikan. Yang dah pandai... jangan gelak ya? Ada orang disebabkan malu kena gelak nak tanya - sampai bila-bila tak cuba lalu tak pandai... Di sini saya akan bagi panduan yang terperinci. InsyaAllah, dari panduan ni, gerenti boleh buat dan akan pandai...


OK... mula-mula, pergi beli Ikan Temenung di pasar... Minta dalam setengah kilo atau sekilo... kalau ada 'freezer' kat rumah boleh beli sekilo (mana tahu orang bujang tak ada freezer kat rumah sewa)...

Macamana rupa ikan Temenung atau sesetengah tempat panggil ikan Kembong ni? 


Nah... ni dia rupa ikan Temenung. Ekor dia kuning-kuning sikit, atas belakang sirip atas tu warna dia gelap. Rupa yang nak sama dengan ikan Temenung ni, ikan Cencaru cuma Cencaru ni ekor dia gelap, dengan tulang tengah tu nampak ketara macam ikan Selayang. Selayang pun ada iras-iras Temenung, beza dia ikan Selayang ada balam-balam kuning bahagian atas badan dan tulang tengah dia tu nampak jelas, tak macam ikan Temenung ni.

Memproses Ikan Temenung

Dah beli ikan, balik rumah, bersiang lah ikan tu... korek insang dia - tarik bawa keluar dengan semua isi perut... belah sikit perut kat bawah ikan tu supaya nak mudah (tengok gambar kat atas). Cuci bersih-bersih - jangan lupa siram supaya 'cuci' ikan tu. Cuci ni maksudnya suci untuk di makan... Islam suruh kita 'siram' makanan selepas basuh supaya 'cuci' atau suci.

Perut ikan tak boleh di makan ya! Jangan tak tahu pulak. So kalau dengar jeruk perut ikan ke apa ke ..tak payah cuba-cuba...




Garam dan Serbuk Kunyit

Dalam memproses ikan ni untuk digoreng, sediakan garam dan serbuk kunyit. Orang dulu-dulu ambil kunyit tumbuk, tapi zaman sekarang ni, beli jer serbuk kunyit kat kedai runcit.


Garam dan Serbuk Kunyit ni untuk digaulkan dengan ikan. orang Kedah kata 'guey'... Ambil macam setengah sudu teh serbuk kunyit tu dan garam dalam suku sudu teh kalau ikan tu dalam 3 ke 4 ekor lah. Cuba dulu, kalau rasa kurang masin... lain kali tambah secukup rasa... 


Dah digaul tu..rupa dia macam dalam gambar kat atas tu...




Menggoreng Ikan Temenung

Untuk menggoreng, masukkan minyak masak dalam kuali dan letak atas dapur. Nyalakan api dan panaskan minyak tu. Banyak mana minyak? Agak-agak tenggelam sebelah ikan tu lah... Kalau tenggelam semua pun boleh tapi macam membazir lah pula minyak tu. 


Pastikan minyak tu betul-betul panas. Jadi biarkan dalam lebih kurang 3 ke 4 minit... tengoklah nampak macam dah dah bearasap sikit kuali tu yer la tu... kira dah panas betul lah tu... Nak confident lagi tunggu la 5 minit... jangan sampai berasap berkeluk kuali tu sudahlah... 

Dah confident minyak dah cukup panas... masukkan ikan semuat kuali tu... (Minyak kena panas betul-betul supaya, kulit ikan tu tak lekat kat kuali dalam minyak tu... kalau tak panas, bila kita balikkan ikan tu, kulit dia akan lekat kat kuali... dah tak cantik...)



Bila dah nampak, mata ikan tu pun dah putih, ekor dan sirip dia dah garing... warna kemerah-merahan... balikkan ikan tadi tu... supaya masak sebelah yang atas tadi ni pulak... 

Jangan terlalu lama, sebelum balikkan ikan tu...takut hangit atau terlampau garing sangat... Kalau nak agak dalam minit, dalam lebih kurang 3 ke 4 minti macam tu lah, tengok api lah... Jadi jangan tinggal pergi mana-mana pulak lepas dah masukkan ikan dalam kuali.. tunggu lah sekejap...





Bila dah garing dua-dua belah ikan tu... angkatlah ikan tu dan masukkan ke dalam pinggan...


 Dah... siap!

Senang saja bukan? harap panduan yang saya sediakan ni dapat membantu anda BERANI mencuba menggoreng ikan temenung... 

p/s : Satu lagi - jangan gelak tengok kuali saya yang hitam tu hahahaahaha.... (saya gelak tak apa)..

32 comments:

  1. Kalau ikut resepi MIL KN selain garam dan kunyit, guey dengan bawang merah parut tambah cili boh sikit. Pehh! MIL KN ore kelate. Hehe

    ReplyDelete
  2. alahai ingat tadi nak gelak... tapi dah warning awal-awal...(hik..hik.. gelak dalam hati je lah)...
    bini kawe, terliur tengok ikan kembong goreng demo..

    ReplyDelete
  3. comelnye goreng ikan..hihihiihi.... thumbs up!!

    ReplyDelete
  4. 'Saya gelak tak apa'. Amboii. Hahaha. Vee dulu pun main hentam je goreng ikan kembong ni, tapi berjaya jugak. Terus mula confident XD

    ReplyDelete
  5. hehehe.... Dh warning pn nk gelak jugak sbb kuali kat rumah saya pn rupa dh mcm ni.

    ReplyDelete
  6. hehehehhe..kuali kathy pun macam tu..nice tuto.. :)

    ReplyDelete
  7. saya lepas la kalau stakat goreng ikan ni. hehe..

    ReplyDelete
  8. This is great guide for beginner like me.

    ReplyDelete
  9. nampak sangat tuan blog ni memang biasa kedapur..
    teringat bunda arwah suami dulu memang suka ikan termenung ni...
    pastu dia colek dgn sambal belacan...
    berselera dia makan...

    ReplyDelete
  10. Wah! sungguh detail dari mula sampai akhir...cuma gambar tengah makan jer takde, hehe..
    Ikan temenung, tetap ikan kegemaran ku...goreng pun sodap!

    ReplyDelete
  11. kat utara je panggil ikan temenung...kat sini klu tanya ikan termenung...menung tukang jual tu...
    wahhh...bagus untuk yg baru belajar nk masak...

    ReplyDelete
  12. teringat masa dulu... masa mula belajar masak.. mia goreng sampai hangus. api besar... hehehe

    ReplyDelete
  13. ikan kembung la yg selalu ayah sy beli masa kecik2 dulu. memori silam abe kie di kg tu..

    ReplyDelete
  14. Resepi ikan goreng yer Mr. Wafa... hehehe... terbaekk! :D

    ReplyDelete
  15. bw sini....semoga wafa ceria selalu :)

    ReplyDelete
  16. lama x jejak ke sini...mmmm...x ada n3 baru... moga wafa sihat walafiat... BW di sini

    ReplyDelete
  17. Kuali.. .__. Apesal nama dia ikan temenung ek.. rasa macam nak google je sejarah nama tu xD

    ReplyDelete
  18. Betul tu di zaman serba moden ni ada jugak yang x tau nak goreng ikan...nak masukkan ikan utk di goreng dalam kuali pun sebatu jauh pas tu lempar...SA bercakap dari pengalaman housemate di rumah...thanks Wafa atas perkongsian...moga mereka2 anak gadis moden aman sekarang boleh beljar ikut tutorial ini....

    ReplyDelete
  19. Terbaik la resepi. memudahkan mak-mak dara masak.. hee.. petua tambahan, kalau taknak ikan melekat pada kuali masukkan asam keping sekali..

    ReplyDelete
  20. Tips yang ni yg paling tak tahan ni...

    "OK... mula-mula, pergi beli Ikan Temenung di pasar..."

    ReplyDelete
  21. kalau guna kunyit hidup...lagi sedap dan wangi aroma ikan tu

    ReplyDelete
  22. Salam ziarah dan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK...

    ReplyDelete
  23. Salam Ramadhan Al Mubarak untuk Wafa sekeluarga...

    ReplyDelete
  24. Fantastic items from you, man. I've remember your stuff prior to and
    you are just extremely magnificent. I actually like what you've obtained
    here, really like what you're stating and the way through
    which you assert it. You are making it enjoyable and you continue to take care of to keep it smart.
    I can not wait to read much more from you. That is really a terrific site.


    Also visit my homepage dummy unit load method

    ReplyDelete
  25. kalau saya, mulut ikan tu pun saya buang..eh, kuali tu samalah

    ReplyDelete