Nov 30, 2014

Beranikah?!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Beranikah kita untuk TIDAK SOLAT...  Itulah ayat penuh kepada title di atas...

Catatan ini adalah peringatan kepada diri sendiri untuk diulang baca dan diulang renung. Juga kepada zuriat saya dan orang-orang yang saya sayangi serta sesiapa sahaja yang berhubung-kait dengan perkara ini...

Perintah SOLAT adalah perintah yang berbeza dari kefardhuan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, atau kefardhuan lain. Perintah SOLAT berlaku dengan peristiwa Israk Mikraj, suatu peristiwa yang sangat penting, perjalanan Nabi SAW yang ditemani Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa di Palestine dengan menaiki Burraq... yang mengambil masa yang singkat. Seterusnya perjalanan Nabi SAW yang juga ditemani Jibrail naik ke langit MENGHADAP ALLAH SWT...



ALLAH SWT telah memerintahkan umat Nabi SAW supaya SOLAT 50 waktu... ! Dan Nabi SAW telah menerima perintah tersebut dan turun dari Arasy... Hanya disebabkan pertemuan Baginda SAW dengan Nabi Musa AS... yang menasihati Baginda SAW supaya kembali menghadap Allah swt dan meminta untuk dikurangkan jumlah waktu tersebut kerana dibimbangi umat Baginda Rasulullah SAW tidak akan mampu mendirikannya... ALLAH SWT mengurangkannya kepada 40 waktu... Rasulullah SAW telah berulang-alik bertemu Nabi Musa AS dan menghadap ALLAH SWT... sehinggalah...

Akhirnya difardhukan SOLAT kepada LIMA waktu sahaja... Subhanallah...

Peristiwa Israk Mikraj adalah PERISTIWA yang sangat istimewa penuh dengan pelbagai petunjuk kekuasaan Allah SWT dan kenabian Rasulullah SAW... Oleh yang demikian, perintah kefardhuan SOLAT 5 WAKTU adalah bukan sebarangan perintah!!!!

BERANIKAH UNTUK TIDAK SOLAT?

----


Allah SWT memerintahkan kita untuk mengerjakan Solat dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh, dan ianya bermaksud JANGAN MENINGGALKANnya... Ia juga bermaksud DENGAN TIDAK LALAI...

Tidak diterima amalan-amalan baik seseorang yang TIDAK SOLAT atau LALAI...

Antara maksud TIDAK LALAI adalah Solat dengan khusyuk setiap kali wasuk waktu untuk mengerjakan Solat... Juga TIDAK melengah-lengahkannya... Melengah-lengahkan atau menangguh-nangguh Solat, tidak mengutamakannya dari pekerjaan lain, juga adalah termasuk dalam kategori LALAI...

Allah SWT menyediakan sautu tempat, satu wadi, iaitu di antara gunung-gunung yang tinggi yang dinamakan Neraka Wil (Fawaillul LilMusollin..) bagi mereka yang mendirikan Solat tetapi dengan lalai... Ia adalah untuk orang yang solat - bukan TAK solat... cuma SOLATnya tidak sempurna... (Wana'uzubillah...)

BERANIKAH UNTUK TIDAK SOLAT? BERANIKAH UNTUK LALAI DALAM MENDIRIKAN SOLAT?

Wallahu'alam bissawab...
----

Allahuakbar... Subhanallah....




رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan...
(Ibrahim : 40/41)


*** Mohon jika ada tersilap dari mana-mana bahagian catatan saya, harap diperbetulkan... kerana saya mencatatnya dari ingatan selepas mendengar khutbah *** 


5 comments:

  1. Salam Wafa..lama dah tak singgah sini..

    Peringatan yang baik Wafa..kalau kita sayangkan Allah dan sayangkan diri kita pasti jawapannya adalah tidak..Hanya lima waktu sehari semalam..Tak samapi satu jam dari 24 jam yang kita ada..kalau tak mampu juga tak tau apa nak kata..moga-moga kita semua terus istiqamah...

    ReplyDelete
  2. Tak berani ... tapi kadang-kadang kita lalai. Sebab itu kita sentiasa perlukan peringatan sebegini.

    ReplyDelete
  3. Catatan yg baik sebagai ingat-mengingatkan sesama ummah. Bayangkan usah kata 50 waktu. Kalaulah kena 10 waktu pun entahkan termampu entahkah tidak. Betapa rasulullah pun tahu kelemahannya umatnya. Jadikan doa Robbijalni muqima ---> yaumayaqumulhisab, ini sebagai doa harian kita moga keturunan kita juga tidak lalai dalam menjalankan ibadah solat tiang agama ini.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak singgah sini...ingatkan orang sini tak nak keudara lagi..

    ReplyDelete
  5. smga Allah menempatkan kita dan orng2 keliling kita di tmpat org2 yg beriman. Amin

    ReplyDelete