May 11, 2014

Seronok Dapat Ice Cream Maker Kenwood

Setelah lebih kurang seminggu, akhirnya sampai jugak Ice Cream Maker jenama Kenwood yang diorder secara online - Ice Cream Maker IM280 yang boleh muat 1.5 liter ice cream (satu bekas ice cream biasa yang beli kat Giant tu). Yang paling happy sekali, si Sulaiman dengan Tasnim. Dua-dua tu kaki ice cream. Si Adam sebab tak tahu apa-apa, tak nampak sangat keseronokkannya... hahaha..






Kalau sebelum ni, buat ice cream style ais krim Malaysia, cuma guna bekas buat ais krim warna-warni tu, kini upgrade sikit standard kepada ice cream ala-ala Walls atau F&N gitu... Hmmm... ni semua Ummi dia orang ni lah... sama naik :D. (Abah biasa jer... huhuhu). 

Alkisahnya, semua ni berpunca dari Lazada... Hendak dijadikan ceritanya suatu hari tu saja-saja klik tengok barang-barang yang dijual di Lazada..maklumlah, diskaun dan offer pelbagai semua ada... Yang hendak dicari sebenarnya Kitchen Knifeyang hulu pelbagai colour tu... sebab nampak menarik... Klik sana klik sini, terjumpa Ice Cream Maker. 

Dan oleh kerana gayat tak pernah tahu ada ice cream maker... teringin nak tengok macamana fungsi dia... lalu tengoklah di You Tube... dan seterusnya langsung terpikat eheheehe... Itulah bahana Iklan Sales dan Offer atau Diskaun di Lazada... hahahaha...

Kenwood Ice Cream Maker

kenwood ice cream maker

Dah dapat benda ni, petang tu terus pergi cari bahan-bahan untuk buat ice cream...

So, agaknya lepas ni tak perlu lagi lah beli ice cream kat Giant atau Tesco kut... tapi nak tengok jugak, berbaloi tak buat sendiri dibandingkan dengan beli... Takutnya kos beli bahan tu semua dah jadi lagi mahal, atau tak pon lebih kurang jer...

Bab eksperimen pertama buat ais cream ni ... boleh lah tunggu next entry... bila? tak tahu lagi... :D InsyaAllah...

See you in 'The Making of Ice Cream Using Kenwood Ice Cream Maker"... (tajuk contoh jer tu)


P/S : Btw oleh kerana masa order Lazada punya Ice Cream Maker tu, stok dia habis... dan bila stok baru nak sampai tidak diketahui... maka Ice Cream Maker ni telah di beli melalui Superbuy...

--
.

25 comments:

  1. Replies
    1. haah... laris kut...sampai habis stok kat Lazada... :D

      Delete
  2. wahh wahhh bestnyaaaaaaaaaaaa nak jugakkkkkkkkkkkkkkkk
    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cek di Lazada, kalau-kalau stok baru dah sampai :)

      Delete
  3. Betul jugak tu... takut harga buat sendiri ice cream tu mahal daripada beli kat kedai... Tapi yang penting boleh buat ikut selera sendiri nak letak apa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... boleh eksperimen resepi ais krim :D

      Delete
  4. Wah bestnya wafa..tak sabar nak tunggu next entry...

    ReplyDelete
  5. haaa... molek-molek tuan wafa.. bolehlah saya belajar sama..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. salam kenal ya sam sufiya... terima kasih singgah sini :D

      Delete
  7. Waahhhhh.... sedapnya... hari2 boleh buat ni... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... haah... setakat ni tiap-tiap hari dok buat...

      Delete
  8. Nanti jika ada kelapangan, buatla satu review ice cream maker ni. menjadi cam ice cream yg beli ke tak klu gunanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... nanti saya share dengan readers... pasa ice cream maker ni :D

      Delete
  9. First time I see an ice cream maker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah this is my frist time knowing about this ice cream maker :D

      Delete
    2. Having fun making ice cream with the ice cream maker? Easy to use?

      Delete
  10. Replies
    1. oppsss... hahahaha...boleh.... nanti datanglah umah ambil yer.... :D hahaha

      Delete
  11. ok cepat2 update entry homemade ice-cream pulak ye :)

    ReplyDelete
  12. abg..boleh wat entri proses beli online benda ni x?

    ReplyDelete
  13. lepas ni tunggu entry pasal ais krim plak... hehehe

    ReplyDelete
  14. nak buat aiskrim etek... favourite aiskrim skg ni musim panas

    ReplyDelete