May 11, 2014

Selamat Hari Ibu Untuk Anak dan Menantu dari Abah & Ummi

Sekejap tadi my wife (Teacher Mazlina), dapat mesej SMS dari no. handphone Abah di Kelantan...  Mesej SMS 'Selamat Hari Ibu'...

Mesej Selamat hari Ibu




Selamat Hari Ibu - 11 mei 2014
Hari Ibu
Selamat hari Ibu...

" IBU. Paling cantik,
masak ibu paling sedap.
Kata ibu paling berharga.
Doa ibu paling makbul.
Restu ibu paling diberkati.
Ibu sangat
sempurna di mata
kita.
Selamat hari Ibu... "

Punyalah seronok teacher Mazlina dapat SMS dari Abah (ayah saya) di Kelantan. Biasanya SMS tu dari kedua-dualah Abah dan Ummi saya... sebab Ummi jarang guna handphone dia sendiri - atau dia akan suruh abah yang tuliskan...

Dan saya pasti SMS Selamat Hari Ibu ni ditujukan kepada semua anak-anak (perempuan) dan menantu-menantu perempuan mereka yang berada di merata ceruk Semenanjung Malaysia ni... :D. Semua anak perempuan dan lelaki mereka (adik-adik saya) dah berkahwin dan beranak-pinak... tinggal sorang lagi adik bongsu saya masa bujang - tengah belajar di USIM. 

Belum sempat saya ucapkan hari ibu kepada MBTW teacher Mazlina dan adik-adik serta ipar-ipar saya, termasuk ummi saya sendiri - SMS dari mereka sampai dulu... Sedih jugak rasanya... 

Apa-apa pun di sini saya hendak coretkan ucapan "SELAMAT HARI IBU" kepada yang terutama Ummi saya, Ibu Mertua saya, Isteri saya, Adik-adik perempuan saya, Adik-adik Ipar perempuan saya, Emak-emak saudara saya - kedua belah pihak lah...., Sepupu-sepupu dan saudara mara saya... 

DAN...

Kepada semua rakan-rakan saya, rakan-rakan bloggers saya (ramai yang kaum ibu) yang merupakan seorang IBU...

Kepada semua anak-anak yang masih mempunyai ibu (masih hidup) atau yang sudah ketiadaan ibu... sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka, perlindungan dari Allah SWT... dan pohonlah segala pengorbanan dan penat lelah mereka melahirkan kita ke dunia ini, memelihara kita, memberikan kasih sayang, memikirkan tentang kita... agar dibalas dengan ganjaran yang besar oleh ALlah SWT... yang akan membwa mereka terus ke syurga di akhirat kelak...

"SELAMAT HARI IBU"

Lagu M. Nasir BONDA...

---

5 comments:

  1. Pagi ni sampai awal ke sekolah...tiada perhimpunan rasmi sebab para pelajar sedang menduduki Pep. Pertengahan Tahun...jadi sempatlah telefon Umi di Kelantan sambil mengucapkan Selamat Hari Ibu...One thing about my MIL...dia memang cepat mesra. She always make me feel like her own daughter although I'm just her DIL...From her, I have learnt a lot about my husband...tak sabar nak jumpa Umi raya nanti...Happy Mother's Day to all Mothers...you guys are One In A Million...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...wafa,

    kasih itu mmg tiada nilai nya.. sungguh kita terhutang budi dengan ibu yang membesar dan mendidik kita menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara,

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ibu kpd semua. Bersyukurlah kpd mrka yg masih ada ibu sbb ibu abe kie telah pergi 12 thn lps.

    P.S. Harap maaf. Abe Wafa telah ditag untuk segmen The Liebster Award. Sila baca entri terbaharu blog Abe Kie untuk keterangan lanjut. Terima kasih diatas kerjasama abe wafa, ye?

    ReplyDelete
  4. Happy Mother's Day to all mothers!

    ReplyDelete
  5. hehe happy mothers dayyy to all mothers on earth :D hehehee

    ReplyDelete