Apr 23, 2014

Kabinet Bawah Tangga

Semalam baca entri nOesuhaimi tentang idea tempat simpan barang di rumah kecil, langsung datang idea nak buat tempat letak barang kat bawah tangga, macam kabinet tu... lebih kurang macam dalam gambar kat entri nOesuhaimi tu. Sehari termenung kelmarin dok fikir macamana rupa kalau siap... akhirnya buat sikit lukisan/draft kat dalam Photoshop...




Yang nak jadi cerita nak buat tempat letak barang ni bukan sebab rumah kecil... rumah, alhamdulillah... dah cukup besar, cuma tak ada setor. Entah macamana, masa renovate rumah asal dulu, terlupa nak include store... so sekarang, kebanyakan barang-barang seperti baju yang dah basuh, mainan budak-budak, buku-buku yang dibeli dari masa dok study dulu hingga sebelum pindah ke rumah ni (yang 90% siap) disimpan dalam satu bilik tidur yang tak digunakan... dulu masa ada bibik, bilik tidur bibik.

Masalahnya, bila barang-barang tu tak di simpan elok-elok (berkemas), tikus akan masuk main celah-celah kotak, belakang almari dan sebagainya. Yang tak tahan tu siap kencing dan berak... Tikus banyak sebab kat belakang rumah ni sawah bendang... so, bila dorang nak beranak pinak akan datang ke rumah-rumah, naik atas bumbung... Setakat 'mouse trap' tu dah tak makan saman dah. Buat pengetahuan semua, tikus adalah binatang yang sangat cerdik.

So, masalah di dapur dah selesai sebab baru saja buat kabinet dapur... tinggal lagi barang-barang lain seperti mainan budak-budak ni, dan buku-buku lama (yang sayang nak buang atau bagi kat orang)... Oleh yang demikian, since ruang ini tersangat kosong dan tak menarik, rasa-rasanya boleh juga di buat satu kabinet untuk menempatkan barangan tersebut. Jadi tak lah bersepah atas almari atau dalam kotak kat dalam bilik tu...



Ini lah kawasan bawah tangga tersebut. Kalau dulu tak nak bagi nampak kosong sangat, saya letak pokok dracaena fragrans atau Lidah Hantu ke apa nama dia ...tak ingat dah kat situ (dalam pasu - boleh tengok kat sini)

Berikut adalah gambar yang saya lukiskan cadangan kabinet tersebut... supaya boleh buat isi barang dan tak lah nampak kosong sangat kat situ :D


Tak lah cantik sangat lukisan tu, tapi kalau tunjuk kat tukang yang buat kabinet dapur hari tu... mungkin dia dapat gambaran macamana nak buat...

P/S : Kalaulah ada bengkel sendiri... tak payah nak upah-upah orang dah...



12 comments:

  1. wahh..ok..cntikk..tepi tu nnti letak la pasu bunga ke,meja tepi ke or ape2 hiasan..xde la nmpak kosong sangat..

    ReplyDelete
  2. eh ha'a kan. Kalau ah ada bengkel sendiri pergh pergh hihihi. Bestnyaa~~ Hihi.
    Wah. Tapi ok lah uncle wafa. i think it's a great idea :D
    Sebab drpd bersepah at least biar dalam almari tu hikhik. Ala, mata kasar cemtu.
    Tapi kalau tambah tambah lagi mesti jd cantik!! :D

    ReplyDelete
  3. Normally bawah tangga jadi stor..tapi kalau ada cabinet memang cantik. photoshop tu dah ok dah..

    ReplyDelete
  4. Very good idea. The picture is clear enough for the carpenter to build a cabinet.

    ReplyDelete
  5. Optimumkan penggunaan ruang... good idea! Pandai pulak design2 ni ye... KN ni keras tangan... hehe

    ReplyDelete
  6. Good idea! Kalau ikut pandangan saya lagi menarik jika ruang bawah tangga (yang batu) itu dilubangkan sekali dan dibuat kabinet juga. Tapi banyak kerjalah...cuma dapat mengoptimumkan penggunaan ruang. :)

    ReplyDelete
  7. pergh.. boleh tahan skill photoshop..

    ReplyDelete
  8. Menarik jugak tu. Kat rumah sy ni ada 3 bilik stor. Sumenya penuh. Nak kemas x kemas kemas. Maklum la nak kena buat sendiri. Ntah bila nak ada masanya.

    ReplyDelete
  9. good idea wafa...kalau extend ke ruang turun tangga tu pun boleh gak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...