Apr 8, 2014

Dua Kaedah Tingkatkan Ranking Alexa Blog Secara Drastik

Siapa yang rasa ranking Alexa penting untuk blog, pasti ingin dan berusaha untuk meningkatkan ranking Alexa blog mereka, dan kalau boleh secara drastik. Dan kebiasaannya, ranking Alexa yang menjadi matlamat adalah di bawah 500 kerana secara automatik, URL blog tersebut akan tersenarai di dalam senarai Top Sites : Ranking Alexa di laman web Alexa (lihat SINI). Namun begitu, sekiranya ranking boleh mencapai angka 1000 dan ke bawah, ia sudah suatu yang baik. Di sini, saya ingin kongsikan dua kaedah utama bagaimana meningkatkan ranking Alexa blog sehingga rank 1000 ke bawah secara drastik atau dalam masa yang singkat.


Berapa cepat ranking Alexa blog boleh meningkat sehingga rank 1000 ke bawah?


Sebenarnya ranking Alexa blog kita boleh meningkat sehingga rank 1000 dan ke bawah dalam jangkamasa kurang dari 4 atau 5 bulan sahaja. Blog ini mencapai rank 1000 ke bawah dalam tempoh lebih kurang 2 bulan 23 hari (bermula 31/12/2013 dan mencapai rank 907 pada 20/3/2014). 

Ranking Alexa myBlog Wafacw di bawah 1000
20/3/2014 12.21pm


Manakala blog bloggerlelaki.com (kucha lana) telah juga berjaya mencapai rank di bawah 500 hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja (lihat SINI). Dan saya percaya ada banyak lagi blog blogger OTAI yang juga berjaya meningkatkan ranking Alexa blog di bawah 1000 atau 500 dalam tempoh kurang dari 5 bulan.

Dua kaedah utama atau paling penting untuk meningkatkan ranking Alexa blog di bawah 1000


Untuk meningkatkan ranking Alexa ini dengan cepat atau dalam tempoh yang singkat, saya dapati ada DUA KAEDAH utama yang perlu dilakukan oleh seseorang blogger, iaitu disamping beberapa kaedah lain yang juga perlu dilakukan yang akan saya bincangkan di dalam entri-entri yang lain.

Pertama: Update entri blog setiap hari TANPA gagal.


Kita perlu update blog kita setiap hari jika ingin meningkatkan ranking Alexa dalam tempoh yang singkat. Pastikan setiap hari blog kita mempunyai entri baru, tak kira apa sahaja bentuk penulisan. Selain dari itu, seboleh-bolehnya entri kita hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 300 perkataan (Tetapi tidak semestinya – hanya kalau boleh). 

Jika kita update 2 atau 3 entri sehari, mungkin salah satu dari entri tersebut hendaklah cukup panjang sehingga melebihi 300 perkataan. Ini adalah secara asas sahaja.

 

Kedua: Blogwalking ke blog-blog lain yang sama niche atau blog rakan-rakan bloggers setiap hari


Dalam tempoh sebulan yang pertama saya berblog, saya telah menulis pandangan saya tentang blogwalking, iaitu betapa ianya penting bagi saya sebagai seorang blogger baru dan kenapa saya suka blogwalking (lihat di SINI). 

Blogwalking adalah aktiviti berblog yang wajib dan sangat penting, atau perlu dilakukan setiap hari, kalau ingin meningkatkan ranking Alexa secara mendadak. Carilah blog-blog yang sama niche dengan blog kita atau blogwalking ke blog rakan-rakan blogger kita. Bagi blogger baru, cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan seramai mungkin blogger yang ada.

Luangkan masa atau rancang masa untuk melakukan dua kaedah utama tersebut


Seperti yang saya nyatakan di awal entri ini tadi, iaitu sekiranya kita menganggap ranking Alexa blog adalah penting dan ingin meningkatkan ranking tersebut sehingga 1000 atau 500 dalam masa yang singkat, maka adalah penting untuk kita cuba sedaya upaya meluangkan masa atau merancang masa yang ada setiap hari untuk melakukan dua kaedah tersebut; update entri setiap hari dan blogwalking ke blog lain setiap hari.

Dengan mempraktikkan kaedah ini, insyaAllah, kita boleh meningkatkan ranking Alexa blog kita dengan cepat. 

Namun begitu ia bukan lah satu jaminan kerana masih juga terdapat pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira seperti mengaplikasi teknik SEO dan sebagainya. Walaubagaimanapun, apabila kita mengambil serius (seadanya) tentang peningkatan ranking Alexa blog ini, jangan lupa juga untuk ‘claim’ blog kita dengan laman Alexa terlebih dahulu agar kita boleh meletakkan ID Meta Tag Alexa ke dalam blog kita (lihat SINI)

Nota:
Penulisan ini adalah berupa pandangan dari pengalaman sahaja. Ia tidak semestinya tepat, kerana saya juga merupakan seorang blogger baru dan pengalaman ini adalah satu pengalaman yang sedikit sahaja. Jika anda merupakan seorang blogger yang jauh lebih berpengalaman daripada saya dan mendapati maklumat ini tersasar/kurang tepat, mohon kiranya sudi memperbetulkan apa yang patut dengan meninggalkan komen anda di ruang komen di bawah, agar ia juga dapat memberi manfaat kepada blogger lain seperti saya. insyaAllah.


p/s: Artikel ini adalah artikel percubaan saya untuk suatu penulisan yang agak formal berbanding dengan penulisan berbentuk peribadi atau personal yang lain. Harap maaf jika terdapat kekurangan.

27 comments:

  1. thanks for sharing tips bro...ini betul2 dapat membantu

    ReplyDelete
  2. sharing is caring...sangat² bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Tq sharing wafa.. berguna untuk akak yg baru saja berblog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kalau dapat membantu :D

      Delete
  4. Replies
    1. tq sis... sis lagi maklum tentang ni :D

      Delete
  5. Jelas utk kakak capai memang sukar sebab dua cara itu pun sukar utk kakak penuhi. BW kakak agak rajin tapi update daily memang fail. Sebab bila kakak cuti kerja saja, blog pun cuti sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa kakzakie... sharing ni kalau nak alexa ranking cepat naik jer... banyak lagi perkara penting dalam blogging selain alexa ranking yang kakzakie dah capai :D

      Delete
  6. Macam serampang 2 mata lah ni... utk ranking pun boleh... tuk dapatkan CPUV nuffnang pun boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... ada kaitan la kan dua dua ni hahahaha...

      Delete
  7. nice...i can learn from this... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. i'm sure you can do better :D

      Delete
  8. sngt mmbantu saya dlm blogging ni. tq 4 the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. harap dapat membantu tifa.. :D

      Delete
  9. hmm ranking blog fae hmm no comment hahahahahhaa

    ReplyDelete
  10. tips yang bagus!
    sangat memabantu miza sekarang,baru taw kena buat benda2 ni..hihii
    sekarang ni tengah usaha update blog hari2..
    klau sebelum ni tiga hari sekali baru update..ahahaha
    :DDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tip ni kalau serious about tingkatkan rank Alexa :D
      alhamdulillah kalau boleh membantu :)

      Delete
  11. Great Wafa dah berjaya mengapplykan apa yang sepatutnya...Semoga terus berjaya k!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru initial step... nak maintain nanti? hahahaha... u know better :D

      Delete
  12. nk update n3 everyday tu yg payah...nak BW everyday pun payah gak...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... isn't that what you are doing now or what nOe... hahahaha...

      Delete
  13. The first one is quite hard to me. Thanks for sharing anyway!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...