Apr 14, 2014

Simpan Air Untuk Wudhu' Kalau Kena Catuan Air

Sekarang ni di Alor Setar boleh dikatakan setiap malam hujan, alhamdulillah... Syukur yang amat. Dengar cerita, ada tindakan serius di ambil untuk menangani masalah air di Kedah ni oleh pihak-pihak berwajib, seperti mengganti paip tepi jalan dan sebagainya... terima kasih kita ucapkan. Namun begitu, kita masih turut simpati dan turut merasakan kesedihan di atas kepayahan mereka yang masih menghadapi catuan air seperti di beberapa tempat di Selangor. 


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Air yang sangat penting, untuk memasak, untuk mandian baby yang baru lahir, untuk mencuci pakaian, bersuci bila berhadas dan sebagainya. Apa nasib mereka yang berniaga, ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan sebagainya. Memang susah angat kalau air tak cukup. Kalau elektrik tak ada, mungkin boleh gagah lagi... tapi kalau air tak ada... Allah saja yang tahu.

Bila bercakap bab air, dah lama saya ingin 'confirm'kan tentang bab berwudhuk menggunakan air yang ditakung seperti dalam kolah atau zaman sekarang ni dalam baldi besar. 



Seperti yang kita dah tahu, syarat air untuk berwudhu' adalah air tersebut mestilah dalam kategori air Mutlaq atau definisinya air yang suci lagi menyucikan. Air paip telah kita tahu bahawa tergolong dalam air mutlaq walaupun bercampur bahan kimia dan sebagainya. Oleh itu selagi air itu dalam kategori air mutlaq kita boleh menggunakannya untuk berwudhu'.

Saya nak menarik perhatian tentang air mustakmal, iaitu air yang menitis daripada membasuh anggota wudhu'. Air ini kalau jatuh dalam air takungan, ia akan bertukar sifat dari air mutlaq menjadi air mustakmal jika air dalam takungan tersebut kurang dari 2 kolah. 

Namun begitu, oleh kerana kita tak lagi guna kolah zaman sekarang, kita mungkin tak berapa pasti banyak mana sebenarnya yang dikatakan sebagai dua kolah. (Saya la sebenarnya tu)

So, saya telah mencari maklumat bagi kepastian saya, supaya isu ini tak timbul bila mengambil wudhu' dari air yang ditakung di dalam baldi besar kat rumah saya. Kalau guna air paip tak ada masalah. Masalahnya kalau paip tersebut tak keluar air, so kena guna air dalam baldi tersebut.

OK... jumlah yang dikatakan dua kolah tersebut adalah seperti berikut :
  • 270 liter (ditakrif juga oleh Majlis Agama islam Singapura)
  • 9 3/4 tin minyak tanah atau dalam berat kilogramnya bersamaan dengan 192.121 kg
  • ukuran baldi bulat : diameter 18 inci (1 kaki 6 inci), tinggi  atau dalamnya 25 inci (2 kaki 1 inci) manakala dalam cm - diameter 45.75 cm dan tinggi/dalam 63.542cm
  • ukuran bagi takung empat segi - 60 x 60 cm

So selepas mengukur baldi besar saya tu, alhamdulillah jauh lebih besar dari ukuran tersebut di atas, jadi sekiranya air dalamnya penuh samapi ke paras atas pun ia jauh lebih banyak dari dua kolah...



Ini bermakna, saya boleh mangambil wudhu' dengan mencelup tangan ke dalam baldi tersebut saja seperti berwudhu' di kolah masjid tu... :D

Tapi kalau dah ada tinggal 3/4 saja air dalam baldi tu dah tak boleh guna cara tu lah.

Sumber maklumat : wikipedia




17 comments:

  1. satu perkongsian yang bagus Tuan Wafa... memandangkan sekarang ni kita sudah terlupa atau tidak tahu takrif dua kolah....atau sememangnya kita tidak ambil berat tentang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebabnya kita dah biasa mewah dengan air paip...

      Delete
  2. Macam mana dalam keadaan darurat, adakah perlu 2 kolah juga kena kira? Kalau tak cukup, ini bermakna tak bersolatlah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr?... kenapa tak bersolat dalam darurat? darurat macamana? hmmm.. tak berapa faham situasi yang tuan kamil cuba utarakan tu... :)

      Delete
  3. wahh.... betul lah. Selalu tak aware dengan ketiadaan air tu. Hehe.
    Thank u so much lah uncle ;)
    mewah dengan air paip hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang (atau sepatutnya) kena tahu jugak ambil wudhu' dengan sebotol air mineral jer kan?...:)

      Delete
  4. Water rationing, hopefully not on Northern states.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh... hopefully... it's raining too over there these few days?

      Delete
  5. Sebelum ni saya bayangkan dua kolah tu macam yang dekat masjid tu. Rupanya baldi besar tu pun dah lebih dari dua kolah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan... bila sebut kolah terbayang kena ada kolah besar yang kat masjid tu hahahahaa... dulu masa mengaji tahu kata 9 tin minyak tanah tu jer... tapi tak pernah ukur betul-betul banyak mana... take for granted bila besar kira banyak lah hahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. yw nOe... sekali sekala nak confirm balik hak mengaji zaman kecik kecik dulu...

      Delete
  7. sll was2 tentang isu ini. tq ats pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... pasal tak confirm tu yang ambil peluang cari maklumat tu dan siap pi ukur lagi baldi tu hahahaha

      Delete
  8. Thanks Wafa..memang antara benda pertama yang kena bila tak ada air..harap sangat catuan ni tak berterusan..

    ReplyDelete
  9. Good sharing Wafa.. pencerahan pada bab ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...