Apr 28, 2020

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Di Jom.ZakatKedah

Bismillahirrahmanirrahim --
Alhamdulillah, dah selesai bayar Zakat Fitrah secara online melalui laman web jom.zakatkedah.com.my. Sangat-sangat mudah kepada sesiapa yang mempunyai akaun bank, yang boleh melakukan transaksi secara online. Cuma, sebelum redah bayar seperti saya -  sediakan siap-siap maklumat no. K/Pengenalan setiap ahli keluarga/pembayar fitrah,  sebab di akhir transaksi tersebut, kita perlu masukkan nama-nama mereka. Bila main redah atau terjah ni, tak lah prepare dulu; terkial-kial pergi cari maklumat tu untuk complete the transaction – dah hampir-hampir setengah jam pulak jadinya (kena geledah laci cari fail surat beranak anak-anak hahhaha).


Di sini, saya tunjukkan setiap langkah yang perlu dilakukan step-by-step cara-cara pembayaran zakat fitrah di Jom.ZakatKedah. 


Langkah-langkah membuat pembayaran zakat fitrah di Jom.ZakatKedah


Pergi ke laman web ZakatKedah (di jom.zakatkedah.com.my ) dan Klik Bayar Zakat Fitrah.


laman web zakat kedah
Laman web jom.ZakatKedah.com


Satu pop-up window akan keluar menunjukkan pilihan amaun bayaran mengikut jenis beras yang kita makan (yang kita dok beli).

klik amaun fitrah pilihan anda
klik amaun fitrah pilihan anda

Di Kedah – pembayar zakat mempunyai empat pilihan:

i. Beras Super Tempatan (10-15% hancur) - RM5.00
ii. Beras Super Special Tempatan (5% hancur)  - RM7.00
iii. Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi - RM14.00
iv. Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah – RM21.00

So, tengoklah… beras apa yang biasa kita beli. Saya biasa dok beli yang Beras Super Special Tempatan tu, so amaun zakat fitrah kena bayar ialah RM7.00. 

Klik pilihan amaun mengikut beras yang anda beli


Tak tahu jenis beras apa? Err.. yang tu tak upaya den nak nolong. Pi check kat plastic beras tu – cari maklumat: Berapa percentage beras hancur? Jenama apa? Apa-apa jenama lah…

Beras Super Special Tempatan
Beras Super Spesial Tempatan
5% Kandungan Hancur
5% Kandungan Hancur

Masukkan BILANGAN orang yang hendak dibayar


Masukkan bilangan orang/tanggungan termasuk diri anda
Masukkan bilangan orang/tanggungan termasuk diri anda

Contoh – saya bayar untuk 8 orang, so saya taiplah 8…  Nanti di ruang Jumlah (RM) tu akan tertera amaun yang dah siap dikira…

Klik butang Tambah


Bila dah klik butang Tambah, kita akan perlu masukkan maklumat Kaedah Pembayaran.

Ada DUA jenis kaedah pembayaran disediakan, iaitu:
1. Internet Banking dan
2. Corporate Banking


Pilih kaedah pembayaran online - internet banking serta Bank apa...
Pilih kaedah pembayaran online - internet banking serta Bank apa...

Apa itu corporate banking? Errr krik, krik,krik... – Cuma bila berkait dengan perkataan “corporate” ni, tentu dah tak ada kaitan dengan saya kut kan.., walaupon pergi sekolah ada kena pakai baju korporat sekali sekala... err so:

Pilih Internet Banking & Nama Bank


Bank tu adalah bank yang ada anda daftar untuk transaksi online. Kalau anda tak pernah daftar akaun bank anda untuk transaksi online, atau tak pernah buat transaksi online seperti bayar bil ke, transfer duit kat sapa-sapa ker… TAK PAYAH LAH BAYAR ZAKAT kut ni… walaupon terhingin sangat nak bayar secara online kan??...

Klik butang Bayar

Selepas dah klik butang bayar, barulah bermula proses hendak pindahkan harta anda kepada Lembaga Zakat, so anda akan dibawa ke paparan PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI FPX di mana anda akan memasukkan maklumat anda (Butiran Pembayar ).

Isikan maklumat diri anda (FPX online payment)
Isikan maklumat diri anda (FPX online payment)


Maklumat yang perlu diisi adalah:

1. No. K/Pengenalan
2. Nama
3. Alamat
4. Tel Bimbit
5. Tel Rumah (jika ada)
6. E-mail

Setelah selesai diisi, klik butang SIMPAN dan barulah anda boleh menyemak amaun yang ingin dibayar melalui Butiran Pembayaran. Dan...,
barulah anda boleh membuat bayaran dengan menekan butang Bayar.

Klik bayar dan SELESAI!


Oh Ya!!!  PERINGATAN : Sebelum klik butang Bayar tu, bacalah LAFAZ BAYARAN ZAKAT tu…

Nak bagi hadir niat dalam hati bahawa yang dok isi maklumat-maklumat, klik sana klik sini, ni semua sebab nak bayar zakat fitrah kita dan orang-orang di bawah tanggungan kita :D

Tekan butang BAYAR untuk buat pembayaran kepada Lembaga Zakat
Tekan butang BAYAR untuk buat pembayaran kepada Lembaga Zakat


PROSES PEMBAYARAN SECARA ONLINE BANKING 


Paparan pembayaran online banking BANK ANDA akan keluar seperti gambar di bawah:

pengesahan pemindahan wang dari akaun anda kepoada Lembaga Zakat
pengesahan pemindahan wang dari akaun anda kepoada Lembaga Zakat


Proses tu sama macam anda log in ke laman web Account Bank anda, cuma kali ini melalui FPX. Sama juga dengan iPay88 dan sebagainya. Anda confirmkan sahaja amaun yang perlu dibayar - dapat TAC dari bank melalui SMS - dan pengesahan pemindahan wang dari akaun ke Lembaga Zakat. Selesai!

Status transaksi
Status transaksi



Last sekali, apabila sudah selesai dengan bank anda, anda akan kembali ke laman Jom Zakat dan isilah maklumat – Nama dan No.K/Pengenalan mereka yang anda bayarkan zakat fitrah mereka termasuk diri anda.

Senaraikan nama-nama pembayar zakat
Senaraikan nama-nama pembayar zakat

Terbaca cara-cara membayar zakat secara online di blog Bubblynotes. Rupa-rupanya ada beberapa portal pembayaran zakat secara online... gayat sungguh kami nihhh.

Mentang-mentang dok Kedah, tahu bayar zakat online Jom.ZakatKedah jer hahaha... Jadi Bubblynotes bayar zakat online dengan eZakat Pay...  eZakat Pay ni Lembaga Zakat negeri Selangor.

Bayar zakat fitrah secara online / atas taian ini sangat sesuai lah sekarang ni, kerana kita masih dalam tempoh kawalan pergerakan atau PKP yang silap-silap sampai lepas Hari Raya Aidil Fitri tahun 2020 atau 1441H ini.

Allahualam bissawab... sapa ada tambahan maklumat sila la, jangan segan-segan, tulislah di ruangan komen di bawah...
--

16 comments:

  1. Tercari-cari juga cara bayar zakat sekarang. Terima kasih atas info.

    Segmen ejulz dah bermula. Boleh semak. Kalau ada silap bgtau k. Sponsor pun dialukan join..


    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. great! but so far tak ada idea lagi... tengah buat research haha

      Delete
  2. Replies
    1. kalau ditakdirkan pkp berlanjutan hingga hari raya.. bayar online ni satu alternative yg mudah

      Delete
  3. Saya tercari2 panduan yang meyakinkan untuk bayar zakat online bagi Sabah, harap dapat bayar zakat awal ni tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada tu, kena google sikit cari post pasal zakat sabah

      Delete
  4. Alhamdulillah...lebih mudah bila semuanya boleh buat online je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lebih mudah cuma tak rasa macam biasa je lah haha

      Delete
  5. Adanya pembayaran online, semuanya jadi mudah ya .. tinggal klik dari rumah, transaksi pun berlangsung lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. and reliable too... rasa macam efficient la pulak dorang zakat tu

      Delete
  6. sekarang semua dah online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... banyak dah online especially musim covid ni

      Delete
    2. betul betul. lepas satu satu diorg introduce online. but kesian to those yg xde kemudahan internet.

      Delete
  7. mudah dengan cara online nak bayar zakat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...