Apr 17, 2020

Lampu Tail Light Proton Exora Pecah : Cari Yang Second Hand

Bismillahirrahmanirrahim-- Ada tak sesiapa Proton Exora owner yang alami kejadian lampu tail light tiba-tiba pecah berkecai macam kaca masa tutup pintu belakang? Ke saya sorang jer yang experience benda macam ni. Kalau pecah kena batu ke, kena langgar ke tak apa la jugak, ni sebab tutup pintu, bukan pintu passenger belakang tapi pintu tempat letak barang tu. Kita panggil apa ya? Tak apa lah.




Nah... ni luar biasa punya kejadian - bahagian luar lampu tail light tu elok je, tapi bahagian belakang dia tu relai-berkecai. Bila saya picit, kepingan tu patah, plastik tu rapuh macam biskut.

Punca dia mungkin sebab Exora saya ni tak parking bawah porch. Mungkin dok kena sejuk embun malam, tengah panas siang... reput la plastik tu, tapi yang bestnya, yang sebelah kiri punya dok elok-elok jerr...


Kejadian tu sebenarnya berlaku sebelum cuti sekolah baru-baru ni lagi, tapi sebab ongkosnya banyak spend kat tempat lain, saya lekatkan pakai selotep hitam yang guna untuk balut wire elektrik tu jer. Oleh kerana warna dia hitam - orang tak perasan sangat hahaha.

Tadi, tengah drive balik dari Pasar Tani FAMA yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, tiba-tiba gedegang! bunyi kat belakang. Tengok dalam side mirror, rupanya lampu belakang tu dah lekang. Nasib baik tak jatuh sebab tersangkut dengan wire lampu. Selotep tu mengecut lekang... hahaha.

Tengok di Lazada, harga lampu Proton Exora tahun 2009 punya RM230. Waduh... haha.. biasalah kan.

Lazada-tail-light-lamp-Exora-RM230


Tapi time duit nak kena berjimat ni, tak boleh lah pasang lampu baru.

Tiba-tiba teringat pomen yang mak mertua hantar kereta untuk dicat baru-baru ni untuk tanya kalau-kalau dia boleh carikan yang second hand murah-murah punya.

Call.. call, call... dapat. Sembang... sembang habaq lampu Exora pecah, dia kata dia ada... Ya Rabbi! Alhamdulillah... Dia kata nanti dia nak hantar kereta kawan mak mertua yang dia ambil hari tu untuk dicat, dia mai amik Exora saya untuk pasang lampu tu. Tanya harga - jauh kurang dari RM200. OK lah... save banyak dah.

So, dua benda pelik dah jadi kat Exora saya sepanjang 10 tahun ni:

1. Motor Wiper rosak
2. Lampu tail light ni pecah sendiri

Cerita Motor Wiper rosak tu ada kat SINI. Yang tu boleh la pomen sendiri. Yang tail light ni... tak reti la nak pasang... lagi pon, rasanya tak ada alat yang sesuai untuk pasang sendiri.

Apa-apa pon - setakat dok guna Exora ni, bab enjin tak pernah ada masalah! Alhamdulillah. Driving experience long distance masih OK. Enjin sedap lagi.

Oh Ya, kalau sesiapa nak cat kereta bajet boleh la berhubung dengan pomen ni (Area Alor Setar, Kedah). Kami panggil dia Amin - Tel: 0125708797
Location dia: JALAN KUALA KEDAH

Lokasi-Kedai-Cat Amin-Jalan-Kuala-Kedah


Dia cat whole body dengan ganti tail-light Proton Persona mak mertua saya cuma bayar RM600+ jer. Mak mertua saya kata, murah... . Bab cat mengecat ni, saya tak reti nak komen mahal ke murah sebab tak ada experience.

wiper motor exora


--

4 comments:

  1. Mungkin ramai pemilik exora yang kena macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lah wak... pomen pon heran sebenarnya... haha

      Delete
  2. dugaan sungguh tu...
    salam kenal dan terima kasih mengunjungi blog www.iamfuzy.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...