Mar 25, 2020

Covid-19 PKP Hingga April 14, 2020

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar... baru hari ke-7 PKP, tetiba PM umum tambah lagi tempoh PKP hingga 14/04/2020. Nampak gayanya memang getir masalah wabak Covid-19 ni. Tak mampu nak bayangkan dah apa akan jadi - mungkinkah ia akan berlarutan untuk beberapa bulan lagi?

Lagi lebihkurang 30 hari, nak masuk bulan Ramadhan... Macamana lah agaknya bulan puasa tahun ni kalau masalah ni berlarutan... Teringat solat terawih...

"Ya Allah hu Ya Rabb... Sesungguhnya Engkau sahaja lah yang Maha Mengetahui... "



Teringat juga anak-anak didik di MTK (Madrasah Taklimiah Khairiah - Tok Keling).. Apalah nasib anak didik aku yang seharusnya menduduki peperiksaan PT3 dan SPM hujung tahun ni... Aku harap, mereka akan tetap mentelaah dan membuat persiapan walaupun masih belum dapat hadir ke sekolah. Menyesal pulak tak ambil nomor telefon mereka sebelum cuti sekolah. Setidak-tidaknya boleh juga buat group WhatsApp untuk berbincang apa-apa bahan pelajaran.

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK PELAJAR MTK
Sekiranya ada sesiapa dari terbaca posting ini, sir mintak tolong maklumkan kepada kawan-kawan Tingkatan 3 dan 5 untuk melawat blog Tutorial sir DI SINI. Sir akan cuba letakkan bahan-bahan pelajaran atau latihan/tips agar sekiranya keadaan kembali pulih dan peperiksaan dapat diadakan seperti biasa, dapatlah membantu sedikit sebanyak...

Wallahualam bissawab...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...