Feb 21, 2014

Rahsia Hubungan Suami-Isteri Kekal Lama

Masak Tempoyak Pucuk Ubi Kayu Bersama Udang

Rahsia Hubungan Suami Isteri Kekal Lama...

Semalam saya BW (blog walking) ke blog rakan-rakan blogger yang pernah singgah ke blog saya yang tak seberapa ni, dan meninggalkan tapak kaki mereka merata tempat (Terima kasih ribu-ribu terima kasih kepada mereka yang sudi ^_^). Dalam salah satu blog yang saya BW tu, terdapat satu 'komen balas' daripada komen saya sebelum ini yang di antaranya bertanyakan saya apakah tip rahsia hubungan  suami-isteri kekal lama.


Rahsia Hubungan Suami Isteri Kekal Lama
Gambar Hiasan ehehehe

Garu kepala saya baca komen balas tersebut. Saya ni bukan ustaz atau pakar kaunseling keluarga 'bagai.. (tumpang perkataan yang biasa terbaca dalam blog). Tetapi memandangkan tuan punya blog tu dah tanya, mungkin boleh saya bagi pendapat saya. Hanya pendapat sajalah, bukan tips ke apa. 

Takut jugak bincang bab ni. Benda yang di bawah kuasa dan kehendak  Allah SWT jua ni, salah cakap macam-macam boleh jadi. Harapnya, Allah peliharalah hubungan kami suami isteri sehingga hujung nyawa masing-masing... (nak kata sehidup semati pun tak boleh, buatnya salah sorang mati dulu, tak kan sorang lagi nak kena ikut kut.. )

OK.. Pandangan saya lah kan... 

Memang hidup berumahtangga ni banyak cabaran! MasyaAllah... maha banyak. Dugaan, ujian segala... peperiksaan akhir tahun, pertengahan semester semua lah. Dengan kerenah engkau, perangai engkau, (eheheh semua engkau nih... ), jugak kerenah aku, perangai aku... macam-macam, semuanya boleh mencetuskan ketegangan... Itu belum campur tangan orang-orang di luar kawasan yang tak sama waktu dengannya.

Tapi saya perhatikan selama ini, memang suami dan isteri tu tuhan jadikan tak sama, sebab kehadiran atau bersatunya suami dan isteri itu adalah untuk saling melengkapi... Hidup berumahtangga, mesti... mesti... dan mesti sentiasa ada TOLAK ANSUR... 

Sebenarnya setiap apa yang berlaku, bergaduh ker, bertekak ker, bercakar ker..kena cakar ker... ehehehe... itu semua adalah proses yang berlaku untuk BUAT KEDUA-DUA BELAH berfikir... (kadang-kadang tak sedar diri). 

Terus terang saya katakan... ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Apa yang penting, jangan mana-mana pihak BERPUTUS ASA ke atas pihak yang satu lagi.

Dan antara yang penting juga, jangan panjang-panjangkan masalah, pertelingkahan, atau apa-apa yang sama dengannya. Bagi saya, nak merajuk, merajuk lah... bagi dia merajuk sehari? dua hari? 3 hari? agak-agak nampak macam dia dah puas merajuk, baru saya pujuk...  Dia pun sama, kalau saya 'hangin' bila kadang-kadang dia silap test hangin saya... haaa... saya akan diam dan dia tak kacau, sehari ke, 2 hari ke, 3 hari ke... lepas tu dia menyendeng lah... hahahahaha...

"Abah nak makan apa weekend ni?"

Haaaaaaaaaaaa... dia tahu, memang soalan tu soalan pembunuh macam tembakan 'sniper' mesti kena target walau jarak 1 kilometer...

"Ikut lah..."  Itulah jawapan yang saya bagi. Tapi dia memang tahu 'favourite' saya... :D

Habis macamana nak bergaduh lama-lama kan? Alhamdulillah... apa yang tuhan tentukan tu memang ada kebaikan dia. Cuma atas kita saja nak ambil macamana... Nak tarik tali rafia sampai tegang hingga putus atau bila tarikan tu nampak tegang sangat, terus 'give-in' supaya tali tu tak putus... Hatta kalau terpaksa kendurkan tali supaya tak putus hingga terpaksa melangkah 10, 20 langkah ke depan atau sampai 100 meter pun tak kisah lah... janji tak putus... :D

Kebetulan hari ni hari Jumaat dan hari dia masak untuk keluarga (hari biasa saya yang masak untuk anak-anak makan sebab walaupun dia cikgu, tapi cikgu zaman sekarang berbeza, kadang-kadang pukul 3 atau 4 baru sampai rumah, kalau ada mesyuarat atau aktiviti ko kurikulum 'bagai', jawabnya pukul 6 baru sampai rumah), dia masak special untuk saya, sebabnya santan kotak habis semalam.

Ni sebab dah kenyang yang amat sebab habis 3 pinggan nasi, dan baru lepas berbual-bual kosong dengan dia lepas makan sambil minum kopi, cerita mengata orang itu dan orang ini sikit, tu yang lambat masukkan entri ni ehehe..

Masak Tempoyak Pucuk Ubi Kayu Bersama Udang, Sambal Petai (Sumbangan ikhlas emak mentua), Goreng Ikan Kering dan Ayam Goreng Madu... Sup Ikan Tenggiri -chinese style, di batalkan sebab masalah teknikal... eheheh...



Alhamdulillah... rezeki yang Allah SWT bagi... tak seberapa, tapi... ok lah... kenyang maut jugak... ;P

--

25 comments:

  1. Alhamdulillah kenyang tp jgn sampai maut. ^_^

    ReplyDelete
  2. Sabtu ahad baru sy masak. Hari lain x sempat. Anak turun van dah tny ada mknn apa kat dapur. Lps solat maghrib nak pi mengaji lagi. Pastu nak buat hwork lagi. Time bila nk msknya. Sy smpi rumah pun dah pukul 7. Mohon maaf la kat anak anak sbb mkn lauk beli je.

    Rasanya husben ada la jumpa dr shahrul tu kut kat ijn. Dia ada mention klw x silap. Tp x pasti sharul apa. Kenapa. Sedare ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... sama dengan wife saya... balik dari sekolah dah penat, dulu dia pernah stress sampai kurus... so saya take over sikit lah supaya dia boleh balik rest... main dengan anak ramai ni lagi lah ibu lala..hahahaha... bila dia cukup rest, mood dia pon baik... semua org happy :D, anak bising ke menjerit ker, tak lah cepat melenting hahahaha... Saya pon nasib baik anak no.2 dok dengan saya dan dah besar... boleh bantu abah dia buat kerja rumah sama :D

      Dr. Shahrul Akmal nama dia a.k.a Master Yoda... whoahaahaha... dia tu dorm mate saya..katil selang berapa buah jer dari katil saya :D

      Delete
  3. Kek tu memang moist. Atas tu krim cis. Sedap bg saya penggemar kek ni. Pernah beli tp x sesedap ni. Nanti sy zoom dekat dekat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tu dia... komen balas direct to the owner... :D Appreciate your response... saja nak bergurau dengan Ibu lala sebenarnya tu... :D

      Delete
  4. fuhhhh...gilos x hengat gambar...btw .the word "bagai" i use it quite often.. :)

    back to the topic..sometimes we heard people said..marriage is a gamble..but for me marriage is a gift...u will never alone anymore..u hv someone beside u..help u..sharing the happiest n saddest moment together....but to maintain the relationship is not easy...for me communication is very important...try to understand each other...n learn to accept each other weakness... insyaAllah Jodoh Akan Berpanjangan... Congrats Wafa .. masih kekal hingga sekarang...hopefully until Jannah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'hengat'... alamak... haper tu? :D hahahaha... macam-macam I learn these days... btw.. you are just right... I missed the importance of COMMUNICATION... must always communicate and communicate well (sincere)... Thanks for giving extra 'tips'... thanks a lot!!! And also thanks for the best wishes.. appreciate it.. :D InsyaAllah... god willing... May Allah SWT grants the wish... :)

      Delete
  5. eh 1 more ... both of u look so romantic..

    ReplyDelete
  6. aduhai sudah terpesong jauh mata ni, entri dah diabaikan tapi fokus pada gambar makanan, haha terliur.. semoga terus kekal, until jannah ye, salam kenal, hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Lisa... salam kenal... alhamdulillah terima kasih for your wish and doa... look forward to see you around again :D
      (Gambar sengaja umpan tu :D)

      Delete
  7. Suka baca posting ni walau agak panjang tp x membosankan, topik yg begini kadang payah gak disampaikan dgn berkesan. Tertarik dgn cara penyampaian.. Happy blogging ya, semoga terus sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa... I'm so flattered... (shy mode)... terima kasih Nurul :D. Mungkin sebab mood ketika menulis entri ni tersangat happy :)
      Thanks for the best wishes... Alhamdulillah, InsyaAllah... and wish you the same too :D

      Delete
  8. amboiii... cantik gambar hiasan... dah sedapnya makanan. time2 macam ni perut terasa lapar... tergoda langsung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar hiasan ambik dari majalah mana dah tu whoahahahaha... thanks mia... :D:D:D

      Delete
  9. Biar setiap hari rasa macam baru semalam je kahwin.. hehe

    ReplyDelete
  10. Cooking together at home is also a way for husband and wife to strengthen the relationship.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! That's correct!!! I help her do some stuffs when she's cooking to cut time short... cepat boleh makan too... ehehehe

      Delete
  11. Allah sungguh ilmu rumah tangga banyak makan garam.menu atas sedap sungguh patut makan terlebih nasi tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... baru 18 tahun makan garam... tak lah lama... tapi alhamdulillah... harap mereka yg baru makan garam...boleh bayangkan masinnya garam tu... :D
      Suri... mana tak tambah banyak2 kan? hahahaha tapi malam confirm tak makan dah... diet :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...