Feb 26, 2014

Bila Nama Perempuan, Mesti Kena Tahu... Tak Boleh Tak Tahu...

Bila Nama Perempuan, Mesti Kena Tahu... Tak Boleh Tak Tahu...

Abah dia memang 'strict' bab ni... bila kata kena buat, jawabnya KENA buat... tak boleh 'sat', tak boleh 'nanti dulu'... Bila abah kata KENA TAHU... tak kira dah, sampai masa... KENA TAHU dan BOLEH BUAT!...
(Mentang-mentang abah 'retired Kapten KRS.'... whoahahaha)

Annur Tasnim Wafa (Year 5) shows how to cook rice :D

Langkah 1
Langkah Pertama: Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Gunakan cawan yang disediakan...

say peace :D    ,V,,

Lepas tu say 'peace..' :D

Langkah 2
Langkah Kedua : Basuh beras tu. Sebaik-baiknya 3 kali basuh (Sunnah nabi SAW ajar buat sesuatu tu 3 kali, dapat pahala). Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim... Buat kerja kena mula dengan Bismillah...

Langkah 3
Langkah Ketiga: Masukkan air mengikut sukatan yang betul. 1 beras : 2 air. Selalunya guna perut jari untuk sukat... mesti kena boleh agak dengan baik.
(Pernah tengok chef Filipina masak, dia ukur dengan letak tapak tangan atas beras, masukkan air hingga paras air sampai buku lima... maknanya air cukup la tu... hmm.. kalau orang tu tangan besar macamana ek? ntahlah)

Langkah 4
Langkah Keempat.: Masukkan periuk ke dalam periuk elektrik... dan tutup tudung rapat-rapat... biar ada bunyi 'klik'..:D. Jangan lupa, lap dulu periuk yang basah tadi sebelum masukkan ke dalam periuk elektrik tu... takut 'shot', atau periuk cepat rosak...

Langkah 5
Langkah Kelima : Jangan lupa tekan suis... kalau tak, time nak makan, elok nak cedok nasi ... tudiaaa... ada beras dalam air lagi... kena tunggu 20 ke 30 minit pulak, baru boleh makan... 

 
OK... bagus anak abah yang darjah 5 ni... senang hidup abah... whoahahahaha...

--

16 comments:

  1. thumbs up wafa they way you educate your daughter... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh... the only way I know... :D
      Wait till Ash grown up... u'll enjoy teaching him everything you know :D

      Delete
  2. Well done wafa. Can't recall when was the first my mom told me how to cook..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... try to instill the attitude while they were a child... dah besar nanti takut liat pulak hahahaha... besides, they have 4 brothers whom at the end might depend on them ehehehhe...

      Delete
  3. Hopefully my daughter will learn to cook ASAP. Haha!

    ReplyDelete
  4. hai lagu ni memang seronok di ajar tambah ada anak perempuan. saya anak besar nak biasakan juga keh.keh.keh..

    suka tengok tong beras tepak warna merah cam sama jer..macam comel jer..haaa..benarlah kata orang masa kecil kita ajar esok dewasa dah tak perlu mak ayah mekak metir di dapur sebab anak - anak sudah tahu serba sedikit tugas buat kerja rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni dia adventure sikit... suka belajar benda-benda baru... setakat menggoreng biasa dia dah boleh, telur dadar, mata kerbau, ikan dan ayam... kadang-kadang, kalau dia rasa nak makan dia buat sendiri jer (cuma kadang-kadang buat kat dia sorang tu yang tak tahan tu)...

      Sebenarnya yang paling penting... kat rumah mak mentua besok besok nanti... kalau pandai masak, ratio mak dan pak mentua sayang tu tinggi ehehehehe... lepas tu, bila mak ngan pak mentua sayang... laki dia laaaaaaaaaaaaaagi sayang kan? kan?..eheheheh

      Delete
  5. Bagusnya. Darjah 5 dah pandai masak nasi ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai electric rice cooker..senang je lah..hahahahahaha :D

      Delete
  6. Come on ladies....( Farah Waheda, RDZ Z, Suri and FIZA RAHMAN) some credits for the MOTHER too ok...Like mother, like daughter.If she can cook by the age of 11, I bet sure the mum must be very good at cooking too.Is that right Mr. Wafa?hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikks... identify yourself first!!! LOL...

      Delete
  7. amboi.. bestnya.. dah leh buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... tunggu sofea besar sikit.. boleh ajak dia masak nasi dah... :D

      Delete
  8. hahaha.. kata org, perempuan ni kalau belajar tinggi macam mna sekali pun, ke ceruk dapur jugak masuknya.. tapi tahap pendidikan tu menentukan besar mana dapur dia.. hehe.. masak nasi pakai periuk elektrik ok lagi. senang.. try masak pakai api biasa, tengok ada kerak atau tak.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...