Mar 27, 2021

Ulam-ulaman Cekur, Selasih Dan Bebuas - Penambah Selera Makan

Ulam Cekur, Selasih dan Bebuas

Bila selera makan berkurangan, tidak lain dan tidak bukan, terus pergi jenguk kebun mini tepi rumah cari ulam Cekur, daun Selasih pucuk Bebuas. Biasanya, dengan daun Selasih ni saja dah cukup untuk jadikan penambah selera makan, tetapi bila tengok ranting Bebuas dah panjang, lama tak di pangkas, terus kutip daun Bebuas ni sekali. Lepas tu, nampak pula Cekur dah gemuk-gemuk dan dah berhimpit dalam bekas air lama, terus jugak kutis dalam 20 helai. Tahu-tahu tengok dah penuh semangkuk nasi dah pulak ulam-ulaman yang dikutip tengahari tadi. 

Tapi bila ingat dalam peti ais ada lagi buah Kuinin yang saya kupas simpan hari tu, terbayang sambal belacan gaul buah kuinin. Hmmm,.. nanti habis la tu semangkuk tu... hahaha. 

Cekur, Selasih dan Bebuas

Ketiga-tiga ulam-ulaman ni memang favourite saya. 


Selasih 

Yang paling saya suka, daun Selasih lah. Mula-mula saya boleh jadi hantu daun Selasih ni, lepas saya first time makan Laksa Siam 3 tahun lepas. Laksa Siam, memang disertakan dengan pelbagai jenis ulam, mahu ada lebih 10 jenis rasanya ulam-ulaman. Bila kali pertama merasa daun Selasih terus jatuh cinta. Saya pun cari benih dan tanam sendiri.

pokok Selasih

Ni pokok Selasih yang saya tanam dah umur 2 tahun lebih kurang. Pernah hampir mati pokok ni, lepas dia berbunga lebat. Namun, lepas saya cantas semua ranting-ranting sampai ke pangkal batang pokok, tunas baru naik. Lepas 4 -5 bulan dah besar balik. Sekarang pokok Selasih ni nak berbunga balik. Tapi kali ni, saya tak biarkan dia berbunga. 

Muncul saja bunga, terus saya pangkas ambil buat ulam. Dengan cara ni, pokok akan terus keluarkan tunas baru dan merimbun.

bunga pokok Selasih

Bila keluar bunga macam dalam gambar tu, saya akan pangkas.

Daun Selasih ni wangi dan ada rasa tersendiri. Sedappp... hehe...


Cekur

Sebenarnya, Cekur pun favourite jugak - saya rasa sama level. Cekur ni, pun ada aroma dan rasa tersendiri. Sebab tu, kalau ambil Cekur buat ulam, selera bertambah, mula lah nasi bertambah sampai 3 pinggan. 

Cekur atau Kecur

Daun Cekur ni, ada yang panggil Kecur. Saya tak ingat orang belah mana panggil Kecur. Tetapi saya membesar dengan panggilan Cekur di Kelantan. 

Daun Cekur ni, saya makan dari zaman budak-budak, masa sekolah rendah lagi. Datuk dan nenek saya pemakan ulam tegar dan saya pula selalu bersama nenek saya masa saya kecil, jadi makan ulam cekur ni biasalah. 

Sebenarnya, ulam apa yang saya tak makan... masa kecik dah makan macam orang tua-tua...hahaha.

Cuma dalam banyak jenis cekur, Cekur yang hijau ni yang saya makan. Cekur Emas saya tak berapa suka.


Bebuas

Bebuas ni, saya baru kenal. Awal tahun lepas, sebelum PKP/MCO pertama bulan Mac tahun lepas, adik saya kutip daun Bebuas untuk buat ulam cecah budu (sos bilis) di kampung Kelantan. Sejak tu, saya ambil batang dari kampung dan tanam pokok Bebuas ni sendiri kat Alor Setar. 

pokok Bebuas

Daun Bebuas ni, juga ada aroma tersendiri dan sangat strong aroma dan rasanya. 

Pada pendapat saya, kalau orang puteh jumpa daun ni, mahu dia letak atas pasta, macam daun Italian Basil atau Oregano. Mungkin lah... 

Namun begitu, akhir-akhir ni, saya tak boleh makan banyak dah, sebab mudah rasa muak. Mungkin sebab pekena dengan sambal belacan saja. Kalau pekena dengan budu harus beranting-ranting habis kat saya.

pucuk muda Bebuas

Sebelum ni, apabila keluar shoot muda pucuk Bebuas ni, saya akan pangkas cepat-cepat supaya tak sempat panjang macam dalam gambar. 

Lama sungguh dah saya tak pangkas, semua dah jadi panjang-panjang macam tu. 

Kalau kerap dipangkas, pokok ni akan rendang dan nampak macam pokok pagar.


Ulam-ulaman Penambah Selera Makan

Bila saya dok perhati, orang tua-tua yang umur sampai mencecah 80 hingga 90 tahun lebih, kebanyakannya pemakan ulam tegar. Yang menarik, mereka ni, bukan saja umur panjang, tetapi tak ada penyakit jantung ke, kencing manis ke (diabetic) atau darah tinggi. Nenek saya meninggal ketika umur deakt 90 tahun - tak ada penyakit tu semua, cuma dia jadi tak larat sebab sakit sendi tulang, masa muda kerja terlalu kuat dan kerap jatuh atau tergelincir dalam rumah.

Kalau nak umur panjang dan tak ada penyakit, saya rasa, elok kerap atau amalkan makan ulam-ulaman. 

Cuma satu saja masalahnya. 

Bila makan ulam, nasi pun bertambah. Setakat satu dua pinggan, tak puas menikmati ulam-ulaman ni. Jadi terlajak hingga 3 pinggan, 4 pinggan pun harus. Dan saya kalau makan ulam, masakan gulai atau kari dah tak sentuh dah. Biasanya, kalau makan ada ulam, mesti kena ada sayur air atau sayur tumis. Baru terasa nikmat aroma dan perisa ulam-ulaman tadi. 

makan ulam-ulaman ni, memang penambah selera makan. 

Kalau orang tua-tua makan ulam, nasi bertambah pun tak apa, mereka kerja kuat kat bendang atau kebun. Macam yang kerja pejabat dan tak terlibat dengan kerja-kerja berat ni, kalau makan nasi berselera dan bertambah... mungkin kencing manis akan datang jugak hahahaha... Mula-mula berat badan semakin meningkat... 


Untuk Sihat, Jaga Pemakanan

Apa-apa pun, untuk jaga kesihatan, perkara paling penting, jagalah pemakanan. Jangan terlampau banyak makan. Kalau nak makan banyak, pastikan kena buat exercise.

Lepas ni, kena start berjalan atas treadmills balik dalam sejam untuk 3 ke 4 hari nak balance balik jumlah karbohidrat yang diambil...hahaha


--

P/s : Dulu-dulu, ulam paling favourite adalah Ulam Raja. Sekarng ni, dah turun tangga ke-3 dalam carta pilihan ulam saya hahahaha. Kat SINI cerita Ulam Raja merimbun, tanam depan rumah.

Ulam Raja
Pohon Ulam Raja Depan Rumah


--



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...