Dec 19, 2014

Cuaca Terang & Panas, Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah... Alhamdulillahirabbil'aalamin, lepas seminggu hujan setiap pagi dan petang, walaupun tak lebat seperti di sebelah Pantai Timur, hari ni cuaca agak terang dan panas... Allah swt Maha Mengasihani. Dapat jugak jemur kain baju yang lembap hari ni...



Dec 18, 2014

Masak Tumis Sawi Sempoi

Bismillahirrahmanirrahim... 
Entri ni actually lanjutan dari kursus masak untuk anak teruna saya yang baru habis SPM. Untuk pelajaran hari ni saya suruh dia buat Masak Tumis Sawi (ala en. wafa). Masak Tumis Sawi ni atau Tumis Air Sawi adalah masakan sayur yang paling senang - senang bangat bangat, cepat dan jimat/murah. Bagi saya, wajib untuk seseorang tu BOLEH masak tumis sawi ni. Ia juga salah satu masakan dalam Menu Orang Bujang selain dari Telur Dadar :D.

Dec 10, 2014

Poi Kuala Pilah - Nogori Sombilan

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu minggu lepas, Alhamdulillah berlangsunglah Majlis Perkahwinan adik ipar yang bongsu, iaitu adik kepada wife, Mursyid Mustafa dan pasangannya Nadia - pada 6hb Disember 2014. Pengantin perempuan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan... so, sompek lah kami bertandang di Kuala Pilah untuk dua hari. Satu pengalaman yang sangat menarik berada di Kuala Pilah.

Dec 1, 2014

Ukhwah Fillah

Ukhwah Fillah, saya selalu nampak perkataan ni kat blog-blog, dalam facebook pun selalu jumpa. Kalau tak silap, maknanya - bersaudara atau persaudaraan atau persahabatan kerana Allah SWT... Jadi ianya adalah perhubungan antara seorang dengan seorang atau banyak orang yang lain... perhubungan tu macam beradik-beradik, kawan-kawan lah bukan? 

Imej Ukhuwah yang cantik oleh anawardatulsyauqah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...