Nov 30, 2014

Beranikah?!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Beranikah kita untuk TIDAK SOLAT...  Itulah ayat penuh kepada title di atas...

Catatan ini adalah peringatan kepada diri sendiri untuk diulang baca dan diulang renung. Juga kepada zuriat saya dan orang-orang yang saya sayangi serta sesiapa sahaja yang berhubung-kait dengan perkara ini...

Perintah SOLAT adalah perintah yang berbeza dari kefardhuan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, atau kefardhuan lain. Perintah SOLAT berlaku dengan peristiwa Israk Mikraj, suatu peristiwa yang sangat penting, perjalanan Nabi SAW yang ditemani Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa di Palestine dengan menaiki Burraq... yang mengambil masa yang singkat. Seterusnya perjalanan Nabi SAW yang juga ditemani Jibrail naik ke langit MENGHADAP ALLAH SWT...

Nov 29, 2014

Wiper Motor Exora Rosak - Jadi Pomen Bidan Terjun

Bismillahirrahmanirrahim...

For the first time, dalam seumur hidup ni saya mengalami kejadian seperti ini. Pengalaman menggunakan kereta selama ini tak pernah lagi berlaku; motor wiper of my Proton Exora, rosak or actually gear yang dalam motor tu pecah... It's quite an interesting experience. Kalau benda-benda lain berkaitan air-cond, atau radiator ker, tu biasa atau pernah kena... tapi motor wiper rosak ni memang rasanya jarang-jarang berlaku kut. So, experience ni macam kira 'nasib' saya lah :D

Proton Exora Wiper Motor

Tentang Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru terbaca sedikit maklumat mengenai TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog seorang sahabat blogger. Satu catatan yang bagus sebagai panduan memperbaiki diri. Jazakallahu khairan atas perkongsian tersebut...

Lihat ulasan TANDA-TANDA KEIKHLASAN di blog beliau DI SINI.

Subhanallah... Dalam kehidupan ini, biasanya kita melakukan sesuatu perkara bagi mencapai suatu matlamat tertentu. Contohnya, kita pergi bekerja untuk memperolehi gaji yang kita perlukan untuk pembiayaan keperluan tertentu dalam kehidupan seperti membeli makanan dan minuman, melanggan sesuatu perkhidmatan seperti talian komunikasi, elektrik, air dan sebagainya. Jadi ianya biasanya suatu HABUAN...

Seorang cikgu pernah bercerita tentang matlamat beliau iaitu agar pelajar-pelajar beliau mendapat gred A dalam matapelajaran yang beliau ajar dan beliau berharap agar peratus pelajar yang memperolehi gred A meningkat dari tahun lalu. Ia adalah penting kerana, ia akan mendapatkan perhatian dan penghargaan dari pengetua beliau. 

Pendek kata, sesuatu pekerjaan yang kita buat itu, adalah bagi mendapatkan sesuatu habuan tertentu...

Oleh yang demikian, wallahualam... apakah sebenarnya yang dikatakan melakukan sesuatu itu dengan IKHLAS.... Apakah maksudnya Ikhlas tersebut... Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, pastinya kita perlu mendapatkannya dari orang yang 'alim dalam bidang atau topik KEIKHLASAN ini... Saya sendiri tergagau-gagau dalam bab ini. 

Walaubagaimanapun, mungkin catatan dari ulama masyhur dan muktabar seperti YUSUF AL-QARADAWI seperti yang dikongsikan di blog sahabat blogger saya DI SINI dapat memberi sedikit pencerahan... InsyaAllah... Semoga Allah Subhana wata'ala menyematkan ilham ke dalam hati kita untuk memahami maksud IKHLAS yang sebenar itu... serta memberi petunjuk taufiq dan hidayah agar kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan dengan ertikata IKHLAS yang sebenar... Allahualam bissawab...

PENTINGNYA IKHLAS

Subhanallah... IKHLAS ini adalah suatu yang dituntut oleh Allah SWT dan sangat penting. Ia menentukan samada pekerjaan kita itu dikira sebagai amalan yang boleh membawa kebaikan kepada kita di akhirat kelak atau memusnahkan kita sehingga tercampak ke neraka Allah... Wana'uzubillah...

Jom sama-samalah kita mencari dan terus mencari jalan dalam mencapai tahap melakukan pekerjaan dengan IKHLAS sebenarnya dan dalam masa yang sama marilah kita beristighfar berbanyak-banyak di atas kecetekan ilmu kita disamping mengharapkan agar Allah Subhana wataala menerima pekerjaan kita dalam masa kita berusaha memperbaiki diri kita... 




Nov 28, 2014

Hablun Minnallah, Hablun Minannas

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, beberapa hari ni seorang sahabat telah meminjamkan saya sebuah laptop untuk menyiapkan satu flyer untuk kedai komputer beliau dan saya telah menyiapkan flyer tersebut, and it's actually for free. Well, my friend, if you read this, anggaplah dengan meminjamkan laptop ni kepada saya sebagai bayaran servis saya tu... boleh? huhuhu... So, since the laptop is in my hand... saya nak amibl peluang ni untuk kemaskini sikit atau update kerja-kerja blogging yang saya mulakan sejak awal tahun ni... Sayang pulak biarkan ia terbiar begitu saja.. :D



Apa-apapun, jazakallahu kathiran kepada sahabat saya dari Kak Mira Computer..

JOM SEMAI KASIH SAYANG SESAMA KITA

Saya percaya ramai yang biasa mendengar ungkapan ini;

Hablun Minallah... Hablun Minannas...

Tak silap saya, maksudnya - Hubungan dengan Allah SWT dan Hubungan dengan Manusia (An-Nas : Manusia)

Ianya sebenarnya satu seruan, supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Menjaga hubungan dengan Allah SWT tu maksudnya melakukan apa yang disuruh atau lebih tepat lagi diajar oleh Allah SWT kepada kita dan meninggalkan apa yang dilarang... Allah SWT suruh atau ajar kita supaya sembahyang lima waktu, maka untuk memastikan hubungan kita dengan Allah SWT terjaga, maka kita pastinya akur dan sembahyang lima waktu... selain dari itu, sentiasa zikrullah, mengingati Allah SWT setiap detik dan ketika, dalam apa jua perbuatan kita.... dan banyak lagi lah. 

Manakala tinggalkan apa yang dilarang seperti, Allah SWT melarang kita dari mensyirikkan Allah SWT... jadi kita tak bolehlah nak takut kepada benda atau keadaan selain dari takut kepada Allah SWT atau mengagungkan benda atau sesuatu selain dari Allah SWT bukan..? Dan banyak lagi lah...

OK.. Hablun minannass... menjaga hubungan dengan manusia pula, adalah dengan berbuat baik kepada orang lain, sesama manusia... Berbuat baik ni seperti jangan menyakiti hati atau perasaan orang lain, atau fizikal mereka. Malah Nabi SAW menyeru kita supaya menyayangi sesama kita... Kita dilarang daripada MEMBENCI seseorang lain... Dan banyak lagi...

Subhannallah... Nabi SAW adalah seorang yang penyayang... Beliau sangat sayang kepada ummatnya... 

Saya dok nampak... kalau kita boleh semai rasa sayang kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, kehidupan kita pastinya sangat tenang. Jangan sesekali kita ada perasaan benci kepada seseorang... sesiapa sahaja. Rasionalnya, bukankah apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, adalah dengan kuasa dan kehendak dan izin Allah SWT jua? Jadi, tidakkah kalau kita marahkan seseorang atau benci seseorang itu, bermakna kita marah dan benci dengan kejadian yang Allah SWT sudah aturkan?... Allahualam...

Jadi, jomlah... sahabat-sahabat, rakan-rakan, sesiapa sahaja... jom semai perasaan kasih sayang sesama kita... Jom kita buang perasaan marah atau benci kepada sesiapa saja? Jom?

Mungkinkah kalau ada rasa marah dan benci kepada seseorang yang lain, ianya adalah berpunca dari hasutan atau bisikan, perdayaan iblis atau syaitan yang licik dan halus, yang cuba merosakkan kita agar kita turut berakhir dalam kerugian seperti mereka?

Subhannallah... Jom kita sama-sama doakan kebaikan kepada semua di sekeliling kita khususnya saudara seagama kita, doakan semoga diperkenankan limpah rahmat Allah SWT serta taufiq dan hidayah... Tentunya kita tak mahu mana-mana saudara seagama kita terbabas dari siraatul mustaqim dan terus sesat sehingga tak dapat kembali kepada kebenaran dan terus menzalimi diri mereka, bukan?...

Allahualam bissawab...




 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...