Semalam kita dah kutip buah-buah cermai setakat yang ada dan dah pon proseskan buah tu untuk dijadikan jeruk cermai, baru tak masam untuk dimakan (lihat SINI - Bahagian Pertama). Di sini adalah proses seterusnya iaitu sambungan bagaimana nak buat jeruk cermai jenis jeruk manis (style saya) hingga selesai dan boleh di makan. Lupa nak bagi tahu, jeruk cermai ni ada dua jenis; satu jenis manis (masam-masam manis), kedua jenis manis-manis pedas. Jenis jeruk cermai kedua ni kena tambah cabai, jadi saya tak buat sebab saja nak bagi anak-anak boleh makan.
[ Baca BUAT JERUK PELAM RANGUP MUSIM PKP : cara buat jeruk manis-manis pedas. ]
Ok... semalam, proses terakhir adalah simpan buah cermai yang dah direndam ke dalam air garam untuk semalaman, atau 12 ke 16 jam. Jangan lebih 24 jam sudah, takut buruk pulak buah tu, langsung tak boleh makan dah. Oleh itu, pagi ni, saya pon mulakan proses bahagian ke dua.
Proses Buat Jeruk Cermai Bahagian Kedua (sambungan)
Kalau dilihat, buah cermai tu dah jadi kekuningan atau kuning pucat... tak ada hijau dah sebab kita dah rendam dalam air garam semalaman. Air garam tu pun dah berbuih menandakan masam buah cermai tu dah banyak berkurangan.
Apa yang perlu dibuat sekarang adalah, buang air garam tadi dan basuhkan buah cermai tu.
maaf yer.. buat kerja tangan kiri... tangan kanan pegang kamera :D |
Bilas dengan air paip (air tawar) beberapa kali dan toskan buah cermai hingga kering.
tos guna penapis santan hahahaha... tak ada bekas besi berlubang tu hahahaha |
Sambil biarkan buah tu kering (ditos) lakukan perkara berikut...
Masakkan air dan gula (buat air gula untuk jeruk)
Ok.. oleh kerana saya buat dalam 500g buah cermai sahaja (tak banyak) maka sukatan air untuk buat air gula ni dalam setengah cawan (lebih kuranglah atau dalam 250ml gitu), manakala gulanya dalam secawan atau 7 - 8 camca (sudu) besar - macam dalam gambar di atas.
Didihkan air dan gula tadi hingga jadi air gula... semua gula dah sebati.
... dan apabila dah siap, matikan api dan biarkan air gula tadi sejuk sendiri. Kalau nak cepat masukkan dalam peti ais, ehehehe... saya letak jer bawah kipas atas meja lepas tu pergi jemur kain.
Elok selesai jemur kain, buat air kopi segelas... air gula tadi pun sejuk.
Masukkan buah cermai yang telah ditos ke dalam balang semula, dan tambahkan air gula
Tuang air gula yang dah sejuk tadi ke dalam balang yang telah diisi semula buah cermai yang telah ditos. Tutup balik rapat-rapat.
Ya... memang tak boleh makan lagi... belum jadi jeruk cermai betul betul lagi... Kena simpan sehari lagi. Macam ni sekarang ni, esok petang dalam pukul 3 macam tu, dah boleh makan lah... huhuhu...
simpan elok-elok.. karang ada yang gatal tangan pergi ambil sebelum jadi jeruk |
Kenapa buat sendiri jeruk cermai ni?
Kalau nak senang, tak renyah... nak buat semua proses menyediakan jeruk cermai tadi yang mengambil masa sehingga 2 hari, pergi beli sajalah kat Pekan Rabu ker.. atau pasaraya yang ada jual jeruk siap-siap dalam paket... Kat TESCO pon ada jual.
Tapi kenapa saya prefer untuk buat sendiri?
Sebenarnya ada dua sebab utama:
1. Bila buat sendiri, dah gerenti tak ada pengawet... lagi pon bukan banyak buat... sekali buat - dua atau 3 kali makan habis lah... tak perlu simpan lama-lama. Tapi kalau nak simpan lama pon boleh sebenarnya. Letakkan dalam peti ais... wowwwwww... lagi besttttt sebenarnya... sejuk-sejuk dan rapuh, masam-masam manis... hmmmm....
2. Boleh buat 2 entri dah pasal buat jeruk cermai saja... hahahahahaha... (Entri ni pon entri test SEO ni... nak tahu dok page ke berapa dalam google Search, cuba google perkataan "jeruk cermai"...atau "buat jeruk cermai") [klik SINI untuk bukak laman Google Search]
Ok... Thank you for reading and since, sekarang dah tahu macamana nak buat jeruk cermai ala wafacw atau jeruk cermai manis ni, boleh lah cuba ek...
Kalau nak buat jeruk pelam pulak,klik DI SINI.
--
owh gitu..senang je rupanya..betul bebas bahan pengawet. yg beli di kedai pun sebenarnya tak tahu macammana kaedah pembuatannya. maka buat sendiri adalah terbaik :)
ReplyDeletepada pendapat saya lah kan? sebab kalau tak simpan dalam peti ais... jeruk ni tak boleh tahan kalau tak letak pengawet kan?
Deletedah lamanya tak makan jeruk cermai...tetiba rasa terliur...
ReplyDeletesaya telah berusaha 150% sediakan gambar-gambar supaya siapa yang baca ni akan meleleh air liur ... ni belum cerita jeruk betik.. atau pelam... coming soon... :D
DeleteWaah.... terbaiklah penjelasan tu...
ReplyDeletekut bahasa kampung boleh lah tuan zamizi... kalau BI ker BM ker harus hancur nih hahahaahaha
Deletewahhh qila suka jeruk buah tapi buah cermai ni buah apaa TT_TT hihihi
ReplyDeletethanks share uncle!!!! looks so nyummeh~
haaaaaaaaaaaaaaaa jumpa dah.. generasi moden ... tak tahu buah cermai... meh sini alamat uncle hantar sampel dua tiga biji hahahaahahahaha
DeleteAlahai... baru tengok gambar dah terkenyit2 mata... walaupun dah jadi jeruk yang manis dan sedap tapi still takut nak cuba sebab takut masam...
ReplyDeletehahahaha memang masam bengey hahahaha,.... tapi insyaAllah dah jadi jeruk tak ada masam nya... ada pon sikit jer... hahahaha terkenyit2 mata...hahahah
DeleteTak suka makan ni... herot berot muka dibuatnya!
ReplyDelete(Yeay! akhirnya berjaya follow blog ni..!)
haaa yer lah... dah jadi orang KL... tak suka lagi dah makan buah ni hahahahahaahha...
Deleteuikkss lambat 3 orang er nak jadi follower yang ke 100 hari tu hahahaha
Ooo.. taruk gula jer yerr... tapi kenapa beli kat kedai tu mcm ada rasa cuka yer?
ReplyDeleteyang tu proses untuk komersil.. siap rendam dalam air cuka... kena tukar dua tiga kali air tu semua... :D
DeleteAda yang bubuh gula melaka... gula batu pon ada... ni cara paling simple... :D
wah dah siap...senang jugak buat dia ya..cuma kalau yang jual mesti taruk bahan pengawet banyakkan..tu yang kita allegic tu..
ReplyDeleteyang jual tu kena bubuh pengawet supaya tahan lama sikit... :D
DeleteKurang suka, masam sangat..hahaha..
ReplyDeleteni buah cermai bukan masam sangat dah Azwar.... masam gilerrrrr...hahahahaha tu yg buat jeruk tu baru buleh makan... hahahha. Tak makan sayang pulak tengok jatuh atas tanah... :D
Deletesaya tak berapa makan jeruk tapi kalau mak saya nampak ni mesti dia suka
ReplyDeletetak mengikut emaknya pulak ya.... hahahahah...
Deletetapi kalau jeruk jual kat kedai saya memang tak makan...
owh! dua kali proses yer...pertama nak hilangkan masamnya...kedua untuk maniskan...dah dapat dah...tq..
ReplyDeleteerrr...lebih kurang macam tu lah... hahahaha... satu lagi lepas hari kedua tu...simpan dalam peti sejuk pulak... kalau tak rosak jeruk tu...
Deletekecik2 dulu jer selalu jumpa jeruk cermai ni..dah besar2 ni payah nak jumpa dah..
ReplyDeleteKat belah belah siam sana lagi macam-macam orang buat ngan buah cermai ni kut... sekarang ni tak ramai orang nak makan buah cermai dah...
Deletehahahaha...ada modal buat entry.....rajinnya wafa buat jeruk...noe mmg x makan jeruk n mmg x ada niat pun nak buat jeruk...btw thanks for the sharing...
ReplyDeletehahahahaha sambil buat modal buat entri...
DeleteSedapnya buah cermai.
ReplyDeleteuikkkss... ada jugak orang kata buah cermai sedap... yang jeruk ke yang tak jeruk? kalau yang jeruk..kita geng lah hahahahaha
DeleteNurul selalu gak buat Jeruk tapu Jeruk kedondong atau mangga.. cermai susah nak dapat, urmm.. bukan susah.. memang Nurul tak jumpe pun kat sini.. eheee.. cara buat lain skit.. skit jek lainnye :D ade amik pic.. cadang nk buat entry.. x sempat lagiii.. uhuuuuu
ReplyDeleteTypo la.. Tapu = Tapi ...
Deletebuat la entri cara buat jeruk mangga... saya ada buah mangga kat tepi rumah tunggu nak petik jer ni hahahah..
Deletejeruk cermai sedapnya
ReplyDeletehaaa ada geng... makan jeruk cermai... :D
DeleteTerbaik..mlm ni da blh mul proses mnjeruk cermai,,tq tips!
ReplyDeleteJika jeruk mempelam muda. Boleh x guna taktik yg sama?
ReplyDeleteboleh...
DeleteSaya tgh cuba redrpi tuan... esok ptg akan dapat keputusannya
ReplyDeleteI share yer..thanks admin
ReplyDeleteSedap jeruk cermai, tumbuk bgi pecah2 sikit bubuh cili api, gula, garam, sedikit belacan yg telah dibakar gaul2 perap beberapa jam. Lepas tu bole ngap.
ReplyDeleteKalau nak tahan lebih lama buat macan en wafa
Alah... alah... dia punya cerita pon dah meleleh air liur dengar... hmmm
DeleteKalau x rendam garam dulu boleh dak.
ReplyDelete