Alhamdulillah, lepas dua hari proses pertama buat jeruk belimbing buluh iaitu simpan dalam peti ais, saya keluarkan untuk rasa. Ini kali pertama buat jeruk belimbing buluh. Sebelum ni biasa buat jeruk cermai dengan jeruk mempelam. Lepas tengok ramai yang cerita tentang jeruk belimbing buluh, di mana kebetulan saya ada sepohon pokok belimbing buluh ni, teringin nak tahu macamana rasa jeruk belimbing buluh. Ya lah... seperti yang ramai tahu, belimbing buluh ni, tahap masam dia, boleh menitiskan air mata dengan serta merta, sebaik sahaja air asam terpancut ketika gigitan pertama dalam mulut... aish, cerita saja dah berair mulut, terbayang masam dia macamana.
So, sebelum buka balang dan rasa untuk pertama kali jeruk belimbing buluh ni, kena ambil gambar dulu. Tapi saya perasan, ada perubahan pada ketinggian paras jeruk tu dari yang mula-mula saya masukkan ke dalam peti ais. Ini bermakna, dah ada orang rasmi dulu... hahaha.
Sekali tengok, presentation atau secara melihatnya, tak lah berapa menarik. Air jeruk bewarna putih disebabkan oleh buah asam boi yang warna putih tu. Buah belimbing dalam tu pon tak berapa nampak dengan jelas. Macmanalah agaknya rasa dia...
Lepas merasa, buah yang pertama... wah!... Ajaib... (haha exaggerate..)
Rasanya tak masam seperti yang saya jangkakan. Rasanya macam jeruk biasa, cuma kalau dibandingkan dengan jeruk cermai... jeruk belimbing buluh ni, lagi sedap. Mungkin sebab sebiji buah belimbing berbanding buah cermai, isinya banyak..jadi lagi puas.
Dari segi tekstur... tak lembik sangat dan masih ada rasa 'crunchy' atau rangup...
So kesimpulan, ianya lebih kurang dengan jeruk mempelam, lebih baik dari jeruk cermai... dan sedapnya tersendiri...
Alhamdulillah, boleh selalu buat dan simpan dalam peti ais.
Pokok belimbing buluh ni, sekali berbuah, sangat lah banyak.. jadi boleh dimanfaatkan dengan buat jeruk daripada terbiar gugur dan buruk di pangkal pokok.
Projek seterusnya nak buat halwa belimbing buluh..tapi bukan masa yang terdekat sebab buah dah berkurangan di pokok sekarang. Buat sambal hitam dah pernah buat... tinggal nak buat halwa saja...
--
x pernah mkn jeruk belimbing buluh sbb takut masam je. nampaknya lps ni buleh cuba la.
ReplyDeleteBetul Abe Kie... saya sebelum ni dok teringat masamnya buah belimbing buluh, tak boleh bayang orang buat jeruk rasa macamana... tapi rupanya tak seperti yang disangka. Kalau ada buah belimbing buluh sendiri dan banyak, dan kalau suka jeruk, boleh buat jeruk. Makan sambil tengok TV hahaha...
Delete