May 9, 2014

Portable Swimming Pool

Well, actually... baru lepas baca entry tentang Inflatable Swimming Pool for Toddler by Bubblynotes, terus teringat Portable Swimming Pool for Kids yang ada kat rumah ni suatu masa dahulu. godek-godek balik folder gambar-gambar lama, jumpa lah gambar si Ahmad Adam dan Ahmad Sulaiman tengah mandi dalam Swimming Pool tu... hahahaha... Rasanya, tahun lepas kut ambil gambar ni... masa tu tak ada blog lagi :D


Ni dia, Swimmimg Pool Portable tu... Masa nak guna, buka dan isi air, tak guna, boleh lipat dan simpan atas almari. Saiz swimming pool ni tak ingat dah tapi kalau 4 orang budak-budak besar dia orang masuk ... muat lagi. Memang 4 orang boleh masuk pun, sebab Tasnim dan Ahmad Yusuf pon pernah berendam dalam tu.



Eheheh... terpaksa 'censored' bahagian tertentu imej ni...

Nak tahu kelebihan ada Swimming Pool Portable ni?

Pertama : Of course, kalau nak main air, tak payah bawa pergi Water Park... save minyak kereta, save entrance fee. Dia punya keseronokkannya sama jer... hahahaha... based on pemerhatian betapa seronoknya si Ahmad Adam dan Ahmad Sulaiman nih!!! 

Kedua : Kalau ada kerja, tak nak dua dua orang ni kacau... macam tengah masak atau buat kek/kuih atau apa-apa sajalah  yang perlukan privacy dan tidak mahu diganggu oleh kedua-dua orang ni... just tanya jer dia orang.. nak berenang? hahahaha... gerenti aman... Tapi since Swimming pool ni kena letak atas tiles kat luar dapur tu, kena ada kanak-kanak dewasa macam tasnim ker main sekali lah... atau Ummi dia dok di dapur tu yang boleh nampak dia orang bermain... Takut siapa-siapa berlari dan jatuh... Tempoh 'keamanan' sepanjang pagi... kalau buka pukul 9.00 pagi... boleh lah aman sampai pukul 12.00 tgh. Lepas tu Lunch... Lepas lunch pun dia orang akan sambung... sampai Asar atau sampai letih.

Errr.... setakat ni, dua tu lah kelebihan utama... bila buka Swimming Pool Portable ni!







Kelemahan?

Kelemahan pun ada disamping kelebihan tadi huhuhu... 

Pertama :  Kelemahan yang paling utama ialah... hari-hari nak berenang!!!! Waaaaa.... dia orang ni memang tak jemu atau tak reti jemu... Aduh... Kalau ada kerja lain kat luar atau nak ke mana-mana memang susah, sebab dia orang tak mahu naik. Biar kena tinggal kat rumah, asal boleh berenang... 

Waaa... penangan Swimming Pool ni memang Power!!!

Dahlah sekali bubuh air dalam tu, ingat ada dalam 5 ke 6 tempayan besar... atau air tu boleh buat cuci baju 4 ke 5 kali basuh lah kut... Nampak jer kecik tapi banyak betul air dia... nak tunggu penuh pun ambil masa dalam 20 ke 30 minit rasanya. Dah habis mandi at the end of the day, dah kena buang air tu untuk disimpan. kalau dibiarkan air tu sehari dua, akan berbau dan tak elok dah. Tak tahulah kalau letak chlorine... sebab tak pernah bubuh. Tiap-tiap hari masuk dan buang air kolam ni... jenuh... Mahu bil air meningkat tiga empat kali ganda. Hahahahaha...

Kedua : Bila berenang dan bermain kuat-kuat, dan siap keluar masuk, keluar masuk dalam kolam tu... lepas tu tengok kat tangan Ahmad Sulaiman tu... siap bawa baldi, tak sampai sejam air dah kurang dalam kolam tu, kena tambah lagi... kalau tak rebahlah dinding kolam tu... (Kalau jenis inflatable, mungkin kurang sikit masalah ni, kecuali dorang cedok air dalam kolam ... blushhhhh simbah kat luar atas lantai...)

Dan bayangkan, dia orang ni akan main dari pagi sampai petang, atau sampai jari jemari kecut... atau bibir mulut tu dah bergetar-getar termasuk gigi...siap berlaga kukukukukuk... lagi. Almaklum lah bukan nak kena balik ke mana-mana... jadi mainlah sampai puas sepuasnya... 



Dan bayangkanlah, apakah kata-kata paling baik untuk mengajak mereka berhenti bermain... siapa ada 'kata-kata memujuk yang berkesan', boleh share... kat ruang komen... Dan setakat sepanjang ada benda ni... Kata-kata pujukan yang paling hebat yang biasanya mereka akan berhenti buat apa-apa pon tak berkedan iaitu " Kalau berhenti main dan berenang, abah bawa pergi kedai beli ais krim'... Hmmphh... dia orang ni boleh buat tak tahu jer.... Tangan angkat kat nak ais krim dan ya nak berhenti... tapi kat mulut jer... kaki dan badan masih dok diam dalam air tak berganjak... whoahahahaahah!!!

Tapi, kalau tengok keriangan dua dua orang ni, memang seronok... budak-budak dan air memang tak boleh dipisahkan... 

Walaubagaimana pun, kolam ni atau Portable Swimming Pool ni hanya bertahan untuk tak sampai sebulan pun... Abah dia orang ni cucuk paku sikit, langsung tak boleh guna... Sedih dan kesian tu ada... tapi, ya lah... Pernah sampai demam pun ada... lama sangat main air. Rasanya, tak boleh jadi dan dibiarkan... Kalau nak tunggu dia orang bosan main dalam kolam ni... rasanya, sampai bila pon tak akan bosan... So, abah janji, kalau Ahmad Adam dan Ahmad Sulaiman ni minta nak pergi taman rekreasi dekat dengan rumah (Taman Jubli Perak), abah akan bawa.... 

Nah, entri ni sebenarnya membocorkan rahsia bagaimana kolam tu rosak, dan dah tak boleh masukkan air dah... huhuhu... Abah minta maaf noooo... kut lah, bila hampa dua orang dahbesar nanti terbaca entri ni..hahahaahahaahahaha. Please understand, I have to do that... :D

--

23 comments:

  1. Saya kecil dulu pun mandi dalam kolam kecil tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh pernah mandi dalam tu? hahahah... saya masa kecik kalau nak berendam, orang tua saya bawa pergi jeram atau pantai .... :D

      Delete
  2. Any small water pool in the recreation garden nearby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No lah... but the can play at the playground there :D instead of swimming :)

      Delete
  3. Idea yang bagus untuk orang dewasa beristirehat ni..Kalau tak nak diganggu masukkan all the kids dalam swimming pool ya..he..he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhehe... sepanjang dorang dok main dalam swimming pool tu, memang aman ... rumah tak bersepah, boleh focus kerja kat rumah... cuma sediakan makanan lebih sikit hari tu sebab dia orang akan makan banyak sebab letih main kan? hhahahahaa

      Delete
  4. Kanak kanak memang suka berendam, kalau dah masuk dalam air, memang susahnnak keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu yang kata..kanak-kanak dan air tak boleh dipisahkan huhuhu

      Delete
  5. haaa..ecah kecik2 dulu kalau nak berenang masuk dalam kolah jer time mak pergi keje..sekali kantoi kene rotan ngan mak..haha..budak2 sekarang canggih..semua ade..tinggal sediakan duit jer untuk mmbeli..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaaaaaaa masuk kolah ek... hahahahahaha... si adam tu akhir-akhir ni pon dah pandai masuk dalam tempayan besar dalam bilik air tu... mungkin sebab dia dah tinggi sikit lepas kepala... dia berani lah masuk... geram sungguh... hahahahaha

      Delete
  6. As Salam Bro..please feel free to enjoy my tag to you.. =)

    http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/05/liebster-award-nomination.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa... I'm chosen? hahahaha... it's an honor. TQ... insyaAllah I'll create an entry on this, tapi kena buat research sikit hahahahaha... bukan senang jugak nak create 11 questions huhuhu

      Delete
  7. Bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun seronok kalau dapat berendam bawah pokok redup, sambil baca buku...pergh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa sounds very interesting. Serene er... tapi kalau anak-anak tak dak kat rumah boleh lah...kalau dorang ada .... berebut lah hahahahahaha...

      Delete
  8. anak-anak saya pun macam tu, kalau dapat mandi macam ni tak penah bosan. keluar sekejap lepas tu sambung balik, dari pagi sampai petang. kalau musim cuti sekolah, hari-hari berendam.
    suatu hari yang sulung sakit dalam telinga, hari2 menangis. bila ke klinik, doktor tanya ada mandi mana2 ke? hairan jugak, doktor tanya macam tu, rupa2 nyer telinga dah masuk air yg terlampau sampai luka dan membengkak kat dalam. terus insaf, tak main air lama2 dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk air dalam telinga!!! bahaya tu... tapi tu lah diorang kalau masuk air dalam telinga masa tu, bukan reti nak bagi tau, walaupon telinga dok berdengung... bimbang jugak pasal tu... air pon tak ada chlorine, tak beapa bersih macam swimming pool betul kan...

      hahaha insaf sendiri... :D

      Delete
  9. kelakar lak baca...bila diaorg dah jumpa kolam macam tu...mmg tak nak keluar la...cakap jer..."kalau lama2 sangat dalam air tu...hantu air akan keluar...hehehe" noe pun ada beli dulu...tapi sekejap je bertahan...tak ingat punca hancur tu...lucah sungguh gambar2 tu...hehehehehe....btw noe ada tag wafa kat sini http://alyadina.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-khirkhalid.html...itu pun kalau nak join la... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... obscene sikit gambar-gambar tu... harap tak kena kencam dek sapa-sapa lah hahaahaha...

      insyaAllah nOe, ada nampak entri liebster award ni kat blog lain :D... payah jugak nak create soalan-soalan nak kena jawab tu hahahaaha :D

      Delete
  10. ni kalau anak mama nampak habis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... sekali sekala akhir-akhir ni ada lagi soalan mana kolam ni, walaupon lama dulu dah bagi tahu kolam rosak tak boleh guna... nasib baik tak disuruh beli lain hahaahaha

      Delete
  11. macam tu la... mia pun ada juga satu kat rumah ni. selalunya suami mia yang layan sofea main air. senang skit mia nak buat kerja kat rumah...

    ReplyDelete
  12. i suppose to by this one. Blh layan ank2 time cuti sklh

    ReplyDelete
  13. bagus nak elak anak puas kat rumah... Anak-anak kalau portable kolam macam ni memang lama main.. Aku jenuh menunggu.. Tapi sabar la kan ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...