May 4, 2014

2 Kaedah Untuk Menjamin Trafik Ke Blog

InsyaAllah, bila kita berblog, salah satu matlamat yang secara tak langsung dan agak penting adalah memperolehi satu tahap tertentu trafik ke blog kita. Sebenarnya, sedar atau tidak, jumlah trafik ke blog kita merupakan salah satu faktor yang mendorong kita untuk berblog - terus berblog, berblog dengan baik, serta juga mengukuhkan jiwa kita dari segi emosi dan intelektual. Err... itulah sekurang-kurangnya pendapat saya tentang trafik dan aktiviti blogging :D.

2 Kaedah Untuk Menjamin Trafik Ke Blog 

------------------------------------------------
------------------------------------------------

Jadi di sini, saya ingin berkongsi sedikit pendapat tentang bagaimana hendak meningkatkan trafik ke blog atau apakah kaedah yang menjamin trafik ke blog kita. Kaedah ini adalah kaedah yang saya lakukan yang menjamin kunjungan saya ke sesuatu blog itu. Sekiranya ianya saya praktikkan kerana ia memberikan saya kemudahan mengunjung sesuatu blog, mungkin ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja juga :D

  1. Kaedah Pertama : Tinggalkan mesej di kotak 'chatbox'. Mesej apa? Bagi saya apa jua mesej yang boleh ditulis... mungkin walaupun sekadar meninggalkan salam seperti 'Assalamulaikum wrb' atau juga sekadar ikon 'smile' :D. Setakat ini, saya tak pernah gagal membuat kunjungan balas ke mana-mana blog yang empunya blog tersebut meninggalkan sedikit mesej di ruang 'chatbox' saya - ia adalah kerana, setiap kali saya 'online' dan membuka blog saya, ruang chatbox adalah antara yang pertama saya akan lihat - untuk mengetahui siapa yang telah mengunjungi blog saya...
    kaedah tingkatkan trafik dengan meninggalkan mesej di chatbox
    Chatbox
  2. Kaedah Kedua : Memberi komen kepada entri di blog dengan memilih Name/URL sebagai "comment as" selepas menulis komen. Biasanya dan semestinya saya akan melihat samada nama yang diletakkan akan menghubungkan saya ke 'profile page' atau ke blog URL. Kalau nama yang tertera di ruang komen menghubungkan saya ke URL blog, saya pasti klik dan mengunjung blog tersebut sebelum saya 'reply' komen. Ini khusus kepada pengujung yang mungkin pertama kali atau masih belum menjadi 'follower' saya - kerana, saya belum biasa dengan blog mereka. Bagi rakan blogger yang sudah lama dan kerap mengunjung blog saya, tidak perlu tinggalkan komen sebagai comment as Name/URL kerana saya sudah tahu dia owner kepada blog mana... :D
    Kaedah tingkatkan trafik dengan memilih name/url sebagai pengomen
    Comment as: Name/URL
Ya, mungkin untuk memilih untuk menyediakan Name/URL sebagai 'comment as' tu agak 'renyah' atau mengambil masa dan cerewet sikit, tapi... bagi saya, kalau saya susah sikit asalkan orang lain senang, apa salahnya kan? Jadi, kaedah kedua ini, tak semestinya boleh diikuti kalau kita tidak mempunyai peluang atau kelapangan masa untuk berbuat demikian. Ianya bergantung kepada kesesuaian dengan keadaan masing-masing :D

Oleh yang demikian, sekiranya blog kita blog yang masih baru dan bilangan trafik ke blog masih lagi rendah, bolehlah menggunakan kedua-dua kaedah ini untuk permulaan. Sediakanlah 'chatbox' kalau masih belum ada chatbox dan tetapkan setting untuk comment box supaya ada pilihan Name/URL untuk mereka yang sudi meninggalkan nama dan URL blog setelah memberi sedikit komen :D

Sekiranya anda mempunyai pendapat anda sendiri hasil dari pengalaman anda, saya mengalu-alukan pandangan atau pendapat anda samada selari atau bertentangan langsung dengan pendapat yang telah saya berikan di atas. Ini adalah kerana mungkin ada sebab-sebab tertentu kita diberi pilihan sedemikian kepada setting comment box atau apa jua komen berkaitan chatbox... :D

Wallahualam Bissawab...

--

26 comments:

  1. salam. betul tu teknik yg abe bgtahu. cuma chatbox ni terdedah kpd spam. sbb tu sy x letak. manakala letakkan komen sbg name/url tu memang teknik yg berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. betul tu..chatbox memang terdedah kepada SPAM... cuma bagi blogger baru, mungkin still can tolerate sebab mungkin nt enough traffic to invite spammers lagi...hopefully. Kalau dah lebih setahun atau dua tahun mungkin dah boleh consider not having the chatbox..I think... :D
      Thanks Abe Kie for sharing your thoughts :D

      Delete
  2. satu perkongsian yang menarik.. renyah sikit takpe, asal pulangannya berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu mamaniza :) biar renyah sikit... insyaAllah hasilnya boleh meningkatkan motivasi untuk terus berblogging dengan baik :D

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    menarik artikel nie... suka baca. Tips2 cara nak menjana traffik ke blog.. nice sharing.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum salam wbk tuan... terima kasih... tapi saya rasa entri saya ni biasa-biasa saja berbanding dengan ramai lagi yang lain... mahupun tuan sendiri... saya suka penulisan di blog tuan juga...banyak maklumat yang saya pelajari... terima kasih :D

      Delete
  4. Ooo... baru perasan, ada cara cam no 2 tu... try skali. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... terima kasih kerana sediakan tiket express terus ke ruang tamu rumah hahahahaha... :D. Hari ni tak jenguk lagi sarapan apa ada kat sana hahahahahaha...

      Delete
  5. Terbaiklah Wafa. Tips yang simple tapi memang berkesan...Salam hujung minggu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa... kalau rdz z dah kata macam tu, ada rasa sikit kepuasan menulis tip ni... terima kasih..harap berfaedah kepada ramai... :D and oh ya... Salam hujung minggu to u too :D

      Delete
  6. Bunda sokong pendapat Wafa tentang kebaikkan ujudnya chatbox diblog kita dan bunda juga sokong dan sependapat dengan ZUKI DIN tentang keburukkannya chatbox...

    Bunda pernah mengalami spam seperti yang ZUKI DIN cakap tu...pernah bunda buang chatbox itu.....tetapi dari sudut yang lain bunda selesa untuk rakan2 dapat tinggalkan komen ringkas disitu menandakan mereka hadir seperti pendapat Wafa...so bunda letakkan balik chatbox itu...

    Terpulanglah kepada diri masing2..Salam hujung minggu dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sependapat dengan bunda sebenarnya... cuma, disebabkan benda ni fragile walaupun berfaedah menjadikan dia menyusahkan kadang-kadang. Cuma diharapkan, kita kena pandai-pandai guna chatbox ni... guna bila tak menyusahkan dan buang bila faedah tu dah di outsource oleh spamming activities... so, last sekali memang terpulanglah kepada masing-masing ya... :) Sambil tu doalah supaya kita terhindar dari benda-benda yang menyusahkan tersebut... insyaAllah, Dia bagi jalan dan permudahkan urusan kita :)

      Delete
  7. Setuju, dua kaedah yang dikongsikan ini sudah pasti memudahkan tuan blog itu berkunjung balas semula.

    Saya juga memohon maaf jika saya tidak sempat nak membalas komen dan berkunjung ke blog rakan-rakan semua. Insya-Allah, jika ada kesempatan akans aya singgah juga. Salam blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ke sini tuan Tetamu Istimewa :D... terima kasih sudi berkongsi pendapat... :)

      Tentang tak sempat membalas komen dan return BW, saya rasa kita semua kadang-kadang macam tu lah... ada masa kita lapang seronok lah BW... dan reply komen, tetapi ada masa kita menghadapi sedikit kekangan masa, maka tak boleh nak berseronok BW dan reply komen... saya rasa, kita semua faham situasi ni... :D So bila dapat 'qada' balik BW dan reply komen, nanti seronok balik lah kan :D. Jadi saya pon mohon maaf juga..insyaAllah silaturrahim yang kita bina kita teruskan... lillahi taala... :D

      Delete
  8. Replies
    1. Sayang sekali tak cuba terus kat sini :D... link nama Syaza kat atas masih terus ke profile page :)

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Lya sokong ...
    Yer la bila ader CB ni senang kita nak berkunjung balas ...
    Macam kotak komen jugak la ..
    Bila ade komen kita pon raser jugak nak balas komen kat entri si pengomen kan ..
    Apapon terpulang pd diri masing2 nak buat yg mana ....
    Salam hujung minggu WCW

    ReplyDelete
  11. Bagus tips ni...sally pun suka letak jejak..Sbb kadang-kadang ada blogger yg x update entry lama...xkan nak komen 2-3 kali kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tu satu sebab yang tepat jugak!!... setuju :D

      Delete
  12. I just know that we can comment as Name/URL. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. that's because you are using Google+ comment on your blog :D
      Tapi ada kelemahan sikit... nanti tak ada gambar you as avatar kat your comment :(

      Delete
  13. thanks wafa...yg chatbox tu noe x pernah tinggalkan komen...dulu ada letak chatbox...tp lepas tu noe buang...selalu kena spam...yg ke 2 tu dulu noe biasa buat...tapi lepas tu noe x buat dah...sbbnya noe rasa ianya menyebabkan noe punya page rank menurun...dulu page rank blog noe 2...lepas guna kaedah ke 2 tu..terus page rank 0....noe rasa mungkin sbb backlink yg x genuine...itu pandangan noe je la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...