Mar 27, 2020

Solat Hajat

Bismillahirrahmanirrahim...

Solat Hajat - Cara mengerjakan solat hajat.
InsyaAllah... hari ini hari Jumaat 27 Mac 2020, atas titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, agar seluruh rakyat Malaysia beragama Islam mengerjakan solat hajat bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi getir wabak Covid-19 sekarang ini, selepas mengerjakan solat Zohor di tempat masing-masing. 


Adalah diharapkan agar seluruh umat Islam di Malaysia mendapat pesanan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dan BERSAMA-SAMA beramai-ramai berusaha untuk mengerjakan solat hajat ini. 


Dengan demikian, kita berharap sangat-sangat berharap agar dengan usaha ini, Allah SWT akan menerima doa dan solat kita seterusnya di bawah Pengetahuan dan KehendakNya yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, keadaan sekarang mampu berkurangan dan kembali sejahtera lebih-lebih lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan Kareem yang penuh barakah dalam beberapa hari lagi... 

Mengerjakan Solat Hajat

Sebelum solat, beristighfar lah bersungguh-sungguh memohon diampunkan dosa-dosa kita setelah itu berdiri untuk solat.


Niat - Niat solat hajat adalah : 

Sahaja Aku Solat Sunat Hajat Dua Rakaat Kerana Allah Taala

Rakaat Pertama -  Baca Surah Al-Fatihah (Rukun Solat) seperti biasa diikuti dengan Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255) sebanyak 11 kali.



Rakaat Kedua - Baca Surah Al-Fatihah seperti biasa dan diikuti dengan Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.


Sujud Sebelum Duduk Tahiyat Akhir  -  Sebelum duduk Tahiyat Akhir, dalam sujud terakhir, kita bacalah Doa Nabi Yunus 11 kali.  Semasa membaca doa ini, berniatlah di dalam hati agar dilenyapkan segala musibah yang sedang melanda sekarang ini..

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.





Kita mengerjakan solat hajat ini berasaskan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :

“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” 
(Riwayat At-Tarmizi)

dan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT ;

" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu "
(Surah Ghafir, ayat 60)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...