Dec 1, 2014

Ukhwah Fillah

Ukhwah Fillah, saya selalu nampak perkataan ni kat blog-blog, dalam facebook pun selalu jumpa. Kalau tak silap, maknanya - bersaudara atau persaudaraan atau persahabatan kerana Allah SWT... Jadi ianya adalah perhubungan antara seorang dengan seorang atau banyak orang yang lain... perhubungan tu macam beradik-beradik, kawan-kawan lah bukan? 

Imej Ukhuwah yang cantik oleh anawardatulsyauqah


Kita manusia adalah jenis hidup dalam kelompok atau bermasyarakat, saling memerlu... lebih kurang macam tu lah kalau tak silap, penerangan lecturer subject 'ras dan etnik' kat universiti dulu... lama sangat dah, tak ingat ayat lengkap dia... :D  Jadi maknanya, kita tak boleh kalau nak hidup sorang-sorang terasing dari jenis kita... Ada tak sesiapa yang pernah hidup sorang, tak ada manusia lain sekeliling? Robinson Crusoe yang terdampar kat Pulau tu lah kut kalau ada... :) 

Kita saling memerlu sesama kita dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia ini. 

Ukwah Fillah yang sedang bermain dalam fikiran saya sekarang adalah berkaitan dengan kehidupan di dunia ini tetapi berkait dengan kehidupan di AKHIRAT yang kekal... (infinity?)... Ya lah, Allah SWT jadikan kita di dunia ni untuk menuju akhirat, atau khususnya ke suatu tempat yang RAHMAT Allah SWT tersangat.. sangatlah luas... Maha luas... Subhanallah. 

Saya dok renung, dalam kita bersiap sedia untuk hidup di akhirat tu, di DUNIA ni, Subhanallah, bukan suatu yang mudah... Hmm... tak mudah sebenarnya. Lebih lagi kalau buat kerja sorang-sorang. Bila sorang-sorang tu rasanya, teman rapat yang dok berbisik-bisik dalam hati ni tentulah 'syaitan'. Syaitan kan berjalan dalam urat darah kita... A'uzubillahiminassyaitanirrajim...

Dan sebab tulah, kena ada teman sesama kita, kawan, saudara - berukhwah. Bila kita macam berat ke arah godaan syaitan laknatullah... maka bolehlah kawan kita, saudara kita pegang tangan kita, heret balik ke pangkal jalan... Dan jangan pentingkan diri sendiri... kawan kita pon macam kita, dia pon risiko nak jatuh ke arah godaan syaitan sama dengan kita... Jadi kita boleh pegang balik tangan dia...heret balik ke jalan yang benar... kan?

Jadi... Allahualam, PENTING jugak Ukhwah fillah ni... sangat penting. Sebab tu juga kita kena sayang kat kawan kita... kalau dia nampak macam jauh dari landasan, lagi kita kena sayang kat dia... Lagi kita kena pegang dia kuat-kuat dan jangan lepas... ikat tangan dia kat tangan kita. Kadang-kadang, ada kawan kita macam orang yang tak tahu berenang jatuh dalam air dalam, meronta-ronta untuk selamatkan diri, bila kita pegang dia..dia panjat atas kita... kalau kita tak pegang dia kuat-kuat, dia akan terlepas dan mungkin hayut dan tenggelam, hilang tak timbul dah.... Jadi kita tak boleh GIVE UP... kalau dia meronta dengan kuat pon. 

Selain dari itu, kita tak tahu, walaupon kita pandai berenang, kita terjatuh ke dalam sungai yang arusnya kuat sangat... Masa tu kita sangat perlukan kawan kita tak GIVE UP atas kita, pegang kita kuat-kuat.... bawak kita ke tebing dan naik semula atas daratan...

hmmm... Allahualam. 

Lagi ramai sahabat fillah kita, ringan sikit beban kita nak buat persiapan ke seberang sana... Kalau ada kumpulan, macam rakit atau pelampong-pelampong yang saling bertaut, kita seberang kut.... kan?? Dan pastinya Allah SWT akan bantu setiap dari kita atas doa dan salam sahabat, kawan kita... 

Kalau suami macam saya, isteri saya lah badi-badi yang saya bergantung dan yang saya pegang untuk sama-sama mengharungi kehidupan dunia ni... yang susah dengan pelbagai perhiasan duit, rumah, kereta, perabot itu ini, gadget itu ini.... hahahha... so kalau si isteri, suami lah badi-badi dia... Tu yang suami isteri ni kena Ukhwah Fillah lagi hebat... bukan dok saling nak tunjuk sapa lagi hebat... kan?

Tapi, setiap dari kita adalah bersaudara... harap kita semua berukhwah fillah sebenar-benar ukhwah... baru sama-sama kuat, bukan? Salam ukhwah semua :D

Allahuakbar.. Allahualam...

7 comments:

  1. perkataan ukhwah fillah tu dari perkataan arab ke?

    ReplyDelete
  2. HablumminAllah dan hablumminanNas lebih kurang begitulah. Hubungan kita dgn Allah hubungan mudah utk diuruskan asal saja tinggalkan segala larangan dan buat yg diperintah. Tapi sesama manusia kena berhati-hati. Salah 'pijak' atau 'lidah ' boleh terlerai ukhuwah. Mahu sendirian tak mungkin sebab bila mati pun kita perlukan org lain utk menguruskannya.. Apa lagi dgn penulisan alam maya, nak mohon maaf belum tentu dimaafkan...

    ReplyDelete
  3. saya suka konsep jaring, tangkap ikan guna jaring mesti banyak dapat, begitulah kalau kita bekerjasama dan menjaga ukhwah

    Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah fillah uncle wafa!
    hehe gituu

    ReplyDelete
  5. ukhwah fiillah dua prktaan yg sngt dlm maksdnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...