Dec 18, 2014

Masak Tumis Sawi Sempoi

Bismillahirrahmanirrahim... 
Entri ni actually lanjutan dari kursus masak untuk anak teruna saya yang baru habis SPM. Untuk pelajaran hari ni saya suruh dia buat Masak Tumis Sawi (ala en. wafa). Masak Tumis Sawi ni atau Tumis Air Sawi adalah masakan sayur yang paling senang - senang bangat bangat, cepat dan jimat/murah. Bagi saya, wajib untuk seseorang tu BOLEH masak tumis sawi ni. Ia juga salah satu masakan dalam Menu Orang Bujang selain dari Telur Dadar :D.

Di sini, seperti entri Bagaimana Nak Goreng Ikan Temenung saya dulu, saya akan tunjukkan dengan detail atau terperinci - so kalau ada sesiapa yang tak pernah masak sekali pun dalam seumur hidup dia, dan tetiba rasa nak cuba (ya, saya galakkan untuk cuba terus), guide yang saya sediakan kat sini ni akan membuatkan percubaan pertama itu berjaya dengan cemerlang huhuhu.. :D. Kena confident - jangan takut nak masak ya.. BUAT jerrr...

Nota : Entri ni adalah bagi mereka yang level NOVICE atau 'dummies' - jadi kepada yang PRO, jangan gelak yer... :)


Bahan-bahan Untuk Masak Tumis Sayur Sawi

Ya, insyaAllah.. yang pertama sekali yang diperlukan ialah of course, sayur Sawi tu lah. Biasa saya beli sawi ni, seikat RM1.00 dan cukup untuk sehidangan  3 orang makan (bergantung kepada tahap 'gila sayur' orang tu lah....). Sebenarnya, saya sorang boleh perabih seikat tu dengan 2 kali makan jer. Kalau beli di Giant, seikat RM2.00 kebiasaannya...

Di sini, saya tunjuk untuk buat sekali makan... iaitu setengah ikat Sawi...

Sayur Sawi untuk Masak Tumis Sawi




Bahan seterusnya adalah Bawang Merah - 1 biji (bergantung kepada saiz, kalau kecik - gunalah 2 biji) dan Bawang Putih / Garlic - 3 atau 4 ulas (bergantung kepada citarasa - kalau suka garlic, bubuh banyak, kalau tak suka, cukaup dengan 2 ulas jer...). 

Bawang dan Garlic / Bawang Putih untuk Masak Tumis Sawi




Bahan ke-3 adalah Perencah Masakan.


Saya guna Perencah Masakan HILAL. Kalau nak sedap lagi, boleh guna " Kiub Pati Ayam Maggi "... 
Hari ni kebetulan kiub pati ayam tu dah habis :D

Gambar dari Mr Google

Selain dari bahan-bahan di atas, kenalah ada Minyak Masak (2 camca makan) dan 2 cawan Air.

Jangan lupa sedikit Garam...  dan kuali atau periuk kecil... :D



Menyediakan dan Memasak Masak Tumis Sayur Sawi


Pertama :
Baca Bismillahirrahmanirrahim - untuk mendapatkan keberkatan dalam buat kerja kita (memasak). Nabi SAW ada pernah sebut bahawa kalau tak baca 'Bismillah..' untuk mula buat sesuatu, perbuatan atau kerja kita itu dianggap cacat. Jadi jangan lupa baca Bismillah... 

Potong sayur Sawi (daun dan batang). Basuh bersih-bersih, buang pasir-pasir terlekat. Basuh dua tiga kali kemudian BILAS sayur sawi tersebut. Bilas pun penting masa membasuh sayur atau apa-apa yang kita nak makan... supaya ianya "SUCI"...  Kalau BERSIH atau CUCI saja tak cukup bagi kita orang Islam... kena ada SUCI.

Kedua :
Kupas Bawang Merah dan Bawang Putih - basuh dan bilas. Setelah itu, hiris bawang merah nipis-nipis. 

Bawang putih tu... ketuk ajer.

Anak teruna belajar masak

Ketiga :
Ambil kuali atau periuk kecil, letak atas dapur dan masukkan 2 camca makan Minyak Masak tadi. Panaskan minyak tersebut...


Amaran : Pastikan kuali/periuk betul-betul kering sebelum masukkan minyak masak untuk dipanaskan. Jangan ada titisan air dalam kuali/periuk sebab jika bercampur dengan minyak, minyak akan meletup bila dipanaskan dan boleh terpercik ke tangan atau muka! AWAS!

Bila minyak dah agak panas (dalam dua atau tiga minit dipanaskan), masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali. Proses ini yang dikatakan sebagai MENUMIS (tumis). 

Kacau sikit sikit dan biarkan hingga tumisan mengeluarkan bau atau aroma yang wangi dan bawang jadi layu. Biasanya dalam seminit dua gitu... Jangan lama sangat, takut bawang tu hangit.



Keempat :
Bila dah layu bawang tu, masukkan air perlahan-lahan. Berhati-hati supaya tidak terpercik keluar.


Lepas masukkan air, bolehlah masukkan 1 camca Perencah Masakan HILAL tadi... atau satu kiub pati ayam Maggi, dan biarkan sehingga mendidih.



Kelima :
Bila dah mendidih... bolehlah masukkan sayur Sawi yang dah dipotong tadi...


Kacau atau gaul hingga tenggelam atau rata sayur Sawi tadi. Biarkan dalam seminit dua lagi. 

Ambil camca dan cedok kuah Masak Sayur Tumis Sawi ni dan rasa tahap kemasinannya, kalau rasa TAWAR... boleh tambah secubit garam. Ikut citarasa masing-masing lah... Biasanya, kalau guna pati ayam Maggi - dengan air dua cawan, tak perlu dah tambah garam sebab dia dah masin dah... kalau air banyak mungkin kena tambah sedikit garam secukup rasa, sesuai rasa...

Secubit Garam - lebih kurang banyak tu lah garam atas camca TEH.

Kalau nak rangup, agak-agak dah rata, terus tutup api. Jangan biarkan lama sangat (lebih dari 3 - 4 minit, nanti layu terus Sawi tadi... 


Sekarang, baru boleh tutup api dapur dan sedia untuk dihidang! :D  Siaaapp!!!...

Senang saja bukan?

Alhamdulillah, selesai juga masak sayur sawi ni.

Semua proses di atas dilakukan oleh anak teruna saya... Saya tukang ambik gambor ajer. So, tahniah Ahmad Ghazali Wafa... anda berjaya memasak Masak Tumis Sayur Sawi.





---------------
Ringkasan :

Bahan-bahan yang diperlukan
  • 1/2  ikat Sayur Sawi 
  • 1 Bawang Merah
  • 3 atau 4 ulas Bawang Putih
  • 2 camca makan Minyak Masak
  • 2 cawan air
  • Sedikit Garam (secubit saja)
  • 1 atau 2 camca makan  Perencah Makanan HILAL (atau 1 kiub pati ayam Maggi)

Step by Step Masak Tumis Sayur Sawi

1.   Potong Sawi, basuh dan toskan
2.   Hiris Bawang Merah dan Bawang Putih (boleh ketuk saja)
3.   Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga keluar bau wangi dan bawang layu...
4.   Masukkan air, perencah masakan HILAL atau kiub pati ayam dan biarkan mendidih
5.   Setelah mendidih, masukkan sayur sawi, gaul dan biarkan dalam seminit dua. Tambah garam jika perlu.
6.   Tutup api dapur selepas dua atau tiga minit, dan sayur sedia untuk dihidang.


--------------

4 comments:

  1. Hihi... kakak ni bukan ketawakan masakan tu tapi ketawakan anak bujang belajar masak.
    Good! memang dah masa kena belajar sebab kalau duduk U nanti tahun pertama aje boleh duduk asrama. Tahun dua kena duduk luar biasanyalah... jadi sikit-sikit kena pandai masak tau anak ye:)

    ReplyDelete
  2. Salam tuan wafa... sedap sawi tumis tu

    ReplyDelete
  3. ADOI SEDAP NYAAAAAA UNCLE WHY SO TEMPTING AH THIS SAYUR EHEHEHHE

    ReplyDelete
  4. kalau saya tumis sawi ni panggl sup sayur je. Sll nya tmbah ikan bilis cikit tuk perasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...