Bismillahirrahminrrahim...
Subhanallah... cepatnya masa berlalu... sekarang dah nak masuk bulan Mac 2015 - lagi beberapa hari saja. Umur semakin meningkat -- bila umur dah masuk 4 siri ni, terasa macam banyak benda jadi samar-samar. helaian rambut pun tidak sehitam dulu dan warna putih atau grey semakin ketara.. hahaha.. Tapi yang pasti, setiap minit, jam dan hari semakin cepat berlalu... Rasa macam tak cukup jer masa yang ada setiap hari.
bersiap-siap hendak ke sekolah |
Agaknya tu la tanda yang menunjukkan 'kesibukan'? Atau kata lainnya, banyaknya benda nak buat tapi macam tak cukup je masa.
Walau apa pun, Alhamdulillah... Subhanallah, syukur... Allah SWT masih belum menarik nikmat kesihatan, yang mungkin juga sebab tu masih dok menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Ya... Alhamdulillah, permohonan saya untuk berkhidmat di sebuah sekolah di Alor Setar ni iaitu Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) diterima oleh pihak pentadbiran atau Lembaga Sekolah dengan memberi saya peluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris - bermula dari bulan Januari 2015 ini. Sejak dari itu lah, saya mula membuat persiapan dan perancangan pengajaran beserta aktiviti yang sepatutnya untuk pelajar-pelajar SEMESTI dan sekolah tersebut.
SM Sains Tahfiz Alor Setar |
Oleh kerana dah lama meninggalkan pekerjaan mengajar dan mendidik ni, banyak perkara yang perlu saya buat macam baru mula mengajar dulu. Harapkan semangat yang kuat untuk melihat generasi anak-anak ini berjaya dengan cemerlang serta menjadi seorang yang berguna juga diberkati Allah SWT suatu hari nanti, pelbagai perkara dirancang dan akan dilakukan.. Mohon Allah SWT mengambil kira pekerjaan yang dilakukan sebagai amalan yang diberi ganjaran pahala dan diredhai.
Well... walaupun sibuk, hari-hari penuh dengan kegembiraan dan keriangan.... puas :D
Dan masa yang ada untuk blog ni juga menjadi terhad... hahaha.... Tapi oleh kerana rasa sayang yang masih tebal kepada blog ni... insyaAllah, ianya tak akan diabaikan... cuma mungkin tidak lagi seaktif seperti sebelum ini. Diharap, blog ini akan menjadi teman sehingga ke akhir hayat.... insyaAllah...
sempat breakfast dengan Sulaiman dulu sebelum ke sekolah |
Assalamualaikum, tuan wafa... saya rindukan penulisan tuan
ReplyDeleteWa'alaikum Salam wbr... hahahaha tn zamizi... x ada apa yg menarik sngt dalam penulisan saya... lebih kepada cerita syiok sendiri untuk jenguk-jenguk balik ke depan ke depan nung kut... hahahaha.... btw terima kasih kerana masih jenguk-jenguk ke sini... secara x langsung, ukhuwwah dapat dipanjangkan... :) InsyaAllah...
Deletedah lama noe tak kunjung ke sini...dulu pun rasanya wafa lama menyepi....tahniah wafa....menjadi pendidik semula....
ReplyDeleteterima kasih, sudi sudi jenguk... ya, dulu sebab laptop yg digunakan tu rosak... semua data ada dalam tu tak boleh nak access, kena buat lain...password dan sebagainya. Alhamdulillah, sekarang ada laptop yg diberi pinjam sahabat... sementara nak dapatkan yang baru. :D
DeleteInsyaAllah x lama lagi wafa dapat yg baru...lg canggih :)
DeleteAssalam wafa,
ReplyDeleteselamat kembali kedunia blogging..tahniah menjadi pendidik semula..
Wa'alaikum Salam Bunda... :D
DeleteInsha Allah, cuba juga aktifkan blog ni... cuma buat masa terdekat ni agak sibuk dgn kerja-kerja pengurusan di sekolah... dan Alhamdulillah dapat kembali berbakti untuk anak bangsa... semoga menjadi saham di akhirat :D
Baarakallahu fik :)
Tahniah..... siapa berusaha akan berjaya Focus on what will be getting later.... 💪💪💪👍❤️ ✔️💯
ReplyDeleteSalam hujung minggu wafa..
ReplyDeletelama kite tak singgah sini :)
ReplyDeleteselamat mengajar..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. kaifahaluka?
ReplyDeleteLama betul kakak tak membaca N3 di sini.
Moga sihat-sihat dan terus cemerlang bersama anak-anak didik.
assalamualaikum cikgu trunks .. haha ..
ReplyDeletetahniah cikgu .. kembali jd pendidik ..
ingatkan cikgu dah bersara terus dari dunia pendidikan walaupun belum sampai masanya lg ..
anyway, kalau free nanti kita jumpa .. sembang² .. lama gak x jumpa cikgu ..