Jul 14, 2021

Jadi Youtuber Beginner Dengan Video Projek Sekolah Anak

Bismillahirrahmanirrahim...


Dua hari dah boleh lah dikatakan, atau bergelar Youtuber la kut haha... sebab upload video projek sains sekolah anak saya Ahmad Sulaiman Wafa ke Youtube Channel ... haha. Copy link dia, pastu hantar link ke Google Classroom assignment matapelajaran Sains dia. Bukan main seronok lagi si Sulaiman. "Kita dah jadi Youtuber!!! Wow... macam Syafiq Aiman... " sambil tersengih lebar. Mata dia yang dah bulat tu semakin bulat. Punya lah seronok dia.

Tengok dia seronok macam tu, saya tumpang seronok untuk dia. 

Cerita bab jadi Youtuber ni, dari tahun lepas lagi, nak pulak bila PKP tak boleh pergi sekolah. Awal-awal dulu sementara cikgu-cikgu masih terkontang-kanting dengan kaedah mengajar secara online atau Online PDPR, kebanyakan masa di rumah, dia dan adik dia yang masih di sekolah rendah, kerja tengok You Tube saja. Dari situ saya mula dengar nama Syafiq Aiman, idola dua beradik tu. 

Awal tahun hari tu, apabila semua anak-anak sibuk dengan kelas online melalui Google Meet la, Zoom la... yang amik kursus di UiTM cara kelas online budak U, yang dua orang ni - sejak guru-guru depa dah pandai GC la, Telegram Chat Live la...GM la... dah jadi sibuk semua. Kerja-kerja sekolah pun bertimbun-timbun... Dan saya pun tak pasal-pasal kena campur tangan beri bantuan kepada emaknya yang sangat prihatin hahaha. 

Jadi oleh kerana Ahmad Sulaiman ni dah tahun 6, bermacam-macam lah kerja dan tugasan yang diberikan. Sekali fikir, hebat sungguh komitmen guru-guru dia untuk pastikan pelajar-pelajar mereka dapat belajar seperti yang sepatutnya. Allahu... semoga Allah swt membalas usaha dan penat lelah mereka dengan ganjaran yang besar. Dan.. ya lah... abah dia terpaksalah bantu apa yang patut. 

Contohnya, tugasan Sains yang perlukan rakaman video pelajar melakukan aktiviti seperti dalam tugasan. Dah rakam video, takkan rakam macam tu saja kan, mestilah rakam elok-elok... dan untuk jadikan video presentation yang elok, kenalah edit video tu kan... Nah... buatlah editing. Dok tengah buat editing, tiba-tiba mai idea... alang-alang buat video, baik buat untuk upload ke Youtube... tu yang akhirnya jadi video Youtube.. hahaha..



Nak proses video tu especially bila tak ada pengalaman ni... edit sambil belajar kat Youtube... woo... teruk jugak lah... Ambil masa tiga-empat hari jugaklah...hahaha, tapi hanya boleh buat waktu tengahari hingga asar dan lepas isya sampai tengah malam jer yang waktu lapang pun.

Cuma, walaupun penat, tapi bila tengok anak seronok..kita pun seronok sama. Alhamdulillah... dia pun semakin bersemangat untuk siapkan tugasan-tugasan yang diberi. Setakat kemarin ni, macam-macam idea dia share untuk buat sama-sama. Aku dengar jer dia cerita idea-idea dia... fuh. Tak apa lah nak, asal kan bahagia :D


Ini adalah video Youtube dia... Kalau ada masa, klik dan tonton lah. Oleh kerana kami dah jadi Youtber Beginner atau BYBNU (Budak Youtuber Baru Nak Up) boleh lah support dengan klik like dan subscribe... sebab rasanya... macam-macam lagi video yang kena buat dengan budak Sulaiman ni... hahaha.



P/S: Siap suruh beli lampu penggambaran dengan mikrofon kecik bagai dah ni... hahaha


Wallahualam bissawab.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...