Red Bull Energy Drink - My Favourite | Minuman Red Bull (Energy Drink) - Minuman Tenaga No.1 di Malaysia! Actually saya baru perasan jer yang dia ni minuman tenaga no.1 di Malaysia - mengikut apa yang dia orang 'claim' lah kan... Tapi sebenar-benarnya, memang my favourite energy drink ialah Red Bull. Saya tak ingat dah bila mula-mula saya start minum Red Bull, cuma yang saya ingat, saya beli sebab nak cuba lepas tengok iklan Red Bull yang agak 'Gempaq' dengan logo dia pun yang 'Gempaq' jugak kat majalah - lama dah dalam lingkungan tahun 2000 atau 2001 dulu lagi...
Lepas saya cuba kali pertama tu lah, saya asyik beli Red Bull... pernah beli satu 'carton' terus tiap kali beli pun ada... Red Bull, sekarang ada 3 jenis kut yang saya perasan, Red Bull Gold ni... yang saya biasa beli, lepas tu Red Bull tin kelabu tu - rasanya less sugar kut (pernah beli sekali jer tapi tak sedap bagi saya, so tak tahu sangat), dan akhir-akhir ni (tapi agak lama jugak nampak) Red Bull tin panjang tu. Saya biasa beli dan minum yang dalam tin, kalau yang dalam botol tu sikit sangat... habis sebotol masih tak puas rasa kat mulut hahahahaha...
Dulu ni, tulisan kat tin Red Bull tu semua tulisan siam... cuak jugak nak minum takut tak halal, cuma ramai kawan-kawan ustaz-ustaz pun dok minum, so saya berpandu kepada mereka lah. Tak ingat logo halal ada ke tak kat tin tu dulu...tapi sekarang tulisan dah dalam Bahasa Inggeris walaupun made in Thailand, dan ada logo HALAL lagi...
Logo HALAL tu memang diiktiraf lah... saya biasa tengok sebab kerap dan memang selalu jugak beli barang-barang made in Thailand.
Tapi sekarang ni, saya tertarik dengan Red Bull yang tin panjang ni. Dulu masa tengok tin Red Bull panjang tu memang nak beli dah, nak try rasa macamana... dan nak tahu apa beza dengan Red Bull Gold tu tapi bila tengok harga sampai RM10.00, tak jadi beli lah... rasa macam tak berbaloi nak minum setakat 250ml tu dengan harga RM10... hahahahaha... So, baru-baru ni terperasan kat 'petrol station' simpang masuk ke kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang ada offer satu tin RM5 saja, apa lagi ... terus beli lah. Dah lah lama dah TERINGIN nak cuba...
Apa beza Red Bull Gold dengan Red Bull tin panjang tu?
Lepas dah beli, dan terus minum dulu, baru belek-belek tin dia, rupa-rupanya Red Bull tin panjang tu Europe Edition - dan dikeluarkan pun di Austria...
'Gayat' sungguh saya... atau bahasa biasa kita dengar, orang kata 'jakun'.. (no offense yer)... so kepada sesiapa yang dah tahu tu nak gealk kat saya, gelak lah puas-puas... huhuhu...
Ni nak habaq pun supaya ada yang tak tahu tu... jadi tahu so tak lah jadi 'jakun' macam saya ehehehe...
Satu lagi dia ada add 'taurine' di samping segala macam content vitamin yang power-power...
Apa itu 'Taurine", check SINI...
So, dari segi rasa antara Red Bull Gold dan Red Bull Product of Europe ni... honestly, dari pandangan saya... lagi best yang Europe ni...
Rasa macamana?
OK... seriously, Red Bull Gold, pada saya... rasa dia tak sama macam rasa energy drink yang lain... you all know lah kan apa energy drink yang lain tu... Actually, to me, dia agak mild (kalau compare dengan energy drink yang lain sejenis dengan nya lah... tak compare dengan yang berkarbonat yer...), cuma nya... bagi saya, dia sangat manis... (lebih sweetened), tapi tak se - sweet yang lain sebab ada satu tu saya minum, dia punya manis sampai berdiri bulu tengkok dengan bulu telinga...
Manakala Red Bull Europe ni, less sweet... kurang sikit... ngam-ngam... so sebab tu dia sedap. And dia ada rasa masam...tapi tak lah terlalu masam... pon ngam-ngam... so, rasa dia very pleasant... nice... sedap...
Jadi, bagi saya Red Bull Europe ni sedap dalam 50% extra dari Red Bull Gold.
Tapi tu lah... Harga tu yang tak tahan tu... benda import dari jauh kan?... So, kalau nak minum saja-saja tu, tak gamak lah pulak... Tu pun harga asal kat petrol kiosk tu RM7, bukan RM10 seperti yang saya pernah tengok kat kedai lain... Kalau kat TESCO ker, 7-11 atau Giant ker tak tahu lah.. tak pernah belek betul-betul...
Dan yang Red Bull Europe ni pon ada logo HALAL yang sah dan diiktiraf ...
Red Bull memang Energy Drink
Actually, masa saya start minum Red Bull asal dulu ni, saya, pada msa tu seorang Jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) disamping seorang guru lah... Saya banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum KRS seperti organiza dan mengajar aktiviti perkhemahan, kawad kaki dan ketahanan fizikal dan mental (lasak)... Bila ada kem, kadang-kadang sebagai jurulatih dan Kem komandan... malam-malam tidur dah dekat pukul 3 pagi, bangun pulak sebelum Subuh, tengah sejuk embun lagi dah bangun dah... jadi tidur ni, dalam dua jam - tiga jam jer setiap hari, untuk 7 hari...
Jadi, memang banyak guna tenaga... badan mudah letih bahkan lama-kelamaan akan lesu...
So, selain dari makan vitamin secukupnya... saya akan minum Red Bull, setiap pagi for breakfast...
Vitamin ni, kadang-kadang dia bagi fast effect jugak, tapi BIASANYA... agak slow... atau biasa jerlah... macam kita makan makanan lain lah... kesan dia a long process atau normal untuk badan. Tapi, energy drink ni... dia akan bagi fast effect atau serta merta... So, lepas minum Red Bull, biasanya saya tak akan lesu seharian. Letih memang ada... bila buat kerja guna fizikal seperti hiking semua tu akan letih...tapi dengan tidur yang tak cukup, kalau tak minum energy drink, dalam pukul 10 pagi, saya akan mengantuk dan letih yang amat... pernah dozed off tepi padang kawad sambil duduk menyandar bawah pokok... atau kalau tak pun, lepas minum petang, masa sembahyang Asar tu, badan jadi lesu... Macam malas nak bergerak ke mana-mana dan rasa macam nak letak kepala atas bantal jer...
Dengan minum Red Bull, saya tak alami rasa lesu tu... dan bila tidur dalam sejam atau dua jam, saya rasa macam dah puas tidur...kalau letih sangat lah...
Itulah cerita bagaimana saya boleh amalkan Red Bull setiap pagi... setin cukuplah...
Pernah minum dua atau tiga tin sehari... tetapi, sebenarnya, akan beri kesan kurang baik pada badan... saya akan jadi lalu makan yang amat, selain dari ketagih... atau lebih sesuai guna perkataan 'crave'... yang menyebabkan berat badan naik mendadak... walaupun dah burn calories beribu-riban...
So, pada pendapat saya, kalau sesiapa yang jenis buat kerja berat guna tenaga fizikal, atau guna mental dan tak cukup tidur... cuba lah try minum Red Bull pada waktu pagi before taking your breakfast.
You will see the difference di mana dalam pukul 10 atau 11 pagi tu tak rasa mengantuk... atau you will feel bertenaga atau masih aktif walaupun dah pukul 3 atau 4 petang...
Mungkin sebab tu, ramai orang minum Red Bull bila nak drive... Saya pun kalau drive jauh-jauh mesti spare setin dua dalam kereta... minum sikit-sikit... tak lah perabih terus setin...lepas tu tak lama tu minum pulak setin... bahaya... for me ...ia tak elok macam tu, why? I don't know exactly tapi, saya tak buat macam tu...
Macamana Red Bull ni bagi tenaga fast effect?
Ok... actually, dari apa yang saya faham... basically sebab content dia ada most of the essential Vitamin B... B3, B5, B6, B12 atau biasa jugak orang panggil B-Complex. Lagi dia ada Choline dan Lysine... Vitamin-vitamin ni (kalau ikut research) dia pemangkin kepada zat-zat makanan yang kita makan dan bila ada cukup vitamin tersebut, sistem badan kita berfungsi dengan baik kalau tak optimum pun... Selain dari tu, ada sedikit carbo dan sucrose lah..yang mana kita tahu menghasilkan tenaga untuk badan kita...
SO to me, kandungan dia lengkap dan sesuai untuk fungsi sistem badan dan pemakanan... Kalau nak tahu lebih detail..kena lah baca buku Biology ker atau Google lah fungsi-fungsi vitamin yang ada... atau boleh check jkat mana-mana blog Shaklee Independent Distributor yang ada maklumat banyak dan references... Saya dapati, boleh lah dikatakan independent distributors Shaklee punya blog tu ada maklumat yang Ok, maksudnya based on reference... bukan ikut suka jer bubuh maklumat huhuhu...
Dan sebab content dia macam tu lah, maka dia tak sesuai untuk diamalkan macam minuman biasa... Sebab kita pon dah makan makanan lain yang ada dah pelbagai zat, termasuk juga makanan yang ada kandungan yang bahaya seperti lemak dan sebagainya.
Tapi kena ingat jugak, tak semua orang akan mengalami kesan yang sama seperti yang saya cerita... majoriti will, insyaAllah... sebab setiap orang berbeza-beza situasi tubuh badan... Ada yang ada diabetes mile... ada yang lemak lebih... ada yang lemak kurang... ada yang gaam lebih dan sebagainya...Benda-benda tu semua affect, vitamin dan zat makanan yang kita makan, serta cara fungsi tubuh kita bekerja (minimum or maksimum atau tak effect langsung)...
Kesimpulan
Kesimpulan dari cerita saya yang panjang lebar dan 'ikut suka hati aku' ni, yang 'macam bagus jer'... adalah sebenarnya... Red Bull Energy Drink is my favourite energy drink... tak payah cerita 'tongkat ali' ker...'madu' ker dalam energy drink tu... aku cukup ngam dengan Red Bul hahahahahaha....
Tapi yang pasti jugak kan... tentulah RAMAI yang suka Red Bull jugak, sebab Red Bull claim dia No.1 Energy Drink in Malaysia... ker macamana?
Ada yang tak suka? Ada yang tak pernah cuba? Kalau tak pernah cuba... CUBA LAH... :D
Dan dia bukan untuk diminum selalu.. cuma bila kena buat kerja yang memenatkan atau perlu tidur sejam dua jer sehari...
Wokeh... sekian dulu, terima kasih layan cerita ni... dan 'wa caya sama lu' kat sapa yang baca entri ni word by word hohohoho... hampa memang crazy like me... whoahahahaaha...
Wassalam...
Disclaimer:
Sebarang maklumat dalam entri ini adalah pendapat penulis semata-mata dan dah cuba bagi maklumat yang paling tepat untuk masa la ni. Maklumat dalam entri ni bukan untuk diagnose apa-apa masalah cuma sekadar pendapat peribadi, hasil dari pengalaman penulis. Sila, dapatkan nasihat pakar pemakanan atau pihak berkuasa untuk maklumat yang sebenar-benar tepat. Sekiranya terdapat sebarang liability hasil dari mengikut padangan atau cadangan dari entri ini, penulis tidak BOLEH dipertanggungjawabkan. Dan apa-apa saja lah yang boleh digunakan dalam mahkmah 'against' penulis hehehehe... Tak reti nak tulis disclaimer yang tepat whohahaha...
P/s : Oh ya... sekarang ni ada CONTEST hebat Red Bull... (Red Bull memang kerap buat contest)... .. Prize disediakan up to amount RM100,000.00!!!
Saya nak sangat Baju Red Bull sebenarnya... kalau dapat keychain silver dia tu pun OK jugak... huhuhu... minat sungguh!
Assalammualaikum... wafacw,
ReplyDeletenice entry... bagus entry nie.. banyak informasi kat sini.
mselim3
Walaikum salam... tq mselim3 :D... and btw, saya tak sabar nak baca tip CPUV Nuffnang... bila nak terbit tak tahulah?.. :D huhuhu...
DeleteOh... kiranya bukan N3 sebarang N3. N3 utk merebut peluang 100K. Banyak tu!
ReplyDeleteGood luck Wafa. Tapi kesianlah kenapalah utk pasaran europe special lagi dari yg di tempat kita ni. Kesian kita hihi...
Hahahaha... bukan prize RM100K, the total amount of prize RM100K... 5 hadiah utama dia ... motosikal worth RM10K each... First prize 10 basikal worth RM2K ..kalau tak silap saya lah... huhuhu...
DeleteAbout kenapa product untuk Europe lagi best.. errr... actually saya tak perasan pulak bab tu... rasanya Red Bull ni bukan product Malaysia kut... cuma ada di pasaran kita... rasanya Red Bull ni produk thailand.. errrr tak pasti pulak!!!... hahahaha.... tapi of course kat belah Europe ni particular sikit bab-bab product yang ada unsur-unsur pharmaceutical ni... jadi dorang mesti buat special... sure siap dengan research semua cukup :D
Satu info yg menarik tetapi saya tak pernah minum red bull.. tak pernah merasa mana minuman isotonik... 3 bulan sekali barangkali minum air bergas.... pernah minum air rempah gunung dicampur dengan gula ..
ReplyDeleteair rempah gunung? bunyi macam menarik tu... air apa tu?
Deleteand btw... red bull bukan isotonik drink or bergas... :)
rempah gunung sejenis tumbuhan herba seperti juga pokok tongkat ali... bezanya rempah gunung ini bau dan rasanya seperti sarsi ... sama rasa dengan pokok teja lawang daun pun coraknya hampir sama cuma daun rempah gunung ini lebih besar sedikit... boleh dijumpai di hutan-hutan dara di semenanjung malaysia.. sekarang ni semakin sukar untuk didapati...
Deletemenarik tu...kalau ada peluang ambil gambar (kalau terjumpa) sila buat entri yer :D
Deleteada jugak beli sekali.. tapi yang kaler gold tu
ReplyDelete:D yg kaler biru silver tu mahal sikit :)
DeleteNever try Red Bull before.
ReplyDeletesaya nak tanya , dekat mana ada jual t shirt redbull tulisan Thailand ?
ReplyDeleteassalamualaikum wbk... sdr mohd shafiz, tu soalan cepumas tu :D, sebenarnya saya tak dapat nak jawab soalan tu sebab saya tak tahu :)
DeleteMemanhg sehari setin la ya? Tak bahaya ke ya kalau selalu consume?
ReplyDelete