Mar 27, 2021

Ulam-ulaman Cekur, Selasih Dan Bebuas - Penambah Selera Makan

Ulam Cekur, Selasih dan Bebuas

Bila selera makan berkurangan, tidak lain dan tidak bukan, terus pergi jenguk kebun mini tepi rumah cari ulam Cekur, daun Selasih pucuk Bebuas. Biasanya, dengan daun Selasih ni saja dah cukup untuk jadikan penambah selera makan, tetapi bila tengok ranting Bebuas dah panjang, lama tak di pangkas, terus kutip daun Bebuas ni sekali. Lepas tu, nampak pula Cekur dah gemuk-gemuk dan dah berhimpit dalam bekas air lama, terus jugak kutis dalam 20 helai. Tahu-tahu tengok dah penuh semangkuk nasi dah pulak ulam-ulaman yang dikutip tengahari tadi. 

Mar 25, 2021

Belimbing Buluh Jeruk Lebih Sedap Dari Jeruk Cermai

Jeruk Belimbing Buluh

Alhamdulillah, lepas dua hari proses pertama buat jeruk belimbing buluh iaitu simpan dalam peti ais, saya keluarkan untuk rasa. Ini kali pertama buat jeruk belimbing buluh. Sebelum ni biasa buat jeruk cermai dengan jeruk mempelam. Lepas tengok ramai yang cerita tentang jeruk belimbing buluh, di mana kebetulan saya ada sepohon pokok belimbing buluh ni, teringin nak tahu macamana rasa jeruk belimbing buluh. Ya lah... seperti yang ramai tahu, belimbing buluh ni, tahap masam dia, boleh menitiskan air mata dengan serta merta, sebaik sahaja air asam terpancut ketika gigitan pertama dalam mulut... aish, cerita saja dah berair mulut, terbayang masam dia macamana.

Mar 24, 2021

Akhirnya Hujan Yang Dinanti-nantikan di Alor Setar


Alhmdulillah... Syukur, akhirnya selepas berapa lama berpanas terik sehingga kering tanah dan rumput... tanda-tanda nak hujan mula kelihatan di Alor Setar ni. Kat luar tu cuaca dah mula mendung. Dua tiga hari lepas, ada juga hujan tetapi dua tiga saat jer...panas balik. Pagi tadi, hujan sikit..hanya sempat basah sikit simen depan rumah, mungkin tanda nak hujan banyak sikit hari ni... Alhamdulillah...

Mar 15, 2021

Buat Jeruk Belimbing Buluh

Buah Belimbing Buluh
Buah Belimbing Buluh
Semalam, semasa jenguk belakang rumah, ternampak pokok belimbing buluh yang berusia lebih 20 tahun sudah berbuah balik. Kali ni tak banyak buah seperti biasa. Mungkin dia merajuk sebab masa buah banyak sampai 20 ke 30 kilo, saya tak ambil dan biarkan luruh macam tu saja. Tetapi disebabkan beberapa minggu lepas terbaca tentang Jeruk Belimbing Buluh dalam 'posting' di facebook group - Berkebun Di Rumah (BDR) - saya rasa ni lah cara nak manfaatkan buah belimbing buluh dari pokok belakang rumah ni.