Mar 24, 2021

Akhirnya Hujan Yang Dinanti-nantikan di Alor Setar


Alhmdulillah... Syukur, akhirnya selepas berapa lama berpanas terik sehingga kering tanah dan rumput... tanda-tanda nak hujan mula kelihatan di Alor Setar ni. Kat luar tu cuaca dah mula mendung. Dua tiga hari lepas, ada juga hujan tetapi dua tiga saat jer...panas balik. Pagi tadi, hujan sikit..hanya sempat basah sikit simen depan rumah, mungkin tanda nak hujan banyak sikit hari ni... Alhamdulillah...

 

Sebulan dua ni, bil air tinggi sikit sebab dok menyiram pokok dua kali sehari... bukan setakat pokok, rumput karpet yang ditanam pun nak kena siram jugak. Tak nak siram kerap, kesian bila tengok semakin kering. 


Alhamdulillah... Sekarang ni, dok dengar guruh sayup-sayup...


Dah lama menunggu... harap hujan lebat sikit lah hari ni. 

2 comments:

  1. Replies
    1. haha tu la... adik sy di N9 pon cakap belah sana selalu hujan dah... tapi hujan kemarin ni, kat tempat sy, dalam 10 minit tak sampai... walau camanapun, Alhamdulillah... basah balik padang ngan tanah semua... :)

      Delete