Apr 22, 2020

Salam Ramadhan 1441 - Selamat Berpuasa (WW32)

Bismillahirragmanirrahim --

Salam Ramadhan

Marhaban!... Marhaban Ya Ramadhan 1441. Walaupun, Ramadhan tahun ini, disambut dalam tempoh PKP - Kehadiran Ramadhan adalah amat-amat ditunggu-tunggu.


Marhaban Ya Ramadhan


Kemeriahan secara umumnya tidak lah dirasai seperti tahun-tahun sebelum ini kerana semua tahu ibadah solat tarawih tidak akan dilakukan di masjid atau surau, namun pastinya para ibu-ibu tetap merasai kemeriahannya kerana sudahpun, merancang apakah menu-menu berbuka puasa pada hari pertama berpuasa nanti.

Bagi para bapa-bapa juga pastinya ada yang berdebar-debar menunggu kehadiran Ramadhan kali ini, dan merasakan kemeriahannya dengan melakukan persiapan yang sepatutnya untuk mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama ahli keluarga.

Namun terasa sedikit pilu bagi ibu-bapa atau keluarga yang anak-anak terkandas di IPT. Bagaimanalah keadaan berbuka puasa dan solat tarawih mereka. Adalah didoakan agar mereka sentiasa dalam perlindungan Allah jua dan dapat memeriahkan kedatangan Ramadhan kali ini, cara mereka sendiri.

Ibadah Puasa


Ibadah Puasa adalah WAJIB hukumnya, malah suruhan berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah sangat-sangat penting sehingga banyak tawaran-tawaran anugerah oleh Allah SWT kepada hambanya yang benar-benar mengambil peluang merebutnya.

Wajib berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib - sehingga BERDOSA sekiranya SENGAJA tidak berpuasa tanpa sebarang sebab mengikut syariah.

Dan suruhan ini, bukan perkara yang boleh di ambil lewa atau dipermain-mainkan...

Kali ini, dalam keadaan PKP, ujian puasa ini, banr-benar di antara kita dengan Allah - kerana tiada rakan-rakan sekerja bersama ketika berpuasa, tiada masyarakat sekeliling bersama ketika berpuasa, hanya kita dan Allah SWT semata-mata di ruang rumah atau dibilik. Begitu juga ibadah solat tarawih - hanya kita sahaja untuk menghidupkan malam Ramadhan.

Diharapkan saya dan keluarga sendiri serta seluruh umat muslimin di Malaysia khususnya (kita-kita semua) - masih melaksanakan suruhan ini dengan penuh keimanan, semoga Allah SWT melemparkan hidayah ke dalam hati kita - mempermudahkan urusan, mencampakkan takut dan gembira di dalam hati... serta berjaya sehingga tamat akademi iman dan ibadah untuk tahun ini dan kembali bersih seperti fitrah kejadian nanti.

SELAMAT MANJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENGHIDUPKAN MALAM-MALAM RAMADHAN



Akhir kata, kepada sahabat bloggers dan pengujung blog ini, mohon ampunkan lah dan maafkanlah  saya, penulis blog ini agar kita memasuki bulan Ramadhan dengan tiada halangan dosa yang tidak dimaafkan... Allahualam bissawab... Wabillahittaufiq wal hidayah.. wassalam wbk.

--
Photo Marhaban Ya Ramadhan : screenshot drpd video dari facebook - tak tahu sumber sebenar

25 comments:

  1. selamat berpuasa,semoga amalan kita di terima Allah.

    salam kenalan dari oohsenyum, oohsenyum dah follow blog ini. Berminta tak tukar link dengan oohsenyum macam bloglist.

    Jom...kalau berminat comment kat ye

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenalan oohsenyum! Selamat berpuasa juga... terima kasih singgah sini :D

      Delete
  2. Semoga Allah meneima amalan kamu dan kita semua.

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    selamat menyambut ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ya Yan.. and salam ramadhan kareem

      Delete
  4. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan.

    Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut ramadhan, semoga kita sama2 tabah menyambutnya meskipun tidak seperti tahun2 yang lalu. Jaga kesihatan, jaga diri.

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan cikgu..moga kita semua sihat untuk mengerja kan amal ibadat..

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan menunaikan ibadah puasa. Aamiin...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ramadhan kareem... tq for dropping by mia... :)

      Delete
  9. salam ramadhan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. Amin.salam Ramadan, moga Ramadan kalini membawa seribuu makna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...