Bismillahirrahmanirrahim --
Dalam mengerjakan ibadah puasa untuk mendapatkan ganjaran yang besar
ini, kadang-kadang kita boleh terlalai dari melakukan perkara-perkara yang
menyebabkan kita rugi serugi-ruginya. Ianya sangat-sangatlah berbahaya kerana
puasa kita hanya tinggal semata-mata lapar dan dahaga, sedangkan kita dah
bersungguh-sungguh berpuasa.
Apakah perkara yang mendatangkan kerugian ketika
kita seharusnya memperolehi ganjaran yang besar apabila kita bersungguh-sungguh
berpuasa?
Terlebih dahulu, jazakallahukhairan kathira kepada adik saya yang
bongsu Mohammad Fadzil kerana berkongsi peringatan ini di status whatsapp beliau.
Kita lihat screenshot status yang dikongsikan oleh beliau.
Puasa, tapi muflis – wana’u zubillahi min zaalik…
“TIDAK MENINGGALKAN PERBUATAN BURUK KEPADA SESAMA MANUSIA”
Subhanallah! Berikut antara perbuatan buruk yang mungkin kita tidak
sedar kita melakukannya – ataupun kita melakukannya kerana menganggap ianya
perkara yang remeh, atau sudah terbiasa…
- Memaki orang lain (mengata/mengumpat dsb)
- Menuduh orang lain tanpa usul periksa (memfitnah)
- Memakan harta orang lain (tanpa pengetahuan/dalam pengetahuan mereka) dan tidak diredhai oleh mereka
- Menumpahkan darah - mencederakan atau membunuh orang
- Memukul orang (menyakiti)
Jadi, bila kita berpuasa – pastikan kita fokus dalam MENGELAKKAN dari
melakukan perkara-perkara atau perbuatan tersebut.
Mesti kena SEDAR
... dan
sekiranya TER… berlaku perkara tersebut – Subhanallah! Cepat-cepatlah memohon
maaf kepada orang yang terlibat!
Berdosa dengan Allah SWT – kita boleh mohon keampunan dari Allah SWT
dan bertaubat, dan insyaAllah Allah SWT Maha Pengampun. Tetapi berdosa dengan
manusia – kita perlu memohon ampun dari orang itu.
Ia pastinya satu perkara
yang sangat sukar untuk dilakukan… lebih-lebih lagi sekiranya ia telah memberi
kesan atau mendatangkan akibat yang tidak elok!
Oleh yang demikian – adalah lebih
mudah atau sebaik-baiknya, ELAKKAN daripada perkara-perkara yang buruk tersebut
dilakukan ke atas orang lain (sesame manusia).
Entri ini adalah PERINGATAN KERAS kepada diri sendiri – dan nasihat
serta perkongsian beringat-ingat sesama sahabat dan rakan-rakan kenalan yang
dikasihi yang kita ingin sesama kita menghuni syurga Allah SWT di akhirat kelak…
Wallahualam bissawab – Allahummayassir walaa tu’assir, rabbi thammim
bil khair…
--
Diharamkan Allah 3 perkara keatas 3 perkara
ReplyDelete-mengambil nyawa seseorang
-mengambil harta seseorang
-mengaibkan seseorang,yakni menjaja aibnya..
ya betul betul
Deleteya Allah jauhilah sifat seumpama ini..terima kasih ingatan
ReplyDeleteperingatan utk diri sendiri juga
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Perkara macam ni kadangkala manusia ambil mudah je dan perlu sedar sebelum terlambat. Kalau tak sia sia je ibadah yang dibuat.
ReplyDeletesama-sama jaga sama-sama kita yang mahu... yg lain doakan semoga Allah mberi hidayah
Deletetrying my best to use all the time yang ada untk improve my ramadan this year.
ReplyDeletegreat ray!!! i meet many yang still take ramadhan for granted... as if it\s not important.. bless you...
Deletethank you so much ^^. May Allah bless you too.
DeleteMoga kita tak muflis...
ReplyDeleteAmin.
Selamat berpuasa....