Apr 28, 2020

Puasa : Perkara Mesti Tahu Supaya Tidak Rugi

Bismillahirrahmanirrahim --
puasa di bulan ramadhan
Dalam mengerjakan ibadah puasa untuk mendapatkan ganjaran yang besar ini, kadang-kadang kita boleh terlalai dari melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kita rugi serugi-ruginya. Ianya sangat-sangatlah berbahaya kerana puasa kita hanya tinggal semata-mata lapar dan dahaga, sedangkan kita dah bersungguh-sungguh berpuasa. 

Apakah perkara yang mendatangkan kerugian ketika kita seharusnya memperolehi ganjaran yang besar apabila kita bersungguh-sungguh berpuasa?


Terlebih dahulu, jazakallahukhairan kathira kepada adik saya yang bongsu Mohammad Fadzil kerana berkongsi peringatan ini di status whatsapp beliau. Kita lihat screenshot status yang dikongsikan oleh beliau.

puasa 1

  puasa 2

puasa 3

puasa 4

puasa 5


Puasa, tapi muflis – wana’u zubillahi min zaalik…


“TIDAK MENINGGALKAN PERBUATAN BURUK KEPADA SESAMA MANUSIA”

Subhanallah! Berikut antara perbuatan buruk yang mungkin kita tidak sedar kita melakukannya – ataupun kita melakukannya kerana menganggap ianya perkara yang remeh, atau sudah terbiasa…
  1. Memaki orang lain (mengata/mengumpat dsb)
  2. Menuduh orang lain tanpa usul periksa (memfitnah)
  3. Memakan harta orang lain (tanpa pengetahuan/dalam pengetahuan mereka) dan tidak diredhai oleh mereka
  4. Menumpahkan darah - mencederakan atau membunuh orang
  5. Memukul orang (menyakiti)


Jadi, bila kita berpuasa – pastikan kita fokus dalam MENGELAKKAN dari melakukan perkara-perkara atau perbuatan tersebut. 

Mesti kena SEDAR 


... dan sekiranya TER… berlaku perkara tersebut – Subhanallah! Cepat-cepatlah memohon maaf kepada orang yang terlibat!

Berdosa dengan Allah SWT – kita boleh mohon keampunan dari Allah SWT dan bertaubat, dan insyaAllah Allah SWT Maha Pengampun. Tetapi berdosa dengan manusia – kita perlu memohon ampun dari orang itu. 

Ia pastinya satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan… lebih-lebih lagi sekiranya ia telah memberi kesan atau mendatangkan akibat yang tidak elok! 

Oleh yang demikian – adalah lebih mudah atau sebaik-baiknya, ELAKKAN daripada perkara-perkara yang buruk tersebut dilakukan ke atas orang lain (sesame manusia).

Entri ini adalah PERINGATAN KERAS kepada diri sendiri – dan nasihat serta perkongsian beringat-ingat sesama sahabat dan rakan-rakan kenalan yang dikasihi yang kita ingin sesama kita menghuni syurga Allah SWT di akhirat kelak…

Wallahualam bissawab – Allahummayassir walaa tu’assir, rabbi thammim bil khair…

--

10 comments:

  1. Diharamkan Allah 3 perkara keatas 3 perkara
    -mengambil nyawa seseorang
    -mengambil harta seseorang
    -mengaibkan seseorang,yakni menjaja aibnya..

    ReplyDelete
  2. ya Allah jauhilah sifat seumpama ini..terima kasih ingatan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Perkara macam ni kadangkala manusia ambil mudah je dan perlu sedar sebelum terlambat. Kalau tak sia sia je ibadah yang dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama jaga sama-sama kita yang mahu... yg lain doakan semoga Allah mberi hidayah

      Delete
  4. trying my best to use all the time yang ada untk improve my ramadan this year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. great ray!!! i meet many yang still take ramadhan for granted... as if it\s not important.. bless you...

      Delete
    2. thank you so much ^^. May Allah bless you too.

      Delete
  5. Moga kita tak muflis...
    Amin.

    Selamat berpuasa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...