May 9, 2021

Cara Peram Buah Pelam Harum Manis

Bismillahirrahminarrahim


Alhamdulillah, baru-baru ni, dapat ilmu cara peram buah pelam Harum Manis dari Pakcik Latif, pesara pensyarah Politeknik di Jitra yang mengusahakan tanaman mempelam Harum Manis kecil-kecilan di kebun beliau di Kodiang. Bagi orang kebun, bab bab peram buah ni perkara biasalah, tapi bagi orang yang tak dak kebun macam saya ni, tak pernah tahu cara peram buah yang betul. Setakat biar jer kat ceruk dapur hingga buah masak biasalah.

Hari tu kebetulan Pakcik Latif dan Makcik Lah bawa sepupu kami untuk regular check up di hospital, mereka singgah ke rumah sekejap untuk mengambil penutup mesin jahit yang saya hantar mesin Makcik Lah ke kedai servis mesin jahit. Namun begitu lawatan tu tak lah lawatan kosong. Pakcik Latif, bawa bersama 6 biji buah pelam Harum Manis yang belum masak sebagai buah tangan. Alhamdulillah, syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira. 

Oleh kerana buah tu belum masak, Pakcik berikan saya sedikit kabaid untuk digunakan bila nak peram buah Harum Manis tadi. Bukan tu saja, siap bagi tunjuk ajar macamana nak buat. InshaAllah, saya coretkan di sini untuk rujukan di masa depan anak-anak saya atau sesiapa sahaja yang tak tahu macamana cara peram buah - atau bagi orang bukan orang kebun macam saya hahaha.


Perkara Yang Perlu Ada

So, berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu:

  1. Kotak atau apa-apa bekas untuk simpan/peram buah
  2. Suratkhabar lama
  3. Ubat Kabaid. Kalau tak silap saya kabaid ni sama dengan belerang (lupa nak confirm dengan Pakcik hari tu)
  4. Kain buruk
  5. dan of course buah yang hendak diperam


Langkah-langkah Penyediaan

Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

Pertama - Sediakan bekas isi kabaid

Jadi, Pakcik Latif bagitahu saya, supaya letakkan kabaid tu dalam satu bekas. Beliau cadangkan guna bekas plastik isi makanan tu (lihat gambar). Bekas tu, kena lah buat lubang kecik-kecik di sekeliling dan penutupnya. Tujuan? Allahualam saya tak pasti. Sesiapa yang tahu, mungkin boleh tambah maklumat ni di ruang komen.

Bekas plastik isi makanan digunakan untuk isi kabaid


Saya tebuk lubang menggunakan dawai yang saya panaskan - cucuk jer di bekas plastik tu

Kedua - Lapik kotak dengan suratkhabar lama.

Boleh letak seberapa banyak lapisan suratkhabar.


Ketiga - Masukkan buah pelam Harum Manis 

Susunlah buah pelam harum manis di atas suratkhabar yang kita sediakan tadi. Letakkan bekas berisi kabaid tadi bersama-sama.


Kenapa kena susun? Ya... supaya muat kesemua buah dalam kotak tu... hahaha.


Keempat - Tutup buah dengan beberapa lapisan suratkhabar lagi.

Isikan beberapa lapisan suratkhabar lagi supaya tertutup rapat. Kira macam balut atau bungkus kesemua buah dengan bekas kabaid tadi tu lah.


Pakcik Latif kata, kalau ada kain tuala buruk atau kain buruk... letakkan sekali kat atas lapisan suratkhabar tu.

Akhir sekali - tutup kotak tu dan simpan di tempat yang selamat dari gangguan


Menurut Pakcik Latif, buah tadi masih muda tetapi sudah boleh dipetik dengan melihat kepada tangkainya yang dah agak kering. Beliau anggarkan buah pelam Harum Manis tu akan masak dalam 3 atau 4 hari. 

Oleh yang demikian, lama mana kita perlu peram adalah bergantung kepada berapa muda buah yang kita peram. Kalau macam dah nak masak tapi belum masak, mungkin perlukan sehari dua sahaja. Untuk selamat, lepas dua hari, boleh buka dan lihat samada dah masak atau tidak. Takut kalau lama sangat peram nanti buah tu jadi masak ranum berlebihan pulak.


Jadi, begitulah kaedahnya. Tak susah pun, tapi kalau tak reti, tak akan menjadi. So, alhamdulillah, dengan ilmu, inshaAllah, buah tu selamat dan boleh dimakan.

Jangan lupa, sebelum apa-apa pun, baca Bismillah dulu... sebab, apa-apa yang kita buat hendaklah didahulukan dengan menyebut nama Allah swt - pemilik semua harta atas dunia ni.

Allahualam bissawab.


7 comments:

  1. Peram buah pelam guna kabai ambil masa sehri dua hari buah dh masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah masuk hari ke-4, tengok dah kuning... mungkin bergantung kpd bnyk mana kabaid guna kut...

      Delete
  2. kalau saya la...letak dlm tong beras. peram tanpa bahan kimia. lusa tu dah masak la.

    selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  3. Bale clamps designed to efficiently transport cotton, wool, synthetic textile bales, corrugated, newsprint, rag, hay and metal scrap bales via forklift through recycling, paper and textile industries and translates into savings in time and storage costs. http://www.huamaiattachments.com/product/hydraulic-forklift-attachments/bale-clamps/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...