May 4, 2020

Rukun Solat Bahagian Qauliah

Bismillahirrahmanirrahim --
rukun qauliah
Sepertimana yang kita seharusnya sudah tahu dan ingat iaitu 'meninggalkan/tertinggal Rukun Solat makanya tidak sah lah Solat', dan masih ramai yang 'tertinggal' rukun solat bahagian Qauliah. Lalu bagaimana dengan solat mereka? Secara kasarnya - solat itu tidak sah, namun hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui. Jika solat tidak sah, maka perbuatan kita selama beberapa minit itu literally-nya adalah sia-sia. Wana'uzubillah...



Apakah yang dikatakan Rukun Qauliah?

  1. Melafazkan 
  2. Sekurang-kurangnya didengar di telinga pelaku itu sendiri

Melafazkan

Melafazkan bermaksud menyebut. Terkeluar suara. Mulut tidak tertutup. Sebutan (makhraj dan tajwid) mestilah jelas. Tidak boleh tenggelam timbul bunyinya atau hanya sekadar bunyi keluar angin dari mulut.

Sekurang-kurangnya didengari di telinga sendiri

Paling lemah bunyi suara adalah sekadar kedengaran ditelinga sendiri (jika dalam keadaan tenang, sunyi).


Cuba cari tempat yang tenang dan sunyi seperti di waktu malam yang hening, lalu sebutkan bacaan rukun qauliah dengan bunyi yang paling perlahan yang dapat didengar di telinga. Itulah kadar minima yang dimaksudkan dengan 'kedengaran di telinga sendiri'. Jadikan tahap lafaz atau bacaan tersebut sebagai standard atau piawai untuk kita guna dalam bacaan solat di mana-mana kita berada.

Apakah perkara-perkara dalam Bahagian Rukun Qauliah?

Rukun Qauliah solat ada 5 perkara:

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca Surah Al-Fatihah
  3. Membaca Tasyahud
  4. Selawat kepada baginda Nabi SAW
  5. Memberi salam


Takbiratul Ihram 

Takbiratul Ihram adalah menyebut atau melafazkan 'Allahu Akbar' ketika berdiri dan memulakan solat. 

Ada yang bila takbir takbiratul ihram ini, dia mengangkat tangan, dan letakkan tangan di antara dada dan perut - tetapi tak kedengaran apa-apa suara. Sudahlah dilakukan dengan pantas, tidak menyebut pulak perkataan 'Allahu Akbar, itu. Atau hanya keluar bunyi "Allaaahu.... ", atau hanya kedengaran bunyi angin keluar dari mulut - sebutan perkataan tidak jelas. Maka, ia dianggap tidak melakukan rukun solat.

Membaca surah Al-Fatihah 

Membaca surah Al-Fatihah di dalam setiap rakaat solat. Ia termasuklah dengan bacaan Basmallah. Dalam membaca surah Al-Fatihah ini, bacaan mesti jelas dari segi sebutan huruf (makhraj) dan tajwidnya. Sekiranya salah bacaan tajwid atau makhraj, dianggap tidak sah solat. 

Maka dengan sebab itu, ia tidak boleh diambil mudah.

alfatihah


Kita hendaklah pernah memperdengarkan bacaan Al-Fatihah kita di hadapan seorang guru Al-Quran untuk mengesahkan bacaan kita sudah betul, maka membolehkan kita yakin bahawa solat kita sah. 

Oleh kerana membaca surah Al-Fatihah ini termasuk dalam rukun qauliah, maka sebutannya mestilah mengikut 2 syarat rukun qauliah yang disebutkan di atas. Tidak boleh membaca hanya di dalam hati dengan bibir tidak bergerak atau tidak terbuka mulut - tidak kedengaran suara di telinga sendiri.

Membaca tasyahud 

Membaca tasyahud ini adalah pada duduk tasyahud akhir sebelum memberi salam. Tasyahud awal pada rakaat kedua tidak termasuk rukun qauliah.

Bacaan tasyahud hendaklah/disyaratkan dibaca:
  1. berturut-turut
  2. dalam bahasa Arab
Sepertimana membaca surah Al-Fatihah, bacaan tasyahud ini juga perlu betul atau jelas sebutannya dan tajwidnya. Mesti yakin - bukan agak-agak atau ikutan yang kabur-kabur sahaja. Maknanya kita kena tahu cara menyebut atau membaca tasyahud ini.

Selawat kepada Baginda Nabi SAW

Selepas tasyahud Asyhadu Al-Laa Ilaa... Wa Asyhadu An-Namuhammadar Rasulullah..., kita akan sambung dengan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW... Allahumasolli... dan kelaurga Baginda.

Selawat ini juga rukun Qauliah. Sebutan kenalah betul-betul. Tetapi selawat mungkin tak ada masalah sebab kita sering mengucapkan selawat pada bila-bila masa. Dalam doa-doa kita sentiasa berselawat, dan kita sering dengar ucapan-ucapan selawat yang betul di TV, radio dan sebagainya.

Memberi Salam

Memberi Salam adalah rukun yang kedua terakhir, dan rukun qauliah ke-5. Dan memberi salam yang rukun ini adalah memberi salam yang pertama, iaitu semasa memalingkan muka ke kanan.

Kena berbunyi bacaan salam tu. Bukan sekadar berpaling ke kanan, tiada kumat-kamit mulut - seolah-olah bacaannya tersebut dalam hati saja. Tak sah solat...

Mungkin terlalu khusyuk, mata terpejam, memberi salam hanya berpaling ke kanan dan hangguk... mulut tertutup atau separuh ternganga, lepas tu berpaling ke kiri... Hati-hatilah, jangan teralit perkara-perkara ni.

Sebutan salam pun, semua orang dah biasa sebut dan kita biasa dengar - jadi tidak lah timbul masalah sangat sepertimana bacaan tasyahud attahiyyat.. Namun bila sembahyang, sebutlah betul-betul ketika memberi salam menyudahkan perbuatan solat.

Solat dengan yakin!

Jom kita berhenti sejenak dari kesibukan lain untuk kita check balik alignment solat kita, adakah masih lancar dan yakin, maklum lah solat lah persembahan kita kepada Allah SWT -TUHAN pencipta kita yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Penyayang bukan? Solat, tiket ke syurga di akhirat yang KEKAL nanti selepas dijemput Allah SWT bukan...

Jom kita dengar bagaimana bacaan mengikut tajwid serta makhraj di siri YouTube Ust Hassan Salim dari Singapura ini.

Youtube rukun qauliah
Klik untuk menonton Video You Tube ini

Sumber:
-- Kelas Tahsin Thaharah & Solat Madrasah Taklimiah Khairiah Pelajar T1 oleh Ustaz Saiful Syazwan Syafie
-- Kuliah Penghayatan Solat Madrasah Taklimiah Khairiah oleh Ustaz Muhammad Shahir bin Shah Budin
--Madrasah At Taklimiah Al Khairiah (MTK) Tok Keling, Alor Setar, Kedah.

Semoga bermanfaat - Wallahualam bissawab.
  






8 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian, at least.boleh refresh balik bab2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. untuk catatan peringatan anak-anak, saudara-mara dan sahabat-sahabat peri pentingnya bab-bab solat ni kan..

      Delete
  2. Sesungguhny rukun ni paling terlewa.. sb ia nya lafaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... kena mengaji bab-bab ni... x boleh take for granted...

      Delete
  3. once in a while baca and refresh balik. Alhamdulillah. thank you so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes... once in a while baca refresh balik.. thats right

      Delete
  4. thank you so much for the sharing. izzati dapat jugak elakkan rasa was-was. <3

    ReplyDelete