May 14, 2020

Panas 'Giler' Cuaca Alor Setar Petang Tadi

Bismillahirrahmanirrahim

Allahummasolli 'ala Sayidina Muhammad,... Tengahari tadi kelihatan langit mendung, nak hujan dah petang ni, terlintas dalam hati. Tiba-tiba dalam pukul 1 tengahari tadi, awan mendung berlalu, cahaya matahari terik memancar semula. Suasana sekeliling sangat cerah. Rupa-rupanya hujan tak jadi sebab matahari sangat terik. Bukan sahaja cahaya terang benderang di langit, malah ia turut meghasilkan bahang panas yang sangat kuat.



Muka terasa pedih ditiup angin panas. Bibir pun terasa kering. Bila check cuaca hari ni Google, ingatkan suhu dah hampir cecah 40 darjah Celcius, dalam 37 atu 38, tetapi rupa-rupanya 33 darjah Celcius. Tetapi tahap humidity tengahari tadi sehingga 71%. Patutlah rasa sangat rimas.



Di dalam rumah, dinding pun rasa seperti mengeluarkan haba. Angin hasil dari kipas yang berpusing nombor 5 yang terpasang pon tak rasa sejuk. Si Sulaiman dan Adam bertuala jer depan tv selepas mandi tadi. Badan dan rambut tidak di lap - biar dia kering sendiri.

Panas betul ni. Walaupun awan penuh atas langit. Mungkin sebab panas sangat awan penuh atas langit. Ya ke macam tu. Tapi kulit muka ni dah rasa pedih juga lah... Lepas mandi, untuk solat zohor tadi... air di badan pon cepat saja kering. Rasanya kain tuala yang guna tadi pon dah hampir kering di ampaian tu... Panas betul hari ni. Semoga dengan ketidakselesaan ini, banyak juga dosa-dosa kecil terhapus. Ini juga sebahagian dari ujian jugak lah.


Subhanallah... Allahuakbar... panasnya.

Err.. tapi, adakah aku sorang yang rasa sebegini panas? Sebab panas ni rasa luar biasa sikit. Lantai kayu rumah pon rasa berhaba. Keadaan ini mengingatkan kepada cuaca dua atau tiga tahun lepas, yang sekolah terpaksa ditutup kerana tahap jerebu tinggi akibat pembakaran hutan di Australia. Ada beberapa hari pada hari tersebut, cuacanya terasa panas seperti ini,

Kalau aku jer yang rasa luarbiasa panas ni... istighfar banyak2 lah... Astaghfirullahal'azeem...


Awan penuh di langit tetapi panas terik... Lastly, I just had to do it... Amik semangkuk air, bubuh air batu ais... celup tuala Good Morning tu, lap muka dan letak atas kepala... macam jeram orang demam. Wah... lega rasanya.
Sambil duduk di sofa tengok tv... sambil celup tuala dalam air ais, perah, letak atas kepala. Tu pun, sekejap jer tuala tu lembap, tak sampai 3 minit, dah kering dah... tak lah kering betul, cuma dah tak sejuk... mungkin sebab buka kipas pusing paling laju...

Yang mungkin jadi hangat sangat cuaca tengahari tadi ni, bukan saja sebab panas terik matahari kut. Mungkin sebab aku dah terhilang sabar sikit... bukan sikit jugak lah... dekat dekat tengahari tadi. Benda paling aku pantang berlaku tiba-tiba berlaku... yang dah lama jugak tak berlaku... Hati jadi panas pelik, sampai aku jawab pon sambil berpaling ke belakang tak tengok dia dah... sambil jalan terus juga.. Aku jawab ... Ya... Ya... jer... Aku jarang nak kurang ajar dengan orang ni... Tapi kes kau ni, kes typical tapi lama dah tak berlaku... Hipokrit!. Nampak macam baik... tapi tak tunai janji dengan kurang rasa bersalah... (Kalau betul-betul rasa bersalah, tak apa lagi... teori aku tak betul, tapi bila kurang rasa bersalah... mengukuhkan teori aku). Patut lah jugak ada bau-bau dia sejak akhir-akhir ni. Aku pantang mulut sebut nama Allah... Tapi buat tak kisah dengan janji. Bab janji ni akibat dia neraka wail... bukan remeh. Nanti aku sembang dalam entri lain bab janji ni.

Hahaha... ya  dah perasan... Panas hari ni sebab panas lain sama. Panas ni, rasa macam pening-pening, macam tak boleh nak berfikir dengan straight... last-last angin sejuk bertiup kuat kat muka dengan bunyi guruh hingaq (hungar) kat luar buat aku terkejut jaga. Nah... sampai tertidur. Dan sekarang hujan punya lebat kat luar sana...

Aku tadah tangan.. Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah, wa na'u zubika min sakha tikawannar... Allahumma innaka 'afu wunkarim, tuhibbul afwa, fa' fuanna... Astaghfirullah hal 'azeem... kurang bercubit-cubit pahala puasa ku hari ini. Jam pon dah menunjukkan hampir pukul 4 ptg. Elok lah bersiap-siap untuk solat Asar pulak...



--










16 comments:

  1. Kat Kuching ni pun boleh tahan panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan jugak dak kat sana? my son just came back from Kuching last few days... from IPG after trapped for more than a month haha

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Kat JDT setiap hari ada hujan
    Sampai ada yang banjir kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pon setiap malam hujan... mungkin panas tengahari tadi sebab nak hujan malam...

      Delete
  3. Cuaca skrg ni kalau tak mandi lebih 3 kali sehari memang berbau lah peluh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul... kita tahap humidity tinggi... panas dan humid... tu yg baju cepat berbau..

      Delete
  4. Biasa klau pnas lain mcm, ptnda nk turun hujn la tu

    ReplyDelete
  5. Dekat Kajang ni pun semalam panas giler..basuh baju 2 kali pun tak sampai petang dah kering garing.

    Petang, dekat nak berbuka ada hujan rintik2 n guruh sayu mendayu..last tak jadi jugak hujan.

    Ouh panas kat kuching ke...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya belah pantai barat ni memang malam2 ada hujan kut... jadi siangnya panas terik lah... belah pantai timur dan tempias jer... ker camana?

      Delete
  6. di kelate ni pun panas terik. kemarin mcm nak huje tp panas semula. terkilan gak. kalu huje meme best la bule2 posa ginih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oloh lah... nayknyo... sini uje sokmo male2.. tghari takdi jah panah po gapo

      Delete
  7. Alhamdulillah semakammshah Alam ujan

    ReplyDelete
  8. melaka pon panasssss....hahahaha

    ReplyDelete
  9. Oghang kedah ka? sama dengan Naim. hehe. Kedah lanie musim panas. waktu siang hangat lit2 , mengakala petang tup2 ujan. Allah. NIkmat

    ReplyDelete
  10. Memang musim panas kot sekarang ni. Bertabahlah.. Take care tau supaya tak kena heat stroke. Minum banyak air. :)

    ReplyDelete